Thursday, September 29, 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Lamanya tak bersiaran. Dah bersawang blog. Syukurlah masih ingat password lagi hehe.

Kehidupan seindah macam biasa. Syukur Allah masih sayangkan aku dan memberi rezeki yg cukup untuk aku dan suami meneruskan kehidupan.

Sebenarnya dah terasa rindu nak menulis tapi kekangan masa membuatkan semua rindu itu berlalu begitu sahaja. Manuskrip pun tergendala, dah lama dah ...sigh...

Ok next entry akan cerita lebih lagi mengenai apa yang berlaku lately ni hehe.. cerita ni kena simpan kat sini buat kenangan dan rujukan di masa hadapan

Sunday, April 26, 2015

Mencari Produk Muka Yang Sesuai-Jerawat ohJerawat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Susahnya nak menjaga kulit muka ni. Bagi yang sejak azali dikurniakan kulit wajah yang bersih berseri memang sangat bertuah.

Dulu aku tak perlu risau memikirkan penjagaan wajah yang rapi kerana kulit wajahku Alhamdulillah bebas dari jerawat. Selepas kahwin masih lagi okay..cuma sejak akhir-akhir ini kulit wajahku naik jerawat. Whuaa..sangat tension okay!

Salah satu puncanya ada stress!! oh stress sila main jauh-jauh!

Dulu aku pakai Tia Amelia memang berkesan. Sekejap sahaja kulit wajahku kembali bersih dan bebas dari jerawat. Tapi bila aku mula stress dan kurang tidur, jerawat pun naik lagi dan produk itu pun tidak lagi berkesan dengan aku.

Rasa tension sebab ke mana-mana aku pergi ada sahaja yang bertanya sampai tahap aku dan naik tension menjawab soalan mereka. Aduh, tension lagi! Tambah berganda tahap tension aku.

Sekarang ni aku consistent pakai scar serum garden of eden. Alhamdulillah semakin berkurangan warna bekas jerawat ni tapi masih belum hilang sepenuhnya. Ditambah pula dengan krim siang dan malam ibu putih Janna Lawwa tapi masih belum ada perubahan sangat..

Sekarang ni masih tengah google skincare apa yang paling elok untuk dipakai. Risau juga sekiranya terpilih barang yang tidak sesuai dengan kulit wajah...

Taip segala entri untuk blog anda disini.

Throwback - Farewell Tanya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini kawan satu pejabat, satu department lagi..cuma rezeki kami bekerja sama tidak lama...

Apapun, semoga sukses dengan kerjaya baru. Keep in touch!


Tanya Balakrishnan. She's very cute. Soft spoken dan sangat bergaya!



Nando's

Tengah makan tetiba terima mesej dari Mr Boss. Katanya nk belanja dessert..whoa!



Hagen Daz fountain


Taip segala entri untuk blog anda disini.

Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kurang dari 2 bulan lagi, akan menjelangnya Ramadhan. Korang semua dah ganti ke puasa-puasa yang tertinggal? Silalah ganti ya mulai dari sekarang. Jangan sampai bertemu Ramadhan sekali lagi pun puasa belum berganti. Perkara wajib harus di dahulukan. Itukan hutang kita kepada Allah..

Alhamdulillah Jumaat lepas hari terakhir aku mengganti puasa. Berapa hari yang tinggal? Hehe...biarlah aku aje yang tahu..

Dan hari itu juga rasa teringin pula nk berbuka puasa dengan Steamboat. Mesejlah encik suami...

Aku: Abang, hari ni rasa macam nk makan steamboat je..

Abang: Steamboat apa? kat mana?

Aku: Kat rumah je.. buat sendiri.

Abang: OK

Okay, maka hari tu pun aku rasa senang sedikit, tak perlu tergesa-gesa nak memasak. Balik tu singgahlah kedai beli 2 paket tomyam pes dan sayur-sayuran. tentulah aku pilih cendawan dan kobis cina sahaja. Bahan-bahan lain memang dah ada kat rumah..

