Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts
Showing posts with label Sudut Agama. Show all posts

Tuesday, October 04, 2011

Sudah sempurnakah solat kita?

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Gambar ehsan dari google..

Memperpanjangkan tazkirah ini untuk renungan bersama. Marilah kita memperbaiki solat kita. Semoga segala amalan baik kita akan diterima oleh Allah. Yang baik dari Ilahi, yang buruk dari kita sendiri.. Renung2kan dan selamat beramal..(pinjam sat kata2 prof. easy HotFM).

Sila klik laman ini untuk lebih banyak lagi tazkirah...


Ketahuilah Rukun Solat - tak sah jika tertinggal

Rabu 11 Jun 2008/6 Jamadilakhir 1429


Rukun solat ertinya tiang solat, iaitu bberapa perkara dan perbuatan tertentu dalam solat. Jika salah satu rukun (perbuiatan atau perkataan) tertinggal, maka solat itu tidak sah hukumnya. Adapun rukun solat itu 13 perkara iaitu:

1. Berniat
2. Berdiri betul
3. Membaca takbiratul-ihram
4. Membaca al Fatihah
5. Ruku' dan tamakninah
6. I'tidal dan tamakninah
7. Sujud adan tamakninak
8. Duduk antara dua sujud dan tamakninah
9. Duduk yang akhir
10. Mem,baca tasyahud akhir
11. Mengucapkan selawat atas Nabi saw.
12. Salam yang pertama
13.Tertib.

Ramai di antara kita dalam solatnya tidak melakaksanakan tamakninah seperti di masa ruku', iktidal, sujud. Ini menyebabkan meninggalkan perbuatan rukun yang mana jika ditinggalkan tidak sah solatnya.

Apakah maksud tamakninah itu ? Tamakninah ialah berhenti sebentar sekadar sebutan "subhanallah" sedang anggota berat hendaklah berhenti, Anggota berat itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa ruku' tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya.. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya , maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh.


Petikan:..

Mengangkat tangan

Soalan: Apakah hukum mengangkat tangan semasa imam membaca doa pada hari Jumaat pada akhir khutbahnya?
– Mohamah Hakimi Mohd Yusuf
Selayang Baru, Selangor.

Jawapannya: Perbuatan mengangkat tangan semasa imam berdoa pada khutbah Jumaat itu tidak pernah kita jumpa dalilnya tetapi selalu disebut dalam hadis seseorang itu bila berdoa dengan menadah tangannya ke langit. Rasulullah S.A.W. juga dilaporkan bila berdoa maka Baginda mengangkat tinggi dua tangannya sehingga kelihatan puteh ketiaknya. Jadi apa yang dapat difahami sudah menjadi budaya orang berdoa itu akan menadah atau mengangkat tangan ke langit. Malah untuk menyatakan kesungguhan seseorang itu akan keperluan dan pergantungannya kepada Allah eloklah dia sekurang-kurangnya menadah tangannya ke langit disamping mengaminkan doa imam tersebut sebagai tanda benar-benar keberhajatannya kepada Allah. Perbuatan tersebut janganlah pula boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Wallahualam.


Nota kaki : Yang baik dijadikan tauladan, Yang buruk dijadikan sempadan


Friday, April 01, 2011

Saat Anda .....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sharing is Caring.....




Saat Anda membawa Al-Quran, 
syaitan biasa biasa saja...tengok je.. 

Saat Anda membukanya, 
syaitan mulai curiga. 
Saat Anda membacanya, 
ia resah dan gelisah. 
Saat Anda memahaminya, 
ia kejang kejangan. 
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, 
ia stroke. ............

Teruskan membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke!!! 

Monday, March 28, 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rupa daun inai

Hari ni aku rasa nak bercerita ttg pemakaian inai bercorak ni, sbb banyaklah aku terima email mahupun notes yang ditag oleh kawan2 Facebook. Ada kekeliruan di situ, maksudnya ada yang berkata dibolehkan dan ada yang mengatakan haram. Juga tentang lelaki yang memakai inai. 

