Showing posts with label Phuket Trip. Show all posts
Showing posts with label Phuket Trip. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

Phuket Trip - Day 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambungan episod pertama



Seawal jam 6 pagi kami telah dikejutkan melalui 'wake up call'. Masing2 dengan mamai dan penat semalaman yg belum habis terpaksa bangun juga memandangkan aktiviti yang telah diatur bermula seawal pagi.

Setelah bersiap dengan pakaian santai (beserta pakaian mandi) kami pun berkumpul di lobby. Aktiviti pagi ini adalah bersiar2 dan snorkling di Phi-Phi Island. Memandangkan perjalanan ke sana boleh tahan jauhnya, maka tour leader kami meminta kami bersarapan di dalam bas sahaja (setiap seorang dibekalkan dengan satu bekas polesterine yg isinya - sandwich, telur, buah2an (pisang/limau/apple) dan air). Disebabkan kami merasakan tidaklah berapa nk kenyang dengan makanan yg disediakan, kami pun bergegas ke kafeteria hotel sementara menunggu kwn2 yg lain berkumpul semuanya. 

Agaknya bengang dgn kelakuan kami yg berdegil - tetap nk bersarapan di hotel juga, maka tour leader pun tidak membenarkan sesiapa yg bersarapan di hotel mengambil bekas polisterine itu (di sini aku rasa terkilan sbb perancangan yg diatur nyata sekali tidak sama dgn apa yg tertulis di itenarary sebelumnya. Sudahlah kami digesa supaya segera naik ke mini van, sarapan pun tercekik2 haha...

Setelah mengambil tuala yg disediakan, kami menaiki mini van mengikut giliran memasing untuk ke kawasan di mana bas menanti untuk membawa kami ke destinasi. Dalam perjalanan masing2 buat hal sendiri, maklumlah masih penat lagi. Rata-rata mereka bercerita mengenai pengalaman mereka ketika di pub2 yg menyajikan 'persembahan' menarik. Aku sekadar mendengar sahaja.

Sampai di jeti, kami menaiki bot utk ke Phi-Phi Island. Di sini kami disajikan dengan pemandangan indah ciptaan Allah. Sampai di suatu kawasan, bot berhenti dan kami memulakan aktiviti snorkling, weeeee.... Tapi sayangnya aku rasakan sekejap sahaja masa berlalu. Masih belum puas meninjau, kami sudah disuruh naik ke bot semula.
Kami bertukar pakaian kerana diberitahu perjalanan bot akan berhenti di Phi-Phi Island lebih kurang satu jam lagi dan di sana kami akan makan tenghari. Samapi sahaja di Phi-Phi Island, kami terus di bawa ke restoran. Usai makan tenghari kami pun berjalan2 di pantai dan membeli brg cenderahati.

Apabila kami sampai di jeti semula, di pinggiran itu mereka menjual gambar2 pengunjung yang menaiki bot itu. Aku pun tidak ketinggalan membeli gmbarku untuk kenangan.

Kami berkumpul dan menaiki bas semula. Mengikut perancangan kami akan pulang ke hotel dahulu sebelum pergi ke Fantasea yang terletak di Kamala. Lagi sekali kami kecewa apabila diberitahu bahawa bas akan meneruskan perjalanan ke Fantasea dan tidak akan pulang ke hotel. Kami berpandangan sesama sendiri dan sedikit terkilan kerana masing2 tidak membawa pakaian yg sesuai utk ke sana. Namun rungutan kami hanya tinggal rungutan sahaja..haishh..


Memang seronok apabila berada di Fantasea. Ianya sebuah taman tema yang besar dan cantik. Kami tidak ada banyak masa, terus mengambil kesempatan yg ada untuk merakam kenangan. Di mana ada kamera rakan2 yg menyala, di situ kami berkumpul hehehe..

Kami makan malam di sana. Di tempat ini, seksyen utk makanan halal dan tidak halal dibezakan dewan makannya. Kami yg muslim semua memasuki laluan yg berbeza. Kami disajikan dgn hidangan yang enak cuma sayangnya rata2 menunya berasaskan AYAM - ayam goreng, ayam kari, ayam masak merah, ayam..etc..etc...

Selepas makan kami berkumpul di luar dewan dan bersedia untuk masuk ke Fanteasea Show. Show ini seperti theater. Sangat seronok dan menarik (Tiada gambar yg dirakam kerana penggunaan kamera dan telefon bimbit berkamera dilarang sama sekali). Kami terhibur dgn persembahan dan bakat yang ditunjukkan. Usai sudah kami bergegas keluar dan meneruskan aktiviti bergambar kerana masa yang diperuntukkan amatlah singkat.

Pulang ke hotel semua kepenatan. Tapi mlm ini aku tidak melepaskan peluang mengikut kwn2 yg lain untuk menjejaki kota Phuket. Rancangan awalnya aku dan 2 org teman mahu berurut sahaja tapi rasa tidak lengkap sekiranya tidak mengambil peluang yg ada itu utk berjalan2. Maka kami pun mengikut rakan2 yg lain ke Bangla Road. Di sepanjang jln boleh dilihat terdapat kelab2 yang penuh pengunjungnya terkinja2 menari. Kami sekadar melalui kawasan itu dan bershopping serba sedikit.


