Monday, November 21, 2011

Simpati atau tidak??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Cuba korang tgk video kat atas tu. Kucing ini diambil dan dijaga oleh tuannya kerana kasihan melihat ia yang terlantar sakit selepas dilanggar sehingga menyukarkan ia untuk berdiri dan berjalan. 

Video ini diambil setelah beberapa lama (kalau tk salah aku adalah dalam 5 bulan lebih), dia sudah beransur pulih walau pun masih sukar utk berjalan. 

Kucing ini kuat makan hehehe..

Yang menjadi masalahnya, kucing ini sangat ganas. Ia suka mencederakan kucing yang lain sehingga ia terpaksa dikurung dan hanya sesekali sahaja dilepaskan, itupun di bawah pengawasan..heee ganas tak?

Bebaru ni aku ternampak kucing ni, kasihan melihat cara ia berjalan. Kemudian tidak lama selepas melihat kucing ini masuk ke dalam rumah tuannya, aku terdengar bunyi seperti suara kucing menjerit. Aku tanyakan kepada ibuku kenapa agaknya kucing itu menjerit, mungkin kerana ada sesuatu menimpanya dirinya. Kata ibu, bukanlah, mungkin kucing itu bergurau dengan kucing yang lain. Aku biarkan sahaja walaupun hati rasa curiga. Takkanlah aku mahu masuk pula ke dalam rumah tuan punya kucing itu kan...

Kemudian, tuan punya kucing itu pulang dan aku terkejut melihat seekor anak kucing yang sangat comel telah terbelah perutnya. Semuanya kerana si kucing yang tempang itu telah mencederakan si anak kucing.

Akhirnya tuan rumah hilang sabar dan nekad mahu membuang kucing itu.

Tapi aku tidak tahu apakah kesudahannya kerana aku belum berkesempatan ke sana lagi.

Sebenarnya tuan rumah sudah merancang untuk membuang kucing ini lama dahulu tapi apabila memikirkan nasib kucing ini yang pastinya akan merana apabila dibiarkan sendirian di luar sana, membuatkan tuan kucing itu membatalkan hasratnya. Tapi jikalau dibela berterusan, agak-agaknya bagaimana nasib ia yng sentiasa terkurung? Dan bagaimana pula nasib kucing-kucing yang lain? hmmm....

Agaknya ada tak pusat untuk kucing-kucing yang ganas2 ini? Seperti tempat juvana..ekekek...


No comments: