Rupanya lebih kurang macam inilah, stainless steel |
Hee actually mmg dah lama teringin nak beli benda ni tapi entahlah tk pernahnya berjaya. Agaknya ketika itu hanya suka sahaja dan merasakan bahawa tkde kepentingan nak membelinya pun (sbb guna jenis lama yg ado sahaja)
Tapi sekarang ni dh tinggal rumah sendiri, tk bolehlah nk pinjam2 lagi. Tapi niat tu mcam semakin semangat je cumanya budget tk mengizinkan. Tak ada pulak orang nak bagi sbg hadiah perkahwinan kan. Kalau tidak lengkaplah semuanya. Sebab dah dapat microwave dan oven. Tapi tak apalah..simpan semangat tu heee...
Last week lepas sahaja menghadiri majlis perkahwinan kawan, en suami mengajak jalan2 melihat barangan rumah. Dah survey tu kami ke tingkat bawah, berjalan di bahagian elektrik.....
En Suami : Tengok ni, nak sangat kan barang ni (en suami menunjukkan mixer dan tersenyum)
En Suami : Tengok ni, nak sangat kan barang ni (en suami menunjukkan mixer dan tersenyum)
Aku : A'ah..tapi nantilah dulu (membayangkan budget yg entah bilanya nk cukup - sbnrnya cukup tp merasakan masih belum penting lagi)
En Suami : Ambiklah.
Aku : (memandang En Suami yg wajahnya biasa2 sahaja)
En Suami : Ambiklah cepat sementara tawaran masih terbuka
Wah, speechless aku. Antara percaya dan tidak. Bila En Suami kelihatan beria, dengan cepat aku pun merebut peluang yg bila2 masa sahaja akan ditutup (heee)
Selepas dah mencuba bahawa mesin itu berfungsi dengan baik, En Suami pun membayar harga mixer itu (harga standar mixer yg tk berapa nk canggih)
Tiba-tiba En Suami berkata, 'Benda pertama yang harus dibuat, Tiramisu'
Haaaa....ini mesti pengaruh rancangan MasterChef Malaysia. Haha..apapun aku kena google2 resipi nanti. Kalau dah jadi, aku postkan entri kat sini ek...
Anyway terima kasih en suami....
No comments:
Post a Comment