Bukan Adelia pinta semua
ini berlaku. Bukan Adelia minta jasadnya hilang daripada pandangan, tapi dia
sendiri masih berlegar-legar begini. Dia pun tidak tahu kenapa.
Adelia hanya menerima takdir hidupnya dengan reda.
Siang dan malam tiada beza baginya. Sama sahaja. Tetap sunyi dan sepi.
Adakah akan tiba hari di mana dia akan bebas dari belenggu ini? Akan
terungkaikah segala yang menjadi pertanyaan selama ini?
"Betul kan awak Adelia? Adelia binti Tan Sri Adam Zainuddin?"
"Ya,saya."
Tapi, Bukan ke awak dah meninggal?"
"Saya... saya..."
Kehadiran Hakeem dan adiknya, Faradiba, membawa sinar kegembiraan buat Adelia yang sudah bertahun hidup dalam kesunyian.
“Siapa kau sebenarnya, ya? Kenapa aku tak dapat melihat kau, tapi aku dapat rasakan yang kau ada di sini. Dekat dengan aku.“Terlalu dekat, sehingga aku dapat mencium harumanmu.- Hakeem.
Adelia sebenarnya sudah mula sukakan Hakeem sejak pertemuan pertama lagi sehingga dia tidak boleh menolak kata hari. Bahawa dia sudah jatuh cinta!
Namun, untuk bersama dengan lelaki itu adalah amat mustahil!
Kerana dia, Adelia. Dia ada, serupa tiada. Dia hidup antara manus, tetapi tiada siapa yang dapat melihatnya. Tapi dia tetap punya perasaan. Salahkah jika dia jatuh cinta, dengan manusia?
No comments:
Post a Comment