Buah apakah ini? |
Alhamdulillah, hari ini dapat makan free lagi sempena jamuan Deepavali. Romba nandree pada kengkawan yang berkongsi perbelanjaan bagi menjayakan makan-makan ini. Seperti biasa setiap kali perayaan kami akan rayakan bersama (
Tengahari berkumpullah kami semua di tingkat bawah. Menunya memang bestlah. Yang paling best pada aku seperti biasa adalah sambal kerangnya.
Dalam pada banyak2 menu tu ada satu benda di dalam plastik yang menarik perhatian aku. Mula-mula aku ingatkan buah kedondong tapi bentuknya agak bulat. Bila nk buka kulitnya itu kena tekan dahulu (kulitnya agak keras). Bila dimakan terasa seperti buah mata kucing. Ia mempunyai biji seperti mata kucing juga. Bila kutanyakan kepada kengkawan yang lain, tiada satupun yang tahu even tuan punya pokok buah itu juga tidak tahu nama buah itu (^_^)
Nk tanya mr google, aku pun tk reti nak mulakan pencarian tu bagaimana.
Korang tgk jelah gambar buah ni... Ada sesiapa yang tahu?
No comments:
Post a Comment