Wednesday, March 30, 2011

D U R I A N

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tengah-tengah malam ni sempat jugak aku nak posting citer pasal DURIAN yer..heheh..

Bukan apa, minggu yang lepas aku tengok kengkawan kat fesbuk tu ramailah yg bercerita pasal raja buah ni..siap dengan gambar lagi tu. Aku menahan air liur jelah..haishhh..

Nak jadikan citer baru je kejap ni, kakak aku menghantar sepinggan durian bersama pulut.. whoaaa terlepas kenan rasanya. 

Tapi aku hanya dapat menjamah seulas durian sahaja dan secubit pulut (aku bukanlah penggemar  pulut sebenarnya). Sangat tak puas tapi okaylah tu kan. Dapat jugak merasa ketika tengan kenan ni heheh. Kata orang hidup ni jangan tamak. Nanti rugi. Bersyukur jelah dengan apa yang ada.

Tuesday, March 29, 2011

stress!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam mak aku bertanya "Kenapa banyak jerawat sekarang ni?"

Whooooaaaa.. entahlah aku pun tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni jerawat sangat suka pada kulit muka aku ni. Dulu wajahku amatlah susahnya nk ditumbuhi jerawat, tp sekarang ni senang pulak. Yang hairan,. tumbuhnya di bahagian hidung. 

Baru-baru ni tumbuh tercongok kat atas hidung..hee cam badut pulak.

Kata kakak aku stress memikirkan soal kahwin. Hmmm mungkin jugak. Bukan pasal kahwin je, sebenarnya stress juga sebab banyak benda yang nk kena buat kebelakangan ni. Banyak perfikir pun ya jugak. Tidur lambat pun punca tumbuhnya jerawat aku ni. Mana taknya, selagi jam tu belum menunjukkan pukul 1, mata ni mmg tk mahu terlelap..haishhh.

Dah skrg ni bertambah kerisauan - risau pasal jerawat ni pulak!! 
Hadoiii...mulai sekarang aku kena manjalankan kehidupan sihat supaya jerawat akan segan nk bertandang lagi..huuuu chaiyok!

Monday, March 28, 2011

Tali pinggang keledar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semenjak dua menjak ni aku rajin lah pulak meng'hapdet' blog aku ni. Entah kenapa ntah. Adakah kerana diserang penyakit boring? Tak juga..kerja banyak sebenarnya yang menuntut masa aku untuk diselesaikan. Hee anggap sahajalah aku nak hilangkan tekanan.

Bercakap tentang tali pinggang keledar ni, aku adalah seorang pemandu / penumpang kereta yang tidak suka memakai tali pinggang keledar. Huhu, ni kalau abang polis baca ni tentu dia cari aku nk layangkan surat saman.

Hari ini aku pulang ke rumah seperti biasa, waktu yang sama, menggunakan kereta yang sama, jalan yang sama..etc..etc..etc..yg sama. Huh, macam boring jekan?

Apabila aku sampai di rumah, satu kelainan yang aku rasakan ialah AKU MEMBUKA TALI PINGGANG KELEDAR. Haha..bila masa aku pakai pun aku tk ingat. Punyalah berangan masa membawa kereta. Apapun syukur perjalanan selamat sampai ke rumah.

Nota Kaki: Pakailah Tali Pinggang Keledar

Hukum Pemakaian Inai Bercorak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rupa daun inai

Hari ni aku rasa nak bercerita ttg pemakaian inai bercorak ni, sbb banyaklah aku terima email mahupun notes yang ditag oleh kawan2 Facebook. Ada kekeliruan di situ, maksudnya ada yang berkata dibolehkan dan ada yang mengatakan haram. Juga tentang lelaki yang memakai inai. 

Aku pun mencari maklumat kat Google dan akhirnya terjumpalah artikel ni dari E-Fatwa

*******
Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    ********

Jadi, pada pasangan yang nak berkahwin tu, bolehlah mengambil langkah yang sepatutnya hehehe..selagi tidak melanggar syarak. Korang boleh jugak baca kat sini sebagai panduan. 

