Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Buka Pose

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini (Aug 26) aku berbuka puasa bersama teman sekerja, juga bersama bekas teman sekerja yang telah lama tidak bersua. Sekadar bertanya khabar di fesbuk sahaja. Destinasi lepaking kami di Pizza Hut. 

Aku keluar dari opis jam 6.30 ptg. Konon supaya aku tiba di destinasi nanti tidak perlu menunggu lama untuk berbuka. Namun setibanya aku di bulatan ke-2..aku mengeluh berat. Mana tidaknya dari jauh sudah kelihatan kereta yang berderet bergerak perlahan-lahan. Untuk mencari alternatif lain tidak mungkin kerana tidak ada pusingan U di situ kecuali terpaksa menempuh bulatan itu juga. Mahu tidak mahu terpaksa juga aku bersabar menanti giliran melepasi bulatan. Jam di dashboard sudah mencecah ke angka 7. Adoi...sempat ke aku berbuka nanti.

Syukur aku sampai di sana sebelum tibanya waktu berbuka. Bertemu semula kawan lama memang banyak yang nak diceritakan. bertukar2 cerita. sekurang2nya hilang perasaan geram siang tadi... 

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 13, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Gambar ni tkder kena mengena dengan n3 kali ni. Saje je aku letak. Inilah mee hailam yang aku masak hari tu (gunakan bahan yg ada je) tapi alhamdulillah syukur dgn rezeki yang ada.

Wah, tahap kemalasan eh bukan..tahap kebizian aku sejak akhir2 ni membuatkan blog aku dihiasi habuk hehehe. Konon nk buat n3 setiap hari dalam bulan pose ni, ternyata hanya tinggal kata2 aje. Penat dan bizi..ya, itulah sebabnya.

Bulan pose ni masuk opis awal dan pulang pun awal. Tidurku, selagi belum mencecah jam 2 pagi masih awal rasanya. Dah tu pulak, jam 4.30 pagi nak bangun masak sahur. Selepas sahur dan solat, bukan boleh terus tidur. Harus mandi dan bersiap untuk ke opis. Sudahnya, di opis aku tersengguk-sengguk. Hehe..nasib baiklah dalam bilik tu ada beberapa orang staf yang lain. Kalau tak mahu aku terlentok atas meja.  Lagu2  radio yang didengar secara on9, memang dipasang kuat. Konon nak hilangkan rasa mengantuk. Tapi..haisshhhh...ttp zzzzzzz jugek.

Tapi yang hairannya, apabila tiba je time rehat, mata ni pandai pulak celik. Padahal dari pepagi aku dah set mind nk tdo tghri nanti. Haisshh..sudahnya, layan fesbuk atau novel yang memang ku bawa.

Malamnya pulak, lepas berbuka pergi solat terawih sehingga jam 11mlm. Begitulah rutin harian aku sepanjang bulan pose ni. Tdor jam 2 pagi, bangkit jam 4.30 pagi. Adehh berapa jam je tdo kan..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 6, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini hari b-l-u-e-s  a.k.a  m o n d a y. Seperti biasa, dah namanya hari isnin, maka mood pun mmg blues ajelah. Al-maklumlah dah bercuti hujung minggu.

Malam tadi aku tidur lambat lagi. Rasanya dekat pukul 2pagi juga. Sedang menyiapkan manuskrip aku. Harap-harap aku masih mempunyai kekuatan untuk menyambung manuskrip itu sehingga selesai..amin.

Terawih malam semalam seperti yang dijangka, kembali sunyi. Hanya tinggal 2 saf sahaja. Itupun saf ke-2 banyak dipenuhi oleh kanak-kanak sahaja. Manalah agaknya para jemaah semalam ya? Hurm, nampaknya  hanya bila ada keramaian sahaja ruangan markas menjadi padat sehinggakan wajah2 yang jarang kulihat bertandang ke rumah Allah itu, turut sama hadir.


Hari ini betul2 rasa tak ada mood. Tak tahulah kenapa kepenatan itu amat dirasakan. Agaknya kurang tidur dan kurang air. Bibir sudah mula merekah..adoiii.... 

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan 5, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Diam tak diam, hari ini masuklah hari ke-5 kita berpuasa, insya Allah. Seronok kan berada di bulan puasa.

Semalam petang, aku ke bazaar ramadhan bersama anak buah aku. Tak rancang pun. Sekadar singgah selepas pergi ke bank di OUG. Cadangnya nk bayar duit kereta tapi transaksi di cimb bank gagal pula. Tak tahu pula, mungkin selepas jam 6 ptg, transaksi ditutup.

Kereta dihala pula ke Sri Sentosa mencari bazaar. Adalah berjumpa. kami sekadar membeli air soya dan martabak sahaja. Anak buah siap dh ingatkan, jangan membazir acik..hehehe...yolah.

