Wednesday, November 30, 2011

Insiden yang merosakkan mood aku..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Bz sungguh je skrg ni sampaikan nak mengambil nafas pun terasa sesak (heee..perumpamaan sahaja yer) 

Hari ini pulak berlaku insiden yang menjengkelkan. Memang aku terkejut dan terasa betul dengan attitude yang ditunjukkan oleh seseorang itu. Maka jadi pengajaran kepada aku, jangan sesekali menilai seseorang itu luaran sahaja. Perwatakan yang lembut tu tak bermakna hatinya BAIK!

Suka ckp berputar belit dan MENIPU! 

Hanya kesabaran sahaja yang aku ada. Apa lagi yg boleh aku buat? Nk tegakkan benang sendiri yang dah basahkan oleh orang lain? heee....


Tuesday, November 29, 2011

Selamat Berumahtangga Zah & Faizal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku masih lagi di pejabat dan sangat busy tapi nak jugak hapdet ucapan nih. Curi-curi  masa jap, after all, dh habis waktu keje pun., tkde siapa boleh tangkap aku heee...

Last wekend, 27hb Nov bersamaan 1 Muharam, termeterailah ikatan yang sah antara mereka. Doaku semoga jodoh mereka berpanjangan dan berbahagia dunia akhirat.

Selamat pengantin Baru Zah & Faizal. Semoga kalian berbahagia.

Selamat Tahun Baru buat semua umat Islam. Semoga buku baru ini akan diisi dengan amalan yang cantik2




Thursday, November 24, 2011

tak suke! tak suke!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku bz! Pagi ini aku datang sangat awal ke pejabat untuk memulakan kerja yang tertangguh semalam tapi still sehingga ke saat ini masih banyak lagi kerja yg tertunggak..haishh..tkperlah dh namanya keje kan? So kenalah aku ikhlas membuatnya. Tkde keje tk gaji pulak nanti.

Sedang sibuk membuat kerja, telefon pula berbunyi Ring! Ring! Ring! Aku angkat dan kutanya siapa.
Rupanya client yg telefon, mencari seorang lagi kawan aku yang kebetulan waktu itu tiada di tempatnya. Aku paling tak suka nk layan client yg jenis tk phm bahasa ni, tapi apabila mengingati etika2 menjawab telefon, aku tabahkan hati menjawab dengan sesopan yang mungkin (heee..)

Tapi client ni pulak nak meninggi suara dan tetap dgn pendirian dia mahu berckp dgn kawan aku ni jugak sedangkan aku cuba nak tolong selesaikan masalah dia. Dia tetap marah2 dan menggesa aku supaya memberi henfon no kwn aku ni pulak. Etika sbg kawan pula, tkknlah aku nk bg no henfon peribadi kwn aku ni pada client ni kan? Bukankah nanti akan mengganggu privasi dia. Akhirnya aku minta no telefon client ni dan berjanji akan menyuruh kwn aku menelefon dia semula. Wahhh, cara dia bg no telefon tu cukup menyakitkan hati. Dengan suara yg meninggi dia mengulang no telefon dia setelah aku menyebut nombor telefon dia utk kepastian. Aku mmg yakin nombor yg aku sebut tu betul tapi dia pulak seolah nombor yg aku sebut itu salah! Haiyaaaa.... ini mcm pun ada..

Rupanya kwn aku ni pun tk kenal client ni dan tk pernah bercakap pun. Dan rupanya client ni dah tersalah sebut nama orang. Dia sendiri tak ingat dengan siapa dia berurusan dahulu. Haishh..sabar jelah!


Wednesday, November 23, 2011

Mari cerita perihal kentut..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Malam ini aku tgh semangat nk siapkan keje rumah (keje pejabat yg dibawa balik ke rumah). Sedari awal sampai rumah segalanya telah kusiapkan (masak utk dinner, apa lagi) supaya senang utk aku siapkan keje yg berlambak tu. Due datenya hari ini sbnrnya..owhh NO!!!!!

Lappy sendiri dah rosak (tk repair2 lagi) so cadang nk gunakan lappy en suami. Aku buka email dan.... 

eh kenapa file tkleh bukak ni? 

cuba lagi dan lagi...huaaa..rupanya Microsoft Office sudah di removed, utk diinstall dengan versi yg baru. Langsung jatuh merundum semangat aku. Pepagi esok nampaknya harus aku pergi ke pejabat awal pagi...heee

So aku pun blogging ler hari ni. 

Tetiba pulak teringat kisah KENTUT ni. Ceritanya begini:-......