Sunday, March 27, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Darling Sakinah dengan Tanglungnyer..
Malam Sabtu yang lepas, aku bersama famili dan anak-anak dah membuat perancangan untuk menyokong  EARTH HOUR . Petang tu aku bersama anak2 pergilah ke kedai membeli ayam panggang dan sate minang. Dinner dengan famili di bawah sinaran bulan purnama.

Bermula jam 8mlm kami dah bekerjasama membersihkan dan menyiapkan gazebo atas tu (siap dengan pemandangan sungai..hehehe). Wah, bebudak dah mula excited, siap pasang tanglung dan lilin2 kecil di keliling gazebo..heheh mcm nak candle lite dinner pulak kan..

So tepat jam 8.30mlm lampu pun dimatikan. Kami semua berkumpul kat gazebo sambil makan2 dan bercerita. Pemandangan malam sangat indah dan cuaca juga cantik..Alhamdulillah..

Lepas dah makan, bebudak excited pulak nak main bunga api, siap nyanyi lagu raya pulak tu..adoiii..sangat tk sesuaiiii.. dah tu siap nak buat experimen lagi. Experimen apa pun aku tk tahulah. Yang aku nampak, dari dalam tanah keluar asap berkepul2..ntah apa2lah budak2 nih..

Bapak aku pulak dan membebel sbb kami paksa dia tutup TV hehe.. dia keluar tgk pulak jiran2 tkder sorg pun yg tutup lampu. Dia tetap membebel tapi kami ketawa2 aje..heee...

Aku rasa bagus jugak buat aktiviti ni dengan keluarga. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita jugak dapat memupuk anak2 akan pentingnya menjaga alam sekitar.


Thursday, March 24, 2011

Dot Dot Dot Dalam Botol

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salah satu babak dalam citer Dot Dot Dot Dalam Botol

Hari ini aku rasa terpanggil pulak nk bercerita tentang filem Dot Dot Dot dalam Botol. Sempat aku bercerita dengan kakak semalam 'Kenapa tajuknya ditukar ke (dot dot dot) ... dalam botol?. Kata kakaku mungkin kedengaran sopan.

Tapi aku pulak berfikir lebih elok kut diletakkan tajuk asal sahaja. Perkataan 'anu' itu kalau dilihat dalam kamus  Dewan Bahasa dan Pustaka , membawa maksud orang/benda yang tidak disebut namanya atau sesuatu / benda yang tidak diketahui dengan tepat. Tapi jika disebut Dot Dot Dot, pemikiran masyarakat kita lebih tertumpu kepada benda yang selalunya tidak elok. Entahlah, pendapat masing2 kan. Ada jugak yg mengatakan Anu itu adalah kemaluan. Hmmmm...

Apapun, sebelum korang nak mengutuk filem ni, aku rasa baik korang g tengok dulu. Fahami apa maksud yg ingin disampaikan oleh Raja Azmi di sebalik cerita yang mengundang kontroversi ini. Tak perlulah kita nk menghentam atau melatah apabila mendengar tajuk cerita ni. 

Mungkin Raja Azmi terkenal dengan sikapnya yang 'berterus terang' atau 'lancang' kata orang, tapi setiap orang kan berhak mengatakan pendapatnya (tak kisahlah bagaimana mereka meluahkan) hehehehe..ada ke yg tk bersetuju dengan aku nih?

Filem ini kata Raja Azmi bukanlah cerita seks atau cerita ranjang. Perkara sebegini memang ada berlaku dalam masyarakat kita sekarang cuma masih belum dibicarakan secara terbuka tentang lesbian/gay dan pertukaran jantina ni. Korang leh baca kat  murai.com . 

Rasanya filem ini diklasifikasikan dalam kategori 18thn ke atas. Janganlah pulak korang g tgk bawa anak2 yg bawah dari 18thn yer. 

Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku sendiri belum tahu jalan ceritanya macamana. Adakah aku akan pergi tengok nanti? jeng..jeng..jeng...