Tadaaa... Inilah hasilnya. Syukur Alhamdulillah

Terima Kasih Yayasan Budi Penyayang di atas hadiah multi-purpose cooker tu. Memang sangat berguna..


Taip segala entri untuk blog anda disini.

Monday, February 16, 2015

Perginya Seorang Murabbi - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Saya merasa terpanggil untuk menulis entri tentang allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Entri ini adalah kenangan buat diri saya secara peribadi.

Hari ini masuk hari ke-lima pemergian allahyarham (Perginya pada 12 February 2015.) Namun perasaan sayu masih bersarang di dalam hati. Setiap kali mengingatkan allahyarham, airmata pasti murah benar mengalir. Entah kenapa aku pun tidak tahu. Namun terasa benar jauh di sudut hati. Aku bukanlah kenal TGNA secara peribadi, malah beliau juga sudah tentulah tidak mengenali aku. Namun sedari kecil aku sentiasa di dedahkan dengan cerita tentang allahyarham. Cerita yang aku dengar dari allahyarham ayahku sendiri. Ayahku juga merupakan salah seorang yang menghormati TGNA.

Ketika menyaksikan pengkebumian secara langsung di RTM1, air mata aku tidak henti-henti mengalir. Melihat ramainya orang yang datang menziarahi. Betapa allahyarham sangat disayangi. Meninggal 12 Februari 2015 di malam Jumaat di rumahnya.

Sesungguhnya pemergian allahyarham adalah satu kehilangan besar buat kita semua. Sifat allahyarham sebagai seorang pemimpin yang sangat ikhlas dan jujur kerana Allah mendekatkan lagi hati kita semua kepada allahyarham.

Saya sayang Tok Guru.

Namun di sudut hati kecil saya terkilan juga dengan kata-kata buruk orang di luar sana, caci maki, keji mengeji dan kata-kata kesat yang dilemparkan buat allahyarham. Tidakkah langsung ada perasaan kasih buat seorang ulama yang tersohor begini? Cubalah pandang dari sudut Islam - keperibadian allahyarham itu sendiri, Jangan kaitkan dengan politik. Rata-rata orang yang membenci dan mencaci allahyarham adalah kerana pegangan fahaman politik yang berbeza. Yang lebih menyedihkan apabila kata-kata kesat itu diungkap sendiri oleh orang yang beragama Islam juga. Astaghfirullahaladzim....

Biar apa jua yang orang kata, aku tetap memandang allahyarham sebagai seorang pemimpin yang sangat zuhud, yang tidak ada penggantinya. Perginya takkan kembali lagi.

Alangkah bertuahnya isteri dan anak-anak allahyarham kerana memiliki orang sebaik allahyarham. Semoga semua keluarga tabah menerima kehilangan ini.


Biodata TGNA

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Tahun Lahir: 10 Januari 931
Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
• Universiti Deobond, India – 1952.
• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Pekerjaan:
• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
• 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:
•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.


Al-Fatihah buat allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & allahyarham ayahandaku Ismail Bin Abu Bakar. Damailah di sana. Di dunia yang kekal abadi. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang beriman..aamiin.



Sunday, January 18, 2015

Throwback Y2014 - # 1 - Peristiwa


Tahun 2014 berlalu sudah. Terlalu lama menyepikan diri. Kadang2 terasa semangat hendak melakukan sesuatu, terkadang pula terasa lemah pula. Entah, adakah kerana faktor usia yang semakin tua? kihkih......

Kehidupan masih dijalankan seperti biasa. Masih bekerja di tempat lama lagi..heee 7 tahun sudah aku menjadi warga syarikat 'mxxxxxn'

Banyak juga sebenarnya kisah suka duka yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni. Antaranya:-

Majlis Perkahwinan Kei & Asywal


Majlis Perkahwinan my sister..Kei & Ezat. Semoga bahagia hingga jannah..aamiin.