Alkisah tersebutlah kisah kawan aku ni duduk mengadap pc (sibuklah konon nk buat keje) kemudian dtglah lagi seorang rakan sekerja dan berdiri betul2 di sebelah kawan aku ni untuk berbincang sesuatu.  Aku pula ketika itu sedang sibuk dengan kerja aku. 
Tiba-tiba rakan yg lagi seorang itu bertanya, "Eh ada bau lah. Bau apa ni ya? Macam bau masakan agaknya." dia bertanya kemudain dia menjawab sendiri. " You ada terbau ke yani?" soalnya.
Aku menggeleng kepala, "tak ada pun." kerana mmg aku tk bau apa2 pun.
"I rasa ada org masaklah." katanya lagi. Memang di sebelah bangunan pejabat itu ada beberapa buah kedai makan.
Aku mengiakan sahaja.
Yang kawan aku ni pulak senyap aje. Hehe..
Setelah rakan seorang itu pergi, kawan aku ni menghampiri aku lalu berkata, "Eh I yang terkentut tadi. Tak tahan. Takde bunyi tapi ada BAU..."
Hahaha..mahu tergelak guling2 aku dgr. Kasihan rakan itu yg terpaksa menghidu bau kentut tu pulak. 


..Perkataan Yang Tidak Ingin Dilihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pagi ini keluar pergi keje seperti biasa sebelum pukul 7.30. Dan aku akan sampai opis sekitar jam 8.00. Kalau aku tk membawa bekal sarapan, maka aku akan menjoinkan diri melepak di kedai bwh bersama kawan2 sepejabat.

Tapi hari ini nasib tak berapa nk bagus. Jalan pintas/potong yang selalu aku ikut tu disekat oleh abang polis traffic. Hee..memula tu hairanlah jugak kenapa jalan di sebelah lengang sahaja. Nasib baik jugak aku memakai cermin mata, maka dapatlah aku melihat dengan jelas kelibat Abang polis tu, kalau tak mahu buta2 aku kena saman agaknya..

Sambil menunggu giliran yang seperti biasa akan memakan masa beberapa minit, aku menguatkan volume radio sambil menyanyi. Mataku sesekali liar memandang sekeliling. 

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berjalan di kaki lima jalan dr arah bertentangan. Tiada apa yang menarik perhatian aku selain dari baju T-Shirt yang dipakainya.

Di bahagian tengah hadapan bajunya itu terpampang logo kcubratS (sila baca dalam keadaan terbalik). Aku pun membaca tulis di bajunya dan tiba-tiba aku tergelak kecil. Perkataan itu bukanlah kcubratS tapi kcufratS

Hehe..itu macam pun boleh ke? Teringat masa aku di Jakarta. Ada gerai-gerai kecil di kaki lima yang mamakai logo seakan2 sama dengan kcubratS tapi nasib baik dia tak tiru bulat2 perkataan itu. Perkataan yang tertulis adalah : SEMERBAK COFFEE.. ~ lol~


Monday, November 21, 2011

Simpati atau tidak??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Cuba korang tgk video kat atas tu. Kucing ini diambil dan dijaga oleh tuannya kerana kasihan melihat ia yang terlantar sakit selepas dilanggar sehingga menyukarkan ia untuk berdiri dan berjalan. 

Video ini diambil setelah beberapa lama (kalau tk salah aku adalah dalam 5 bulan lebih), dia sudah beransur pulih walau pun masih sukar utk berjalan. 

Kucing ini kuat makan hehehe..

Yang menjadi masalahnya, kucing ini sangat ganas. Ia suka mencederakan kucing yang lain sehingga ia terpaksa dikurung dan hanya sesekali sahaja dilepaskan, itupun di bawah pengawasan..heee ganas tak?

Bebaru ni aku ternampak kucing ni, kasihan melihat cara ia berjalan. Kemudian tidak lama selepas melihat kucing ini masuk ke dalam rumah tuannya, aku terdengar bunyi seperti suara kucing menjerit. Aku tanyakan kepada ibuku kenapa agaknya kucing itu menjerit, mungkin kerana ada sesuatu menimpanya dirinya. Kata ibu, bukanlah, mungkin kucing itu bergurau dengan kucing yang lain. Aku biarkan sahaja walaupun hati rasa curiga. Takkanlah aku mahu masuk pula ke dalam rumah tuan punya kucing itu kan...

Kemudian, tuan punya kucing itu pulang dan aku terkejut melihat seekor anak kucing yang sangat comel telah terbelah perutnya. Semuanya kerana si kucing yang tempang itu telah mencederakan si anak kucing.

Akhirnya tuan rumah hilang sabar dan nekad mahu membuang kucing itu.

Tapi aku tidak tahu apakah kesudahannya kerana aku belum berkesempatan ke sana lagi.

Sebenarnya tuan rumah sudah merancang untuk membuang kucing ini lama dahulu tapi apabila memikirkan nasib kucing ini yang pastinya akan merana apabila dibiarkan sendirian di luar sana, membuatkan tuan kucing itu membatalkan hasratnya. Tapi jikalau dibela berterusan, agak-agaknya bagaimana nasib ia yng sentiasa terkurung? Dan bagaimana pula nasib kucing-kucing yang lain? hmmm....

