Wednesday, November 23, 2011

..Perkataan Yang Tidak Ingin Dilihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pagi ini keluar pergi keje seperti biasa sebelum pukul 7.30. Dan aku akan sampai opis sekitar jam 8.00. Kalau aku tk membawa bekal sarapan, maka aku akan menjoinkan diri melepak di kedai bwh bersama kawan2 sepejabat.

Tapi hari ini nasib tak berapa nk bagus. Jalan pintas/potong yang selalu aku ikut tu disekat oleh abang polis traffic. Hee..memula tu hairanlah jugak kenapa jalan di sebelah lengang sahaja. Nasib baik jugak aku memakai cermin mata, maka dapatlah aku melihat dengan jelas kelibat Abang polis tu, kalau tak mahu buta2 aku kena saman agaknya..

Sambil menunggu giliran yang seperti biasa akan memakan masa beberapa minit, aku menguatkan volume radio sambil menyanyi. Mataku sesekali liar memandang sekeliling. 

Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berjalan di kaki lima jalan dr arah bertentangan. Tiada apa yang menarik perhatian aku selain dari baju T-Shirt yang dipakainya.

Di bahagian tengah hadapan bajunya itu terpampang logo kcubratS (sila baca dalam keadaan terbalik). Aku pun membaca tulis di bajunya dan tiba-tiba aku tergelak kecil. Perkataan itu bukanlah kcubratS tapi kcufratS

Hehe..itu macam pun boleh ke? Teringat masa aku di Jakarta. Ada gerai-gerai kecil di kaki lima yang mamakai logo seakan2 sama dengan kcubratS tapi nasib baik dia tak tiru bulat2 perkataan itu. Perkataan yang tertulis adalah : SEMERBAK COFFEE.. ~ lol~


Monday, November 21, 2011

Simpati atau tidak??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Cuba korang tgk video kat atas tu. Kucing ini diambil dan dijaga oleh tuannya kerana kasihan melihat ia yang terlantar sakit selepas dilanggar sehingga menyukarkan ia untuk berdiri dan berjalan. 

Video ini diambil setelah beberapa lama (kalau tk salah aku adalah dalam 5 bulan lebih), dia sudah beransur pulih walau pun masih sukar utk berjalan. 

Kucing ini kuat makan hehehe..

Yang menjadi masalahnya, kucing ini sangat ganas. Ia suka mencederakan kucing yang lain sehingga ia terpaksa dikurung dan hanya sesekali sahaja dilepaskan, itupun di bawah pengawasan..heee ganas tak?

Bebaru ni aku ternampak kucing ni, kasihan melihat cara ia berjalan. Kemudian tidak lama selepas melihat kucing ini masuk ke dalam rumah tuannya, aku terdengar bunyi seperti suara kucing menjerit. Aku tanyakan kepada ibuku kenapa agaknya kucing itu menjerit, mungkin kerana ada sesuatu menimpanya dirinya. Kata ibu, bukanlah, mungkin kucing itu bergurau dengan kucing yang lain. Aku biarkan sahaja walaupun hati rasa curiga. Takkanlah aku mahu masuk pula ke dalam rumah tuan punya kucing itu kan...

Kemudian, tuan punya kucing itu pulang dan aku terkejut melihat seekor anak kucing yang sangat comel telah terbelah perutnya. Semuanya kerana si kucing yang tempang itu telah mencederakan si anak kucing.

Akhirnya tuan rumah hilang sabar dan nekad mahu membuang kucing itu.

Tapi aku tidak tahu apakah kesudahannya kerana aku belum berkesempatan ke sana lagi.

Sebenarnya tuan rumah sudah merancang untuk membuang kucing ini lama dahulu tapi apabila memikirkan nasib kucing ini yang pastinya akan merana apabila dibiarkan sendirian di luar sana, membuatkan tuan kucing itu membatalkan hasratnya. Tapi jikalau dibela berterusan, agak-agaknya bagaimana nasib ia yng sentiasa terkurung? Dan bagaimana pula nasib kucing-kucing yang lain? hmmm....

