Baru-baru ni company ada buat Team Building lagi. So dlm thn ni 2 kalilah aku dibuli hehehe.. Memula tu join sbb disuruh menjadi observer je, tapi last min tak cukup participant, so aku pun joinlah dlm group participant. Penatnyer...
So kali ini untuk HQ staff. Tempatnya sangat menarik kat Eagle Ranch, Port Dickson. Seawal jam 5.30pagi dh disuruh berkumpul di pejabat. So encik suami kenalah hantar puan isteri pergi kan, nasib baik en suami mmg dh biasa bangun pagi mcm tu. Aku je yg malas masih nk bermalas-malasan di atas katil. Maka kena 'ceramah' jugak dgn en suami.
Cecepatlah aku bangun, solat dan bersiap. Sampai je kat tempat kerja kengkawan semua dh berkumpul di kedai mamak bwh ni, semua bersarapan di situ. Thanks boss sebb belanja walaupun masing2 tahu bahawa bfast pepagi tu company tk provide..
Dalam bas ingat nk tdo tapi member sebelah pulak ajak berborak. Huhu okay jelah. Sampai kat sana pukul 8.30 pagi. Ada welcome drink dan briefing sekejap sblm memulakan sessi 'penderaan'.
Aktiviti di awal pagi adalah membuat rakit. Whuaa ini aktiviti yg paling seronok. Masa memula tu ingat susah dan mmglah takut but then bila dlm proses tu rasa sngt seronok dan senang aje. Tibalah masa yg dinanti..rakit pun dh siap, kami kena angkat rakit itu dan memulakan perlumbaan antara kumpulan. Dari gigi pantai tu ke tengah laut (tklah tgh sangat heheh). Sangat mencabar..seram tapi nasib baik ada life jacket..
Disebabkan kumpulan kami mendapat tempat pertama, maka kami diberi 'penghormatan' menjadi kumpulan yang pertama untuk melakukan semua aktiviti. It so not fair, senanglah dorg nk mengatur strategi lepas tu hahaha. Byk aktiviti yg aku rasa mencabar. Barulah terasa beratnya badan ni haa..heheh
Masa nk buat tarzan swing tu, ingat bolehlah lepas (jauh jugak jaraknya). Kaki aku dh hampir menjejak ke lantai guni di hujung tetiba menggelongsor pulak. Aku pulak masih bertahan memegang tali itu, apa lagi aku ke belakang semula. hee yg paling kesian, kwn dlm kumpulan aku nk tolong aku, tapi akhirnya dengan dia2 sekali aku tarik ke dalam lumpur. Haa jadi bhn ketawalah. Yg bestnye org yang ketawakan aku tu pun ada yg tak lepas, so nk balas balik ke tak? haaa...
Yang paling menakutkan adalah aktiviti yang terakhir tu. Berdiri di atas sebuah tiang yang lebih kurang tinggi 20 kaki. Menggeletar memula nk buat aktiviti tu tapi atas semangat yang diberikan oleh ahli kumpulan, aku kuatkan semangat. Akhirnya sampai jugak aku di hujung tiang, berdiri dengan megahnya dnegan kudua kaki di atas tiang yng bergoyang..heee. Tiba mas utk lompat nk mencapai bola yang tergantung, lompatan tk menjadi sebab rasa gayat.. tapi apapun okaylah aku rasa.

Apapun sangat seronok Team Building kali ini. So next time kena prepare dan jaga stamina elok. Kesian encik suami menjadi tukang urut aku pada keesokan harinya..
Kumpulan aku memakai baju berwarna oren. Tak sangka kan rupanya menjadi kumpulan yang pertama di setiap aktiviti membuatkan kami juga menjadi kumpulan yang mendapat tempat PERTAMA.
Hee hadiahnya? Memanglah tk mahal tapi dapatlah jugak aku membeli periuk besar utk kegunaan di rumah. Kumpulan yang tk berapa nk menang tu pun tidak dilupakan. Ada hadiah saguhati untuk mereka.. hadiahnya..jeng..jeng.. Voucher KFC..heee

No comments:
Post a Comment