Baru-baru ini ada dengar tak spekulasi tentang mee / maggie yang dikatakan tidak halal? Entahlah, terpulang pada korang nak pk sendiri. Aku kat rumah tu pun banyak jugak stok maggie - simpan utk darurat haha..
Disebabkan itu, hari itu kwn sepejabat pun bawalah mee sanggul ni. Keluaran bumiputera katanya dan dijamin HALAL!
Since dia pun tengah nk buat berniaga sambilan, aku pun belilah 2 bungkus (sebungkus reganya RM3.00 sahaja - psttt siapa nak order boleh bagitahu aku hee)
Jadi, menurut kawan ni, mee ni sesuai di masak apa cara sekali pun, ikut suka koranglah nk memvariasikan ianya. Tapi yang paling katanya apabila di makan dengan kuah bolognese (spagetthi tu)
Hujung minggu lepas aku pun masaklah resipi Mee Sanggul Bolognese (
En suami pun makanlah. Bila dia dh siap makan tu, dia ke dapur menghantar pinggan dan ternampak mee sanggul aku ni.
"Eh, guna mee sanggul ke?" tegurnya.
"A'ah. okay tak?"
"Patutlah rasa lain." balas En suami.
Lain? lain tu sedap ke tak? Aku mahu bertanya tapi en suami dan berlalu keluar dan mahu bersiap-siap ke tempat kerja. Aku pun sudah lupa nak mengajukan soalan itu semula.
Bila aku rasa Mee Sanggul Bolognese ni. Sedap!
Okaylah sekadar nk berkongsi resipi, jom tengok...
Bahan-bahan kuah
Daging ayam cincang
1 labu bawang besar - didadu
1 tin tomato puri
Tomato - didadu
Carrot - didadu (optional)
Celery - didadu (optional)
Cendawan butang - dihiris (aku guna yg dalam tin tu je)
1 kiub stok ayam (optional)
Herba oregano kering
Garam, gula secukup rasa
Minyak zaitun (minyak biasa je pun boleh)
Parutan keju (optional - untuk menghidang)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan ayam cincang. Goreng hingga ayam masak.
3. Masukkan tomato puri dan tomato segar. Kacau2 seketika.
4. Masukkan 2 tin air (gunakan tin tomato puri utk sukat air) Biarkan menggegelak.
5. Kemudian masukkan cendawang butang dan sayur-sayuran.
6. Taburkan kiub ayam (dihancur2kan dan gaul)
7. Masukkan herba. Tambah perisa garam dan gula.
8. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.
9. Taburkan parutan keju semasa menghidang
No comments:
Post a Comment