Agaknya ada tak pusat untuk kucing-kucing yang ganas2 ini? Seperti tempat juvana..ekekek...


Apa yang bestnyer?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Byk lagi sebenarnya...


Jeng..jeng..jeng...

Buat pertama kalinya company aku nak buat Buletin ni. Apa yang menarik tentang buletin ini? Hee segala aktiviti yang dijalankan akan di update secara bulanan untuk tatapan pekerja semua.

Tahniah kepada kawanku yg sangat kreatif membuat buletin ini. Boleh gelak aku melihat laman kandid tu..


Saturday, November 19, 2011

Beauty Contest From Aina Rahman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Aku join contest lagi. Percaya atau tidak? Dalam masa yang sibuk dengan bebanan kerja dan rumahtangga, aku sempatkan jugak diri ini utk menyertai contest sebegini. 

Saje, terasa macam seronok pulak tgk kengkawan blogger saling mengadakan dan menyertai contest2 macam ni. So setelah ditag oleh adikku Hanny Esandra, aku pun joinlah sesuka.

Boleh menang ke? Lah, menang atau kalah kan itu adat pertandingan, yang penting mencuba.. 

So ada sesiapa lagi nak join contest ni? Hadiahnya menarik. Tak caya? Jom jenguk apa yang ada di sini

Tarikh tutupnya : 20 Disember 2011. 

Kawan yang nak di tag.....

Kasih Naw
Azila Aziz
Eisya Kyra
Nurfatinzolkarnain

Thursday, November 17, 2011

..eh eh dia tengok kita

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Eh eh dia tengok kita, dia jeling mata..

Korang pernah dgr lagu ni? Hee.. yg aku nak cerita ini bukan kisah cinta atau kisah yang best sgt pun..

Pagi ini seperti biasa aku keluar rumah terpaksa melalui selekoh yang selalunya akan sesak di situ kerana byk kereta nk keluar ke simpang termasuklah kereta aku.

Dan seperti biasa, aku akan buat acara haram..heee cilok keluar di tempat yang tidak sepatutnya. Memula tu memang takut tapi apabila melihat org lain okay sahaja maka aku pun dh 'biasa' juga.

Selalunya aku senang sahaja nak keluar dari situ, tapi kali ni nak jadi cerita, sewaktu nak menyempit di selekoh tu, sebuah kereta (aku tk tahulah kete jenis apa) cepat-cepat aje nk menghalang laluan aku. Aku senyum sahaja. Biasalah tu kan..ramai orang yg kedekut apatahlagi bila lihat org2 yg suka nk menyelit di tempat yg tidak sepatutnya (akulah tu)

Sebenarnya boleh aje kalau aku nk menyelit. Memang ada ruang di situ utk aku masuk. Tapi pemandu wanita itu, dengan muka yang masam melihat aku dan sengaja nak membakar aku dengan menekan minyak keretanya sedikit demi sedikit supaya jarak keretanya dengan kereta di hadapan menjadi rapat bagi mengelakkan aku mencelah.

Haha gelak aje aku dalam hati. Malaslah kan nak menyelit secara paksa. Kena sedar diri sikit hee..

Tapi dalam ramai2 yg kedekut mcm itu, sentiasa ada orang yang bertimbangrasa akan memberi laluan.

...Hari ini sepatutnya aku

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Hari ini sepatutnya aku..eh kami sudah berangkat untuk cuti2 luar Malaysia. Tapi dek kerana keadaan alam yg tidak mengizinkan, maka trip pun terpaksa ditunda. Insya Allah ke bulan February tahun depan.

Musim skrg ni tak berapa nk menentu. Tak boleh nak dijangka. Pagi tadi sebelum keuar rumah, mentari bersinar dengan indahnya, tapi skrg ni sewaktu aku mencuri masa nak update blg (syhhhh...) cuaca macam dh agak mendung sedikit. Harap-harap baju yang ku basuh malam tadi sempat kering menjelang aku pulang. Terima kasih kepada en suami yang membeli mesin pengering tu, sekurang-kurangnya risiko baju berbau dan lembab itu dapatlah dikurangkan..heeee

Musim tengkujuh ni mulalah banjir di sana sini, termasuk tempat yang kami cadang nak pergi. Harap2 awal tahun depan cuaca baik-baik sahaja.

Aku serik sebenarnya dengan banjir ni. Dulu sewaktu aku masih kecil2, pengalaman banjir ini sangatlah aku tidak suka. Mana tidaknya, badan tersangatlah penatnya terutamanya apabila banjir sudah surut. Ketika itu mulalah nak mengemas, kadang2 merungut jugak aku. 

Heee tapi yang bestnya bila dapat main banjir (kolamlah kononnya tu kan) siap nk buat acara kuak lentang meredah banjir. Bila sekrg ni dah dibuat loji air, banjir pun dh tkde di kawasan rumah aku tu. Rindu rasanya dengan zaman kanak-kanak dahulu.