Agaknya ada tak pusat untuk kucing-kucing yang ganas2 ini? Seperti tempat juvana..ekekek...


Apa yang bestnyer?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Byk lagi sebenarnya...


Jeng..jeng..jeng...

Buat pertama kalinya company aku nak buat Buletin ni. Apa yang menarik tentang buletin ini? Hee segala aktiviti yang dijalankan akan di update secara bulanan untuk tatapan pekerja semua.

Tahniah kepada kawanku yg sangat kreatif membuat buletin ini. Boleh gelak aku melihat laman kandid tu..


Saturday, November 19, 2011

Beauty Contest From Aina Rahman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Aku join contest lagi. Percaya atau tidak? Dalam masa yang sibuk dengan bebanan kerja dan rumahtangga, aku sempatkan jugak diri ini utk menyertai contest sebegini. 

Saje, terasa macam seronok pulak tgk kengkawan blogger saling mengadakan dan menyertai contest2 macam ni. So setelah ditag oleh adikku Hanny Esandra, aku pun joinlah sesuka.

Boleh menang ke? Lah, menang atau kalah kan itu adat pertandingan, yang penting mencuba.. 

So ada sesiapa lagi nak join contest ni? Hadiahnya menarik. Tak caya? Jom jenguk apa yang ada di sini

Tarikh tutupnya : 20 Disember 2011. 

Kawan yang nak di tag.....

Kasih Naw
Azila Aziz
Eisya Kyra
Nurfatinzolkarnain

Thursday, November 17, 2011

..eh eh dia tengok kita

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Eh eh dia tengok kita, dia jeling mata..

Korang pernah dgr lagu ni? Hee.. yg aku nak cerita ini bukan kisah cinta atau kisah yang best sgt pun..

Pagi ini seperti biasa aku keluar rumah terpaksa melalui selekoh yang selalunya akan sesak di situ kerana byk kereta nk keluar ke simpang termasuklah kereta aku.

Dan seperti biasa, aku akan buat acara haram..heee cilok keluar di tempat yang tidak sepatutnya. Memula tu memang takut tapi apabila melihat org lain okay sahaja maka aku pun dh 'biasa' juga.

Selalunya aku senang sahaja nak keluar dari situ, tapi kali ni nak jadi cerita, sewaktu nak menyempit di selekoh tu, sebuah kereta (aku tk tahulah kete jenis apa) cepat-cepat aje nk menghalang laluan aku. Aku senyum sahaja. Biasalah tu kan..ramai orang yg kedekut apatahlagi bila lihat org2 yg suka nk menyelit di tempat yg tidak sepatutnya (akulah tu)

Sebenarnya boleh aje kalau aku nk menyelit. Memang ada ruang di situ utk aku masuk. Tapi pemandu wanita itu, dengan muka yang masam melihat aku dan sengaja nak membakar aku dengan menekan minyak keretanya sedikit demi sedikit supaya jarak keretanya dengan kereta di hadapan menjadi rapat bagi mengelakkan aku mencelah.

Haha gelak aje aku dalam hati. Malaslah kan nak menyelit secara paksa. Kena sedar diri sikit hee..

Tapi dalam ramai2 yg kedekut mcm itu, sentiasa ada orang yang bertimbangrasa akan memberi laluan.

...Hari ini sepatutnya aku

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Hari ini sepatutnya aku..eh kami sudah berangkat untuk cuti2 luar Malaysia. Tapi dek kerana keadaan alam yg tidak mengizinkan, maka trip pun terpaksa ditunda. Insya Allah ke bulan February tahun depan.

Musim skrg ni tak berapa nk menentu. Tak boleh nak dijangka. Pagi tadi sebelum keuar rumah, mentari bersinar dengan indahnya, tapi skrg ni sewaktu aku mencuri masa nak update blg (syhhhh...) cuaca macam dh agak mendung sedikit. Harap-harap baju yang ku basuh malam tadi sempat kering menjelang aku pulang. Terima kasih kepada en suami yang membeli mesin pengering tu, sekurang-kurangnya risiko baju berbau dan lembab itu dapatlah dikurangkan..heeee

Musim tengkujuh ni mulalah banjir di sana sini, termasuk tempat yang kami cadang nak pergi. Harap2 awal tahun depan cuaca baik-baik sahaja.

Aku serik sebenarnya dengan banjir ni. Dulu sewaktu aku masih kecil2, pengalaman banjir ini sangatlah aku tidak suka. Mana tidaknya, badan tersangatlah penatnya terutamanya apabila banjir sudah surut. Ketika itu mulalah nak mengemas, kadang2 merungut jugak aku. 

Heee tapi yang bestnya bila dapat main banjir (kolamlah kononnya tu kan) siap nk buat acara kuak lentang meredah banjir. Bila sekrg ni dah dibuat loji air, banjir pun dh tkde di kawasan rumah aku tu. Rindu rasanya dengan zaman kanak-kanak dahulu.

Wednesday, November 16, 2011

The Mixer

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Rupanya lebih kurang macam inilah, stainless steel


Hee actually mmg dah lama teringin nak beli benda ni tapi entahlah tk pernahnya berjaya. Agaknya ketika itu hanya suka sahaja dan merasakan bahawa tkde kepentingan nak membelinya pun (sbb guna jenis lama yg ado sahaja) 

Tapi sekarang ni dh tinggal rumah sendiri, tk bolehlah nk pinjam2 lagi. Tapi niat tu mcam semakin semangat je cumanya budget tk mengizinkan. Tak ada pulak orang nak bagi sbg hadiah perkahwinan kan. Kalau tidak lengkaplah semuanya. Sebab dah dapat microwave dan oven. Tapi tak apalah..simpan semangat tu heee...

Last week lepas sahaja menghadiri majlis perkahwinan kawan, en suami mengajak jalan2 melihat barangan rumah. Dah survey tu kami ke tingkat bawah, berjalan di bahagian elektrik.....

En Suami : Tengok ni, nak sangat kan barang ni (en suami menunjukkan mixer dan tersenyum)
Aku : A'ah..tapi nantilah dulu (membayangkan budget yg entah bilanya nk cukup - sbnrnya cukup tp merasakan masih belum penting lagi)
En Suami : Ambiklah.
Aku : (memandang En Suami yg wajahnya biasa2 sahaja)
En Suami : Ambiklah cepat sementara tawaran masih terbuka

Wah, speechless aku. Antara percaya dan tidak. Bila En Suami kelihatan beria, dengan cepat aku pun merebut peluang yg bila2 masa sahaja akan ditutup (heee)

Selepas dah mencuba bahawa mesin itu berfungsi dengan baik, En Suami pun membayar harga mixer itu (harga standar mixer yg tk berapa nk canggih)

Tiba-tiba En Suami berkata, 'Benda pertama yang harus dibuat, Tiramisu'

Haaaa....ini mesti pengaruh rancangan MasterChef Malaysia. Haha..apapun aku kena google2 resipi nanti. Kalau dah jadi, aku postkan entri kat sini ek...

Anyway terima kasih en suami....



Contest - Blog Simple But Awesome

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Banner kaler pink? Muahaha.. aku bukanlah penggemar warna pink. Pernah aku memakai baju berwarna pink, ramai yang menegur mengatakan aku kelihatan sangat manis bila berbaju warna pink (heee bukan aku kata ya tp org kata). Eh iya ke?. Apapun banner ni cantiklah kan walaupun warnanya PINK.


Rasanya tajuk contest ni macam sesuai je dgn blog aku (edisi perasan)  tapi betul apa, mmg blog aku simple jee tapi..awesome!!