Aku pun mencari maklumat kat Google dan akhirnya terjumpalah artikel ni dari E-Fatwa

*******
Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    ********

Jadi, pada pasangan yang nak berkahwin tu, bolehlah mengambil langkah yang sepatutnya hehehe..selagi tidak melanggar syarak. Korang boleh jugak baca kat sini sebagai panduan. 

Monday, March 21, 2011

Baca, Hafal dan Fahamilah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mode : Nak bagi Tazkirah :-)) 





Pagi tadi sewaktu nak bersiap-siap untuk pergi kerja, seperti biasa mak dan ayah akan menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Selalunya volume suara TV itu akan kedengaran sehingga ke bilik aku..hehehe. Jadi, sambil bersiap tu bolehlah juga aku mendengar dan menambah ilmu. 

Topik hari ini berkenaan membaca Al-Quran. Berapa kerapkah korang membaca Al-Quran? Berasa terpukul jugakkan dengan soalan ini? Terasa kejahilan diri ini. Sejujurnya, aku pun bukanlah selalu ada masa nak membuka dan membaca Al-Quran (Astaghfirullah). Bila teringat tu adalah aku membaca. Paling-paling pun hanya setiap hari khamis - membaca surah Yasin.

Terpanggil aku nak berkongsi kata-kata ustaz tentang menghafaz ayat-ayat Al-Quran ni. Kalau ayat-ayat yang dijadikan doa harian tu senanglah kita menghafalnya (tapi sekadar hafal je kan, tanpa tahu pengertian maksudnya? Kalau ada yang hafal sekali dengan pengertiannya itu Alhamdulillah) Kata Ustaz, semua orang boleh menghafaz Al-Quran. Hanya malas dan rajin aje. 

Okay, mari kita mulakan dari sekarang menghafaz ayat-ayat suci ini. Caranya? Setiap kali ingin menghafaz, hafaz ayat itu satu per satu. Jangan berganjak ke ayat yang seterusnya sekiranya belum yakin mampu menghafaz. Ulang beberapa hari ayat yang sama sehingga kita ingat dan seterusnya beranjaklah ke ayat yang berikutnya. Ulangi langkah di atas sehingga berjaya. Haa..boleh tak?

Hmm..aku pun rasa nak mulakan. Aku nak cuba mulakan dengan menghafaz surah Yasin dulu.  Semoga aku berjaya! Korang pun cubalah! Tak rugi pun kan? Kalau lirik lagu bermacam-macam korang boleh hafal, kenapa ayat-ayat Al-Quran tak boleh pulak kan?

Apa kata korang nyanyi je lagu ni ..."-))

♫ 
Marilah Mengaji Kenal Huruf Al-Quran
Mari, Mari Mengaji Penuh Kesungguhan
Marilah Mengaji Faham Isi Al-Quran
Hayati Maksudnya Dalam Kehidupan ♫ 

Monday, February 14, 2011

12 Rabiul Awal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Esok, bersamaan 12 Rabiul Awal, adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi junjungan kita. (Aku suka selawat syifa' ni)

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. - http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul


Wednesday, December 15, 2010

Khasiat - Surah Al-Kausar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita .

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.


Friday, November 26, 2010

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku sangat terpanggil nak berkongsi dengan kalian petikan di bawah ini yang diambil dari link kawan di fesbuk. Sekadar renungan kita bersama.. peace ~~

********************


As-Salaamu ‘alaikum…


Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)


http://www.facebook.com/note.php?note_id=172999696053145&id=118477968200684

Friday, November 19, 2010

Sinar Ayat Kursi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku berkesempatan melihat personal email yang dah lama tak dijenguk (ada sebenarnya tapi sekadar melihat email dari facebook sahaja..hahah).

Maka hari ini aku meluangkan masa melihat email yang lama berada di kotak gmail aku. Wah ada 1000++ email sejak dari awal tahun (whoaaa!!)

Aku terpanggil untuk berkongsi info yang menarik ini untuk kengkawan ~~~~


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
 lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
 Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
 setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
 memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..
AMIN......



Thursday, November 04, 2010

Himpunan Doa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Himpunan doa2 buat amalan kita....sharing is caring..caring is loving ~~
(Sila klik pada gambar utk saiz yg lebih besar)