Nota kaki : Sokonglah filem tempatan

Monday, March 21, 2011

Baca, Hafal dan Fahamilah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mode : Nak bagi Tazkirah :-)) 





Pagi tadi sewaktu nak bersiap-siap untuk pergi kerja, seperti biasa mak dan ayah akan menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Selalunya volume suara TV itu akan kedengaran sehingga ke bilik aku..hehehe. Jadi, sambil bersiap tu bolehlah juga aku mendengar dan menambah ilmu. 

Topik hari ini berkenaan membaca Al-Quran. Berapa kerapkah korang membaca Al-Quran? Berasa terpukul jugakkan dengan soalan ini? Terasa kejahilan diri ini. Sejujurnya, aku pun bukanlah selalu ada masa nak membuka dan membaca Al-Quran (Astaghfirullah). Bila teringat tu adalah aku membaca. Paling-paling pun hanya setiap hari khamis - membaca surah Yasin.

Terpanggil aku nak berkongsi kata-kata ustaz tentang menghafaz ayat-ayat Al-Quran ni. Kalau ayat-ayat yang dijadikan doa harian tu senanglah kita menghafalnya (tapi sekadar hafal je kan, tanpa tahu pengertian maksudnya? Kalau ada yang hafal sekali dengan pengertiannya itu Alhamdulillah) Kata Ustaz, semua orang boleh menghafaz Al-Quran. Hanya malas dan rajin aje. 

Okay, mari kita mulakan dari sekarang menghafaz ayat-ayat suci ini. Caranya? Setiap kali ingin menghafaz, hafaz ayat itu satu per satu. Jangan berganjak ke ayat yang seterusnya sekiranya belum yakin mampu menghafaz. Ulang beberapa hari ayat yang sama sehingga kita ingat dan seterusnya beranjaklah ke ayat yang berikutnya. Ulangi langkah di atas sehingga berjaya. Haa..boleh tak?

Hmm..aku pun rasa nak mulakan. Aku nak cuba mulakan dengan menghafaz surah Yasin dulu.  Semoga aku berjaya! Korang pun cubalah! Tak rugi pun kan? Kalau lirik lagu bermacam-macam korang boleh hafal, kenapa ayat-ayat Al-Quran tak boleh pulak kan?

Apa kata korang nyanyi je lagu ni ..."-))

♫ 
Marilah Mengaji Kenal Huruf Al-Quran
Mari, Mari Mengaji Penuh Kesungguhan
Marilah Mengaji Faham Isi Al-Quran
Hayati Maksudnya Dalam Kehidupan ♫ 

Pelbagai kegunaan Ubat Gigi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Artikel ni aku kopipes dari email yang aku terima. Supaya senang, aku translate kan ke Bahasa Melayu.. Jom tengok perkara2 yang boleh dibuat menggunakan ubat gigi (putih dan bukan jenis gel) yang mungkin berguna untuk kita suatu hari nanti (jimat dan berkesan)

1) Melegakan kerengsaan akibat gigitan serangga, luka atau lepuh.
- Sapukan ubat gigi pada kerengsaan / gigitan tersebut bagi menghentikan kegatalan dan mengurangkan bengkak. 
- Bila disapukan pada luka atau lecet, ianya akan kering dan memungkinkan luka sembuh dengan cepat. Seeloknya disapukan pada waktu malam.

2) Melegakan sakit akibat melecur/terbakar.
- Hanya untuk luka kecil, dan luka tertutup sahaja, ianya dapat memberikan kelegaan/rasa dingin buat sementara.
- Sapukan dengan segera di kawasan yang terkena lecur, ianya dapat melegakan rasa berdenyut dan mengelakkan luka dari terbuka.

3) Mengurangkan cela pada wajah
- Ingin mempercepatkan penyembuhan jerawat? Haa..sapukan je ubat gigi pada jerawat (seeloknya malam sebelum tidur) dan cucilah dengan bersih pada pagi harinya.

