Thursday, October 27, 2011

Ngeteh Jom!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Comel kan mug aku ni
Di petang2 yang sejuk ni tatkala hujan menyimbah bumi, mulalah lapar kan? Tapi aku takleh nak makan sangat sebabnya kat dalam mulut ni (betul2 kat tepi bibir dalam) ada ulser.

Kelmarin sewaktu ulser ni masih kecil aku buat tak tahu aje, malas nak ambik peduli. Semalam dah semakin membesar dan mula terasa sakit mulalah berkumur dengan air garam (selalunya aku sental dengan garam je tapi disebabkan kawasan yang terkena ini kulitnya agak nipis maka aku lupakanlah hasrat itu). 

Hari ini pula, aduhai tersangatlah pedih sampaikan nak buka mulut pun terasa pedih. 

Jadi, petang2 cenggini aku layan jelah minum secawan air panas. Rezeki bos balik dari meeting, bagi aku "pineapple tea".

Rasanya? sedap! Jom ngeteh!...

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Baru-baru ini ada dengar tak spekulasi tentang mee / maggie yang dikatakan tidak halal? Entahlah, terpulang pada korang nak pk sendiri. Aku kat rumah tu pun banyak jugak stok maggie - simpan utk darurat haha..

Disebabkan itu, hari itu kwn sepejabat pun bawalah mee sanggul ni. Keluaran bumiputera katanya dan dijamin HALAL!

Since dia pun tengah nk buat berniaga sambilan, aku pun belilah 2 bungkus (sebungkus reganya RM3.00 sahaja - psttt siapa nak order boleh bagitahu aku hee)

Jadi, menurut kawan ni, mee ni sesuai di masak apa cara sekali pun, ikut suka koranglah nk memvariasikan ianya. Tapi yang paling katanya apabila di makan dengan kuah bolognese (spagetthi tu)

Hujung minggu lepas aku pun masaklah resipi Mee Sanggul Bolognese (hee boleh aku bagi nama gitu?) untuk santapan sarapan pagi.

En suami pun makanlah. Bila dia dh siap makan tu, dia ke dapur menghantar pinggan dan ternampak mee sanggul aku ni.

"Eh, guna mee sanggul ke?" tegurnya.

"A'ah. okay tak?"

"Patutlah rasa lain." balas En suami.

Lain? lain tu sedap ke tak? Aku mahu bertanya tapi en suami dan berlalu keluar dan mahu bersiap-siap ke tempat kerja. Aku pun sudah lupa nak mengajukan soalan itu semula.

Bila aku rasa Mee Sanggul Bolognese ni. Sedap!

Okaylah sekadar nk berkongsi resipi, jom tengok...

Bahan-bahan kuah


Daging ayam cincang
1 labu bawang besar - didadu
1 tin tomato puri
Tomato - didadu
Carrot - didadu (optional)
Celery - didadu (optional)
Cendawan butang - dihiris (aku guna yg dalam tin tu je)
1 kiub stok ayam (optional)
Herba oregano  kering
Garam, gula secukup rasa
Minyak zaitun (minyak biasa je pun boleh)
Parutan keju (optional - untuk menghidang)

Cara-cara: 


1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan ayam cincang. Goreng hingga ayam masak.
3. Masukkan tomato puri dan tomato segar. Kacau2 seketika.
4. Masukkan 2 tin air (gunakan tin tomato puri utk sukat air) Biarkan menggegelak.
5. Kemudian masukkan cendawang butang dan sayur-sayuran.
6. Taburkan kiub ayam (dihancur2kan dan gaul)
7. Masukkan herba. Tambah perisa garam dan gula.
8. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.
9. Taburkan parutan keju semasa menghidang


PUZZLE??

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Ini hanya effect gambar yang aku buat sendiri. Actualnya hanya gambar  pernikahan itu sahaja.


Hari tu gambar puzzle yang aku order dah pun sampai kat opis. Aku sangat suka dengan puzzle ni. Masa memula nampak offer tu daripada MyDeal. So ada diskaun 50%, so aku pun ambik peluang yang ada order lah cecepat. Sengaja aku pilih gambar semasa bernikah ni. Gambar ni paling aku suka. So nak buat memori yang lain sikit dari yang lain.