Akhirnya seorang kawan mahu ke Hard Rock Cafe Phuket, katanya tidak sah jika sampai ke Phuket tidak bergambar di sana. Huh, semata2 nk bergambar? Hee... Kami pun menapak. Kami fikirkan dekat rupanya berpeluh juga berjalan kaki. Sampai di sana setelah bergambar dan meninjau di kedai Hard Rock Cafe, kami pun mengambil keputusan utk pulang ke hotel memandangkan jam waktu itu sudah menjangkau lebih dari 12 malam. Akhirnya impian untuk berurut terpaksa dilupakan kerana kebanyakan kedai telahpun tutup. Hwaa sedih!

Sampai di bilik, terus sahaja kami 'pengsan' di atas katil masing2.

Thursday, March 29, 2012

Phuket Trip - Day 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari Khamis seawal jam 2.30 pagi aku dah bangun. Bersiap2 ala kadar (siap pakai contact lens). Sebenarnya macam malas nk pakai contact lens pagi2 sgt tapi disebabkan aku malas nk memakai cermin mata sepanjang hari maka aku bangunlah seawal pagi untuk memakai kanta lekap itu (aku jarang memakai kanta lekap kecuali jika menghadiri sesuatu majlis sahaja). Sebab itulah aku kena bangun awal memandangkan nanti mata aku akan mengambil masa yg agak lama utk sesuaikan dirinya hee..

Sesudah bersiap, kira2 jam 3.15 minit pagi aku pun mengejutkan Mr Nice Guy (MNG). Nasib baik dia okay sahaja menghantar aku ke tempat kerja untuk berkumpul di sana jam 4 pagi. Memandangkan aku antara komiti yang ditugaskan maka aku kenalah datang awal sedikit.

Kami tiba di lapangan terbang jam 5 lebih dan penerbangan dijangka pukul 6.55 pagi. Perjalanan lebih kurang satu jam sahaja dan perbezaan masa antara Phuket dan Malaysia juga 1 jam ke belakang.

Sampai di sana, kami bersarapan di gerai tepi jalan. Ada deretan kedai dan salah satunya kedai orang muslim. Namun menunya hanya nasi dan lauk pauk. OMG pepagi nk makan berat cenggitu? Tkde pilihan nampaknya, mujur juga seorang kawan membawa bekal untuk kami semua makan. Dapatlah kami mengisi perut dengan bihun goreng dan lepat hehe...


Perjalanan di teruskan, kami di bawa melawat kebun buah2an. Kebun tersebut sungguh besar dan kami dijamu dengan buah2an, kari ayam dan tomyam.





Selepas itu, kami ke Pang Nga Safari Pulak. Kat sini best sgt, ada bermcm aktiviti. Tgk gajah punya show, monkey show, ATV ride, leh jugak sesiapa nk naik kete lembu n kete gajah (???).

Tengahari pula, kami makan tengahari di tempat yang sama cuma kawasan berbeza. Pang Nga ni besar tempatnya. Memandangkan aktiviti kami selepas ini adalah water rafting, maka kami mkn di kwsn sungainya. Menunya okay ajelah. Selepas mkn, bersiap sedia utk melakukan aktiviti (nasib baik semasa bermain ATV, kami telah bertukar pakaian) Wah, sangat seronok bermain water rafting ni. Kami berenam dalam sebuah raft termasuk 2 org pengemudi (Pang Nga event management). Memang terbaeklah mereka berdua. Hee yang paling best mereka mmg sengaja melanggar batu2, sgt seronok tatkala raft kami teroleng2 dan badan disimbahi air sungai..weeee...Lebih kurang setengah jam, kami selesai melakukan aktiviti dan menukar baju semula. Owh psttt..sewaktu menukar baju di dalam bilik mandi, bole tgk free show (tk pyh nk tunggu malam) sbbnya pelancong di sana dengan selambanya berbogel tanpa segan silu. Kami yg menjadi malu..haishhh


Oh lupa nk sebut, dari tempat bas diparkir ke sungai, kami terpaksa menaiki mini van (tut-tut) utk ke lokasi kerana jlnnya bengkang bengkok dan mendaki sedikit. Pada fikiran aku dan kengkwn yg lain, kami akan check-in ke hotel dahulu sebelum makan mlm kerana itu yg tertulis di itenarary sblm ke sana. Jadi kami tidak membawa pakaian salinan. Semuanya ditinggalkan di dalam bas (luggage). Kecewanya apabila diberitahu bahawa kami tidak akan ke hotel malah akan terus makan malam di Lom Tha Lay Seafood Restaurant yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sudahnya aku dan kengkawan menukar baju setelah kami tiba di tempat bas diparkir. Di sana tiada tempat utk menyalin pakaian mahupun toilet. Hee maka kami mencari tmpt yg strategik (sebuah bagunan kosong) Beramai-ramai menyalin pakaian sambil mata tetap alert terhadap persekitaran (manalah tahu ada yg skodeng heheh)

Sampai di Lom Tha Lay Seafood Restaurant kami menikmati makanan malam kami. Tempatnya sungguh cantik dan makanannya sungguh enak! Berbaloi juga penat lelah seharian.

Selesai mkn, semua keletihan dan berehat sahaja di dalam bas sementara menunggu masa sampai ke hotel. Setelah check-in, kami berehat di bilik masing2 (mandi..ahh lega). Teman2 mengajak aku berjalan di kota, melihat suasana malam di Phuket namun aku dan teman sebilik keletihan. Kami mengambil keputusan berehat di bilik sahaja dan sempat juga aku berchatting dgn MNG bg melepaskan rindu. Hee adakah dia merindukan aku juga?? kwang3.

Ikuti pengembaraan seterusnya.....