Cuma semalam entah kenapa teringin nk makan kuih tako / kuih sampan. Di sentosa tiada, lantas ku halakan kereta ke pantai dalam. Huhu..pun tak ada. nampaknya seperti kempunanlah aku. Memandangkan hari sudah hampir maghrib, kami mengambil keputusan pulang sahaja. Esok2 carilah lagi kuih itu.

OTW nak balik ke rumah itu, sempat aku menyuruh anak buah melihat kiri dan kanan mana tahu kut ada yang menjual kuih kesukaan aku itu. 

"Tak ada cik." ayat itulah yang diulang2 sepanjang jalan. Huhu..memang kempunanlah aku.

Sampai sahaja di selekoh sekolah agama di rumah aku, aku memberhentikan kereta dan menyuruh anak buahku turun untuk melihat ke kedai Cik Pah (Cik Pah selalu berniaga di simpang itu menjual nasi lemak - sedap). Kiranya ini usaha terakhir akulah untuk melepaskan kenan itu. Kemudian anak buah aku dengan wajah gembira kembali ke kereta

"Ada acik. Acik nak berapa?"

Fuh, dengan senyuman melebar, aku serahkan duit kepada anak buahku. sepeket untuk aku bawa pulang ke rumah dan sepeket lagi untuknya satu keluarga pula. Hehe..punyalah jauh aku menjelajah, akhirnya di kawasan rumah sendiri jugak yang ada. Itulah, bazaar ramadhan di tempat orang..manakan sama bazaar ramadhan di tempat sendiri...(^_^)

Malam tadi seperti biasa pergi ke markas utk solat tarawih. Markas mlm ini meriah dan padat tidak seperti biasa. Al-maklumlah semalam telah dikhabarkan akan kehadiran Datuk Sri Anwar Ibrahim yang akan bersama-sama solat tarawih berjemaah bersama. Aku yang selalunya berada di saf pertama, semalam terpaksa ke saf no-3 kerana kepadatan tersebut. Alangkah bagusnya sekiranya setiap malam jemaah ramai begitu. 

Selesai solat tarawih, Datuk Sri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah yang banyak menyentuh tentang akhlak. Apapun, tazkirah selama hampir setengah jam itu ternyata tidak membosankan.

Moreh malam tadi agak istimewa iaitu nasi beriani gam (ayam) beserta kuih muih. 


Ramadhan 4, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku kononnya nak menulis tentang aktiviti aku setiap hari di bulan Ramadhan ni, tapi terbit pula rasa malas sbb bukan byk sgt yg nk diceritakan pun. Malam tadi kononnya tak mahu tidur sehingga masuknya waktu Subuh. Dengan bertemankan novel, aku pun mula membaca...namun akhirnya..zzzzzzzzzzzz 

Pagi ini seperti biasalah aku bangun jam 4.30 petang, panaskan lauk untuk bersahur. Owhh lupa, pagi tadi aku bersahur dengan ayam goreng mc donalds. Semalam sempat pesan dengan anak buah yang melepak dengan kawan2 di mekD tu.

Seperti hari2 biasa lazimnya, ayah aku akan bertanya 

"Tak ada sayur ke?" 

Maksud dia sayur2 jenis berkuah. Ayah aku ni mmg gemar dengan sayur yg berkuah. Aku yang kadang2 naik boring pulak. Balik2 sawi, balik2 bayam. Kalau time rajin aku datang, aku akan masak sayur Choy Tam bersos tiram. Sedang kami sekeluarga asyik menikmati, ayah aku boleh buar derk jer..hehehe..

Maka, aku dengan baik hatinya pagi tadi masaklah sup sayur untuk ayahku. Okaylah guna bahan apa yang ada. Kami makan sambil menonton tv, kemudian berehat sambil menunggu waktu Subuh.

Aku masih dengan azam nk menghabiskan bacaan novel, meneruskan pembacaan. Tapi sebelum itu sempat juga aku menambah jalan cerita untuk manuskrip aku seterusnya..Chaiyok!!!!

Friday, August 13, 2010

Ramadhan 3, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam tadi terawih lancar seperti biasa. Ustaz yang diemput kali ini, memberi takzirah yang tidak kalah hebatnya. Yang paling aku suka suara ustaz tersebut melagukan ayat2 ketika bersolat. Kedengaran merdu dan jelas. 

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-3 kita berpuasa. Terasa nikmatnya berada di bulan ini.

Pagi tadi, aku bangun untuk sahur agak terlewat hampir setengah jam. Kelam kabut aku menyediakan juadah untuk bersahur. Malam sebelumnya dah bercadang nk buat nasi goreng. Itu planning sahaja, dengan ingatan esok bgn pagi2 baru nak sediakan awas2 nya,,hehehe (a.k.a malas!!). Mana tidaknya semalam rasa letih pulak. Malam sebelum tidur tu baca buku. Dah asyik sangat sampai tak sedar jam dah berganjak ke pukul 2 pagi. Whuaaa... mmg tk cukup tidulah aku pagi ini.

