Thursday, November 24, 2011

tak suke! tak suke!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ini aku bz! Pagi ini aku datang sangat awal ke pejabat untuk memulakan kerja yang tertangguh semalam tapi still sehingga ke saat ini masih banyak lagi kerja yg tertunggak..haishh..tkperlah dh namanya keje kan? So kenalah aku ikhlas membuatnya. Tkde keje tk gaji pulak nanti.

Sedang sibuk membuat kerja, telefon pula berbunyi Ring! Ring! Ring! Aku angkat dan kutanya siapa.
Rupanya client yg telefon, mencari seorang lagi kawan aku yang kebetulan waktu itu tiada di tempatnya. Aku paling tak suka nk layan client yg jenis tk phm bahasa ni, tapi apabila mengingati etika2 menjawab telefon, aku tabahkan hati menjawab dengan sesopan yang mungkin (heee..)

Tapi client ni pulak nak meninggi suara dan tetap dgn pendirian dia mahu berckp dgn kawan aku ni jugak sedangkan aku cuba nak tolong selesaikan masalah dia. Dia tetap marah2 dan menggesa aku supaya memberi henfon no kwn aku ni pulak. Etika sbg kawan pula, tkknlah aku nk bg no henfon peribadi kwn aku ni pada client ni kan? Bukankah nanti akan mengganggu privasi dia. Akhirnya aku minta no telefon client ni dan berjanji akan menyuruh kwn aku menelefon dia semula. Wahhh, cara dia bg no telefon tu cukup menyakitkan hati. Dengan suara yg meninggi dia mengulang no telefon dia setelah aku menyebut nombor telefon dia utk kepastian. Aku mmg yakin nombor yg aku sebut tu betul tapi dia pulak seolah nombor yg aku sebut itu salah! Haiyaaaa.... ini mcm pun ada..

Rupanya kwn aku ni pun tk kenal client ni dan tk pernah bercakap pun. Dan rupanya client ni dah tersalah sebut nama orang. Dia sendiri tak ingat dengan siapa dia berurusan dahulu. Haishh..sabar jelah!


1 comment:

Aisy Nasiha said...

orang ni mcm2 ada.. tu yg lebih berpengalaman selalu cakap, bukan mudah kita nak cari rezki... macam2 kena tempuh..sabar aje la