Darling Sakinah dengan Tanglungnyer.. |
Malam Sabtu yang lepas, aku bersama famili dan anak-anak dah membuat perancangan untuk menyokong EARTH HOUR . Petang tu aku bersama anak2 pergilah ke kedai membeli ayam panggang dan sate minang. Dinner dengan famili di bawah sinaran bulan purnama.
Bermula jam 8mlm kami dah bekerjasama membersihkan dan menyiapkan gazebo atas tu (siap dengan pemandangan sungai..hehehe). Wah, bebudak dah mula excited, siap pasang tanglung dan lilin2 kecil di keliling gazebo..heheh mcm nak candle lite dinner pulak kan..
So tepat jam 8.30mlm lampu pun dimatikan. Kami semua berkumpul kat gazebo sambil makan2 dan bercerita. Pemandangan malam sangat indah dan cuaca juga cantik..Alhamdulillah..
Lepas dah makan, bebudak excited pulak nak main bunga api, siap nyanyi lagu raya pulak tu..adoiii..sangat tk sesuaiiii.. dah tu siap nak buat experimen lagi. Experimen apa pun aku tk tahulah. Yang aku nampak, dari dalam tanah keluar asap berkepul2..ntah apa2lah budak2 nih..
Bapak aku pulak dan membebel sbb kami paksa dia tutup TV hehe.. dia keluar tgk pulak jiran2 tkder sorg pun yg tutup lampu. Dia tetap membebel tapi kami ketawa2 aje..heee...
Aku rasa bagus jugak buat aktiviti ni dengan keluarga. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita jugak dapat memupuk anak2 akan pentingnya menjaga alam sekitar.
No comments:
Post a Comment