Cerita ni dah beberapa hari berlalu tapi aku tetiba teringat pulak ni haa. Nk jadikan cerita, hari tu aku dan anak2 buah pergilah keluar nak mencari barang2. Huishhh..dalam kepala dah set barang apa yang nak dicari. Sampai kat sana, dapat jugaklah barang yang aku nak, tapi lepas tu blur nak beli apa lagi sedangkan barang yang harus dibeli banyak sebenarnya. Takpe lah, nanti bila2 aku g cari lagi..
Seperti biasa, bila bawak anak2 ni, bermacam2lah dorg minta kalau ada benda yang menarik perhatian. Pun aku kena belanja mereka makanlah kan memandangkan waktu itu memang dh sepatutnya utk makan tengahari. Bebudak tu pulak, bila ditanya 'korang dah makan ke?' jawapan pun bercampur2. Ada yang kata dah, ada yg kata belum, ada yang kata breakfast je hehehe..apapun bila aku ajak g makan, masing2 dh teruja.
Dalam perjalan balik tu, aku bukaklah siaran radio yang biasa aku dengar. Kami dalam kereta pun ikut menyanyi. Memula tu dengar lagu ballad (aku pun dah lupa lagu apa), belum habis pun lagu tu tetiba bertukar pulak dengan lagu kumpulan Rabbani (Intifada), kitorg pun ikut menyanyi sama..lepastu belum habis lagu Intifada, terus keluar pulak "...Hmmmmm..jahat hanya kamu.."
Kitorg masing2 dah terkedu, kemudian pecah ketawa kami. Mana taknya, dahlah lagu bertukar2, yg paling kelakar selepas lagu nasyid tu keluar pulak lagu jahat...hahahah...
Entah aku tak tahu kenapa jadi mcm tu, mungkin bila beralih kedudukan, stesyen radio bertukar kut..tapi..masih channel yg sama..:-)))....
No comments:
Post a Comment