Bila aku beritahu en suami, dia pun setuju nak pasang puzzle ni nanti sesama. Tapi aku kena pastikan yang aku beli frame dulu. Cuba selongkar hadiah2 kahwin yang aku dapat tu, manalah tahu kut ada frame yang sesuai, frame gambar aje adalah dalam 5 buah tapi tkde yang sesuai pun, hmmm maknanya aku kena pergi beli jugak.

Monday, October 24, 2011

Jalan-Jalan Uji Stamina

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Baru-baru ni company ada buat Team Building lagi. So dlm thn ni 2 kalilah aku dibuli hehehe.. Memula tu join sbb disuruh menjadi observer je, tapi last min tak cukup participant, so aku pun joinlah dlm group participant.  Penatnyer...

So kali ini untuk HQ staff. Tempatnya sangat menarik kat Eagle Ranch, Port Dickson. Seawal jam 5.30pagi dh disuruh berkumpul di pejabat. So encik suami kenalah hantar puan isteri pergi kan, nasib baik en suami mmg dh biasa bangun pagi mcm tu. Aku je yg malas masih nk bermalas-malasan di atas katil. Maka kena 'ceramah' jugak dgn en suami. 

Cecepatlah aku bangun, solat dan bersiap. Sampai je kat tempat kerja kengkawan semua dh berkumpul di kedai mamak bwh ni, semua bersarapan di situ. Thanks boss sebb belanja walaupun masing2 tahu bahawa bfast pepagi tu company tk provide..

Dalam bas ingat nk tdo tapi member sebelah pulak ajak berborak. Huhu okay jelah. Sampai kat sana pukul 8.30 pagi. Ada welcome drink dan briefing sekejap sblm memulakan sessi 'penderaan'.


Aktiviti di awal pagi adalah membuat rakit. Whuaa ini aktiviti yg paling seronok. Masa memula tu ingat susah dan mmglah takut but then bila dlm proses tu rasa sngt seronok dan senang aje. Tibalah masa yg dinanti..rakit pun dh siap, kami kena angkat rakit itu dan memulakan perlumbaan antara kumpulan. Dari gigi pantai tu ke tengah laut (tklah tgh sangat heheh). Sangat mencabar..seram tapi nasib baik ada life jacket..


Siapa sangka strategi kami berjaya, kumpulan kami yg sampai dahulu mencabut bendera di tengah laut dan pulang semula ke gigi air. Detik yg mencemaskan adalah sewaktu nak pusing rakit tu. Sebelum berlayar tu kami dh berbincangg taknak pusing rakit sbb ombak kuat takut tersasar ke mana ntah. So keputusan kami adalah semua orang berpusing dari kedudukan memasing. Hee masa nk pusing tu berdoa jugaklah dalam hati jgn jatuh. Alhamdulillah tkde apa2 yg buruk berlaku cuma kaki sakit jelah sbb terkena dayung bos yang duduk kat tengah2 heee...

Disebabkan kumpulan kami mendapat tempat pertama, maka kami diberi 'penghormatan' menjadi kumpulan yang pertama untuk melakukan semua aktiviti. It so not fair, senanglah dorg nk mengatur strategi lepas tu hahaha. Byk aktiviti yg aku rasa mencabar. Barulah terasa beratnya badan ni haa..heheh

Masa nk buat tarzan swing tu, ingat bolehlah lepas (jauh jugak jaraknya). Kaki aku dh hampir menjejak ke lantai guni di hujung tetiba menggelongsor pulak. Aku pulak masih bertahan memegang tali itu, apa lagi aku ke belakang semula. hee yg paling kesian, kwn dlm kumpulan aku nk tolong aku, tapi akhirnya dengan dia2 sekali aku tarik ke dalam lumpur. Haa jadi bhn ketawalah. Yg bestnye org yang ketawakan aku tu pun ada yg tak lepas, so nk balas balik ke tak? haaa...