4) Untuk membersihkan kuku
- Untuk kuku bersih, bersinar dan kuat, hanya gosokkan ubat gigi (menggunakan berus gigi) di bahagian bawah dan atas kuku anda.

5) Sebagai gel rambut
- Sekiranya anda gemarkan stail rambut yang extrem dan tahan lama, cuba gunakan ubat gigi sebagai gel rambut sekiranya anda kehabisan gel rambut yang biasa anda gunakan.

6) Menyahbau busuk yang melekat di tangan
- Bawang putih, bawang merah, ikan dan apa sahaja bau makanan yang melekat di tangan, dapat dihilangkan dengan menyental tangan dan hujung jari anda dengan ubat gigi. 

7) Menghilangkan kotoran
- Ubat gigi dalam menghilangkan kotoran yang melekat pada pakaian ataupun permaidani. 
- Untuk pakaian, sapukan ubat gigi pada kotoran dan gosok kotoran sehingga hilang, dan basuh seperti biasa.
- Untuk permaidani, sapukan pada kotoran dan gosok dengan menggunakan berus kasar kemudian bilas.

8) Memperkemaskan kasut kotor
- Sangat sesuai untuk kasut sukan atau kasut jenis kulit.
- Sapukan pada tempat yang kotor/haus, gosok dan kemudian lap bersih.

9)  Menghilangkan kesan krayon pada dinding bercat
- Sangat berguna untuk anda yang ada anak yang suka menconteng dinding hehehe..
- Sapukan ubat gigi pada kain yang basah, kemudian gosok perlahan dan anda akan lihat kesan krayon tersebut hilang.

10) Mengilatkan barang perhiasan atau barangan yang diperbuat daripada perak
- Gosokkan ubat gigi pada barangan tersebut dan biarkan semalaman. Lap sehingga bersih dengan kain yang lembut keesokan paginya.
- Untuk mengilatkan berlian, gosok perlahan dengan berus gigi, ubat gigi dan sedikit air. Bilas sehingga kesan ubat gigi hilang.
- Kaedah ini tidak sesuai utk barangan mutiara, kerana ianya akan merosakkan mutiara tersebut.

11) Memadam goresan pada CD atau DVD
- Sapukan lapisan nipis uabt gigi pada kesan goresan, gosok dengan lembut dan bilas sehingga bersih.

12) Menghilangkan bau masam botol susu bayi
- Gunakan ubat gigi dan gosok botol susu. Pastikan botol dibilas bersih!

Selamat Mencuba!

Saturday, March 19, 2011

Mencantikkan Blog

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hee, korang ada nampak apa-apa perbezaan pada blog aku nih? (pada sesiapa yang selalu lawatlah kan). Aku baru je 'mencantikkan dan memudahkan' blog aku ni. Antaranya :-

1) Ruangan komen ~ ruangan komen aku dh kelihatan cantik sikit, takderlah tipikal sangat kan.

2) Perasan tak cursor aku dh berubah? Kalau dulu gambar anak panah je, skrg aku dh tukar ke smiley. Sebenarnya ada banyak lagi yang cantik-cantik.

3) Cuba korang tgk belah kanan..ada nampak gambar Spongebob tu? Apa yang tertulis di ditu? Yes..senang kan korang nk terus ke page atas..tak payah nak guna mouse utk scroll up.

4) Kalau korang bawak cursor tu dan halakan ke title2 posting, apa yang korang nampak? haaa..itulah dia.

Aku ni sebenarnya tak pandai sangat tentang gadget2 yang ada ni..banyak sebenarnya utk menjadikan blog korang kelihatan menarik. Nak tahu rahsianya jom join! Klik sini

Pasangan Jiwa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku rasa tertarik dengan artikel ni dan nak berkongsi dengan korang semua. Artikel ni aku copy & paste dari
page 'Sahabat Cinta Berbagi Ilmu'

~~~~ ********** ~~~~~

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan. Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan. Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan. Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan. Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan. Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu kutipan dari film yang Mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil" Pasangan jiwa bisa benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak… Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah pilihan yang harus kita lakukan. Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.