Heee, aku ni jarang nk join contest kalau tkde org yg bgthu. Bukan apa, tak reti sangatlah nk join2 benda alah ni semua. Masuk yg ini, kali kedua aku join contest. Yang pertama tu pun sebab di tag oleh seorang teman, so joinlah suka2. Kali ini pula sebab aku ternampak entri  Eiqa Azra so sajelah suka2.

Tak menang memang, tapi okaylah sekadar nak menambahkan dan memeriahkan entri , taklah boring sangat asyik publish cerita sendiri je kan..heee

So apa yang menarik ttg contest ni? Hmmm mari tgk kat sini




Monday, November 14, 2011

Selamat Pengantin Baru

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Last weekend, tgh sibuk mengemas rumah..tetiba terdengar pulak paluan kompang. Aku pun mengintai dari pintu dan ternampak rombongan pengantin sedang berarak. Wah nampak macam meriah (tp aku tak dijemput..heee mmglah kan, bukan semua orang kat condo tu yg aku kenal. In fact, hanya seorang dua je jiran di floor aku tu yg pernah bertegur sapa) 

Cuaca pulak sangat baik pada hari tu, semoga ikatan yang dibina berkekalan ke akhir hayat.

Oh tak lupa jugak, buat kawan kami - Zarina dan Shah Rizal yang berkahwin pada November 13th, 2011 yang lepas. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat..amin.


Kedai 1 Malaysia

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Agak-agak entri aku kali ini boleh membuatkan aku disaman tak? Hehehe hari itu terbaca entri di blog Dunia Dari dapur kak Jee tentang saman menyaman ni. Manalah nk tahu kan kut tanpa sengaja entri kita dh menyakiti org lain..

Tapi aku sebagai pengguna, nak jugak menyuarakan apa yang aku fikirkan.

Hari itu temankan kawan pergi ke Majlis Perbandaran bagi mengambil hamper Deepavali yang diberi oleh MP bagi golongan yang terpilih (tapi hampa sbb PIC tkde - kuar makan, tkde pulak tu org yg boleh bg hamper tu selain seorang PIC. Huh, dahlah bukan senang nak parking kat sana, boleh pulak kan takde org yg boleh tolong. Sungguh aku tak paham!!)

So kami pun mengambil keputusan untuk mkn di Kedai 1 Malaysia. Murah, kata kawan aku ni.
So masuklah kami ke dalam kedai tu (boleh tahan ramainya). Yang aku pulak, melangkah sahaja ke dalam kedai, mula terasa mual. Sebab apa? Sebab bau kedainya itu sungguh memualkan bagi aku (bau masakan, korang paham jelah kan). Aku terpaksa menahan nafas. Nak aje aku ajak kawan beredar dari situ tapi memandangkan dia yang nak belanja maka aku sabarkan ajelah hati ini. Cepat-cepat aku suruh kwn tu ambil tempat di luar. 


Hari itu aku hanya ambil nasi suku (seperti biasa), sepotong tempe, sepotong tauhu, seketul begedil dan sedikit sayur dan sirap limau ais (selalunya minum air suam je kan..tpi..org belanja hehehe...).

Makanannya bolehlah tahan sedapnya walaupun belum boleh dikategorikan sebagai 'WOW!!'.

So tidak lama kemudian dtglah org mengira. Aku nampak resit yang diletakkan di meja. RM2.60 & RM4.50. Kami pun berkira-kira sendiri. Aku menjangkakan makanan aku hanya berharga RM1.50 dan kawanku (makan ayam, sayur dan tempe) berharga RM3.00 sementara RM2.60 itu adalah air minuman. Dalam hati "Wah, murahnya!"

Rupanya, yang RM2.60 itu adalah harga makanan aku, dan RM4.50 makanan kawanku. Untuk minuman di bwh itu ya..heheheh.. Still murah ke? Bolehlah kalau nak dibandingkan makan kat KL sana tu, tp kat Pj tempat aku ni rega makanan macam ni biasa sahaja...

Entahlah, nk komen lelebih pun aku tak reti...