Yang paling menakutkan adalah aktiviti yang terakhir tu. Berdiri di atas sebuah tiang yang lebih kurang tinggi 20 kaki. Menggeletar memula nk buat aktiviti tu tapi atas semangat yang diberikan oleh ahli kumpulan, aku kuatkan semangat. Akhirnya sampai jugak aku di hujung tiang, berdiri dengan megahnya dnegan kudua kaki di atas tiang yng bergoyang..heee. Tiba mas utk lompat nk mencapai bola yang tergantung, lompatan tk menjadi sebab rasa gayat.. tapi apapun okaylah aku rasa.




Apapun sangat seronok Team Building kali ini. So next time kena prepare dan jaga stamina elok. Kesian encik suami menjadi tukang urut aku pada keesokan harinya..

Kumpulan aku memakai baju berwarna oren. Tak sangka kan rupanya menjadi kumpulan yang pertama di setiap aktiviti membuatkan kami juga menjadi kumpulan yang mendapat tempat PERTAMA.

Hee hadiahnya? Memanglah tk mahal tapi dapatlah jugak aku membeli periuk besar utk kegunaan di rumah. Kumpulan yang tk berapa nk menang tu pun tidak dilupakan. Ada hadiah saguhati untuk mereka.. hadiahnya..jeng..jeng.. Voucher KFC..heee


Wednesday, October 19, 2011

Jalan-Jalan Cari Ilmu

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Minggu yang lepas, bos suruh aku bukak email dan tengok email yg dia forward padaku dan suruh aku dan kengkawan register. So aku pun register dan hari ini kami pun pergilah Jalan -Jalan Cari Ilmu kat Berjaya Times Square.

Seminar yang mungkin bg setengah org biasa sahaja (especially yang dah biasa dengan MS Office 2010 ni) Tapi bg aku dan kengkawan yang banyak kerja dan tkde masa sangat nk explore lelebih semua icon dan segala formula dalam ni memanglah sangat berguna.

Banyaklah yang aku pelajari hari ini terutamanya dalam penggunaan Excel - bertambah senanglah aku nk buat report nanti..weee..

Dan juga formula mudah utk Word. Wee senanglah nanti aku nk taip manuskrip aku

Dan yang paling best PowerPoint lah. Selama ni buat yg biasa2 aje, tapi hari ini aku belajar banyak benda..rupanya banyak yang boleh kita buat menggunakan Ppt. ni. 

Hee lepas ni apa lagi, gunakanlah ilmu itu dengan penuh manfaat...


Pencinta Kucing





~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Saya sangat sukakan kucing! Sangat seronok bila ada kucing. Tiap2 pagi kucing saya akan menanti saya di muka pintu bilik tidur menyambut saya bangun dari tidur. Dan apabila petang, pulang dari kerja, kucing-kucing saya akan menunggu saya di luar rumah. Saya akan mencium kucing saya seekor demi seekor dan kemudian akan bermain dengan mereka. 





Hee okay tak karangan budak sekolah saya ini yang bertajuk "Binatang Peliharaan Saya" Wee..tak boleh blah kan?








Malam itu aku dan en suami berjalan-jalan cari makan di sunway pyramid. Kemudian ternampaklah satu pameran ini, aku rasa ada pertandingan kucing sebelumnya tapi disebabkan kami tibanya malam maka dapat melihat kucing-kucing yang diperagakan di dalam sangkar sahaja.. tapi sangat seronok melihat gelagat2 kucing2 ini... Jom tgk..!!
  

Malasnya kucing ini kan? geramnyerrr...








Kesian, kucing ni macam sakit je..matanya berair je tapi sangat comeyyy...


Sangat comel2 kan?

Gambar yang terakhir ini hehe kebetulan pulak masa tengah lalu kejadian ini berlaku...





Actually byk lagi gambar tapi malas nk upload dah...

Friday, October 14, 2011

Apa yang kurasa

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Hmmm sejak lappy rusak ini aku rasa mcm patah segala2nya. Hee yelah tu kan, bila lappy tu bersedia berkhidmat, tkde pulak masa nk menggunakannya. Sekarang ni bila dah tkde buat sementara ni, mulalah terkenang betapa banyak dan besarnya jasa lappy kesayanganku itu. 