Seperti lipas kudung aku menggiling bahan2 untuk dibuat nasi goreng. Campak sana campak sini..Alhamdulillah siap!! Hehe.. tak lupa juga telur goreng. Kemudian aku kejutkan kakak, ayah dan ibu. Kami menikmati makan sahur dan berehat di ruang tamu sementara menunggu masuknya Subuh.

Selesai bersolat Subuh, aku menyambung kembali pembacaan. Tepat pukul 7, aku segera mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Hari ini aku mencuba jalan alternatif lain (smlm sudah terkandas di pantai dalam hampir setengah jam, haishh!!!), namun resultnya sama jugak.. Adoii, apa nk buat? takkan nk keluar rumah pukul 7pagi pulak? 


Malam ke - 3 ~ berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 2, 1431H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Puasa hari pertama aku mengambil cuti. Saja konon nak menyambut puasa pertama bersama keluarga. Sudahnya bosan juga duk di rumah. Sekadar mencuci baju dan menyambung pembacaan novel yang tergendala (byknya novel menunggu giliran untuk dibaca..haishh)

Berbuka semalam dengan kuih karipap, air soya dan bubur lambuk. Of coz nasi dan lauk pauk terhidang sekali. Tapi selepas berbuka terasa kenyang makan kuih dan bubur. 

Selepas solat maghrib, berehat sebentar sebelum ke markas utk solat terawih (hehehe sempat juga berfesbuk). Solat terawih malam tadi sedikit lewat dari malam semalam kerana menunggu ustaz jemputan yg lewat tiba. 

Selalunya jam 10.00 mlm sudah siap solat terawih. Disebabkan kelewatan semalam tazkirah di pendekkan menjadi 10 minit sahaja memandangkan ramai yang sudah beransur pulang.

Takzirah malam ke 2 berkisarkan ibadah dan pahala yang kita dapat di bulan ramadhan al-mubarak ini. Bulan ini Allah membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Bermakna segala amalan kita di bulan Ramadhan ini pahalanya dilipat-gandakan oleh Allah. Jadi kawan2 rebutlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya. 

Moreh malam tadi bihun goreng dan kuih udang bersoskan kuah kacang..lalalala...

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ramadhan 1, 1431H :


Sesudah maghrib malam tadi, Ramadhan membuka tirainya. Bulan yang penuh keberkatan. Selamat Menyambut Ramadhan pada semua umat Islam di dunia. Semoga segala amalan dan ibadat di bulan ini dapat dipertingkatkan dan diterima olehNya.

Selepas mengerjakan solat maghrib, aku duduk di luar menonton tv sambil menunggu penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan tarikh bermulanya ramadhan. Walaupun seperti yang dijangka (mengikut kalendar) namun seronok begini, terasa debarannya. Lebih kurang jam 8.20mlm, pengumuman ke udara. Apabila disebut sahaja tarikh bermulanya puasa, aku tersenyum lantas masuk ke bilik mengambil tuala dan mandi!!!

Selepas bersiap dan mengambil wuduk, aku, ibu dan ayah berserta anak2 buah pergi ke surau. Kalau ikut rasa hati aku, nak aje berjalan kaki kerana setiap langkah yang diambil, pahalanya dikira. Mengenangkan ibu dan ayah yg sudah tidak larat berjalan jauh maka aku membawa kereta.

Seperti kelazimannya, kami mengerjakan solat terawih di markas PAS. Soal politik tidak timbul di sini. Kalau di Madrasah Al-Syukriah tentulah lebih meriah kerana kebanyakan penduduk akan berbondong-bondong ke sana. Tapi bagi segelintirnya gemar mengerjakan terawih di markas kerana di sini kami mengerjakan solat sunat itu sebanyak 8 rakaat dan 3rakaat witir. Setelah itu akan diikuti oleh majlis tazkirah bersama ustaz yang dijemput setiap hari dari setiap pelosok kawasan. 

Bagi jemaah wanita, sambil mendengar tazkirah, kami selalunya akan menikmati sedikit juadah (moreh) yang disediakan secara bergilir2 oleh para jemaah yang ingin bersedekah. Giliran kami menyediakan juadah nanti adalah pada ramadhan yang ke-21 bersamaan 31 Ogos.

Malam tadi tazkirah berkisarkan amalan pembaziran yang sering kita lakukan tanpa sedar di bulan Ramadhan. Berbelanja mengikut nafsu semata. Maka berbukalah kita dengan penuh kesederhanaan. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Apapun, pada teman2, rebutlah peluang di hari yang penuh keberkatan ini untuk mengerjakan amal ibadah> Semoga ibadah kita diterima olehNya..aminn..

Selamat Berpuasa!


Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.