Dan time macam nilah duk termenung nilah idea dtg mencurah2..tapi nk buat apa? Nk menaip kat opis, bz ler pulak. Nak gunakan lappy hubby mcm takut pulak (takut pada diri sendiri - aku ni agak ganas ekekek) 

Nak pakai ipad? Alahai lagilah payah aku nk sambung manuskrip aku tu. Haisshhh cepatlah hujung bulan, maka cepatlah gaji, maka bolehlah aku beli gadget apa yang patut, maka bolehlah aku hantar lappy aku tu utk di repair, maka dapatlah aku menyambung segala kerja yang tergendala..Heee


Monday, October 10, 2011

Dinner with Celebrities

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Haa..tajuk entri nampak sangat mengancam kan? Dinner dengan selebriti? Selebriti yang manakah yang bertuah itu dapat makan malam dengan aku?

Hee actually ini adalah annual dinner tempat kerja en suami. Aku ikut je.. malas nak cerita panjang, marilah tgk kemeriahan majlis ini





Ini yang paling dinanti...


Meriah kan? Memang meriah. Mana gambar aku dgn selebriti? Hee aku sbnrnya sukakan muzik tapi aku jenis tak berapa suka sangat nak expose bergambar dengan artis ni walaupun peluang itu ada. Kalau adapun biarlah ianya hanya utk simpanan peribadi sahaja...

VIRUS!! Again??

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



LAPPY ku terkena virus!!! Aduhai..virus jenis apa pun aku tak pasti ni haa tapi yg aku tahu mmg habis semua dokumen dalam tu hilang sekelip mata!!

Hwaaa nanges aku mengenangkan segala dokumen dan gambar2 yang ada dalam lappy ku itu. Yang lebih menyedihkan lagi apabila manuskrip aku yang terbaru pun turut sama hangus!! 

Tapi..alhamdulillah aku masih ada copy manuskrip itu di dalam email walaupun yang lama (Terima kasih kepada en suami yang mengingatkan) . At least ada backup, tapi aku kena mulakan semula..whuaaa sangat tension nak perah kepala hotak ni nk mengingatkan semua jalan cerita itu..

Friday, October 07, 2011

Antara PASANG dan SAPU

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Hehe..lately ni aku perasan tentang salah penggunaan bahasa malaysia aku. Sebelum ni tak perasan sangat, atau memang rasa tk salah? heee. Sila jangan gelak okeh, bahasa melayu aku sangat cemerlang sebenarnya (Hehehe..berdasarkan keputusan peperiksaan..oh lagi satu buku yg telah aku translate kan kpd BI to BM hoho)

Sudah beberapa kali situasi ini berlaku :-

Aku : Abang dah pasang belum?

En suami : Pasang apa sayang?

Aku : Itulah ....... (conversation ini telah disingkatkan heheh)

En suami : Huh? pasang? pasang ..... (sila rujuk ( ) di atas)

Aku : Heee abang nih, yelah-yelah. Dah sapu ke belum? (dgn gaya manja - owh ho, sila jgn mencebik)

Kemudian en suami hanya tersenyum. Dah berkali situasi ini berlaku, namun aku masih menggunakan perkataan 'pasang' itu..ha, so siapa yang salah? heeee

Mari kita semak istilah makna 2 perkataan ini mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka...


Pasang  (Dewan Bahasa dan Pustaka)


1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.



**sila rujuk DBP website utk keterangan lanjut

Sapu (Dewan Bahasa dan Pustaka)

1) alat drpd lidi (sabut, roman dll) yg digunakan utk membersihkan sesuatu. 
2) apa-apa, spt kain buruk, yg digunakan utk mengesat atau utk membersihkan sesuatu: ~ tangan kain empat segi utk mengesat tangan dsb. bersapu 1 sudah dibersihkan dgn sapu: Halaman rumahnya tidak pernah ~. 2 sudah dilumas (dgn): Ibunya menyediakan secawan kopi serta dua keping roti ~ mentega. menyapu 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 
3) melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. menyapukan 1 menyapu utk orang lain. 2 menyapu dgn; memakai sesuatu utk menyapu; melumaskan: ~ jem pd roti. sapuan hal menyapu; hasil drpd menyapu. penyapu alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu.

Nota Kaki : Jadi, di dalam kes aku ini perkataan yang betul adalah SAPU.. hehehe