Hadiah Anniversary - Mesin jahit hehe....best!



Charity Walk - Bangsar South




Jalan-jalan a.k.a honeymoon - Avillion PD


Company Trip - Ho Chi Minh, Vietnam



     

 Family - Karaoke



Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Taip segala entri untuk blog anda disini.

Tuesday, August 26, 2014

Kabare?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syawal sudah pun habis. Sibuk sangat aku kebelakangan ini. Bukan kebelakangan ini tapi sudah hampir setahun tidak update blog ini. Tapi serius aku mmg busy!

Kadang2 terasa ingin menulis di sini. Tapi kadang2 terasa juga malasnya nak mengarang cerita di sini. Nak tulis blog pun kena ada plotnya hehe..ada pembukaan, isi, pengakhiran huhu...

Hari ini aku pulang awal dari pejabat. Balik ke rumah seperti biasa aku harus menyediakan makan malam. Usai memasak aku membersihkan diri atau kata ringkasnya 'mandi', hehe.. Setelah suami pulang dari pejabat dan melayan makan minumnya dia akan berehat.

Hari ini terasa senggang sedikit masa aku, sebab tulah rajin benor nak mengupdate blog ni. Sebenarnya banyak juga cerita aku nak simpan di sini. Nantilah bila senang, aku akan throwback. Hehe.....

Note: Aku sedang google gambar utk diletak kat entry kali ini tapi tetiba pulak aku nampak gambar jubah ni sangat cantik okey, ringkas tapi menarik  Okay nak google dulu. Salam.....




Tuesday, May 27, 2014

Israk Mikraj 1435H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menjelang maghrib semalam masuklah hari Israk Mikraj. Ini bermakna genaplah sudah ayahanda meninggalkan kami semua. Usai solat maghrib ku bacakan surah yasin semoga pahalanya dapat juga buat bekalan ayahanda di sana..Insya Allah.

Setahun sudah ayahanda pergi, setahun jugalah aku menyepikan diri dari dunia blog aku. Kehidupan masih dijalankan seperti biasa. Ada pasang surutnya seoerti kehidupan semua manusia di dunia. bersyukur masih di kelilingi oleh orang2 yang masoh menyayangi diri ini.

Semoga ayahanda tenang dan damai di sana. Semoga rohmu di tempatkan di kalangan orang2 beriman..amin.

AL-FATIHAH......

Tuesday, November 26, 2013

Salam Kembali

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lama sudah aku tidak update blog. Kehidupan diteruskan macam biasa, tiada apa yang menarik sangat untuk diceritakan. Pekerjaan juga macam biasa, Alhamdulillah baru-baru ni rezeki bertambah..amin.

Kelmarin aku bermimpi tentang allahyarham ayahanda yang tercinta. Setelah hampir 6 bulan pemergian ayahanda akhirnya terlepas juga rindu aku kepadanya. Terima kasih Allah kerana menitipkan mimpi itu buatku. Di dalam mimpi itu aku bertemu ayahanda. Wajahnya tenang dan bersih. Dapat aku mendakap tubuhnya. Kemudian kami berjalan-jalan berpimpin tangan sambil bercerita sehinggalah akhirnya ayahanda di bawa pergi oleh seseorang di penghujung jalan. Ayah sempat menitipkan wang buatku, untuk dibahagi sama rata katanya dengan adik beradik yang lain. Aku tidak mahu memikirkan atau mentafsirkan apakah maksud mimpi tersebut. Hanya doa ku pohonkan buat ayahanda di sana. Semoga tenang dan bahagia di sana..amin


Wednesday, June 26, 2013

Semoga Bertemu di Jannah!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ayah, damailah di sana.      Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku,  Lapangkanlah kuburnya, ringankan siksaaan kuburnya, terimalah segala amalannya dan tempatkanlah dia di SyurgaMu..amin
      Ayah, semoga bertemu di Jannah, Insya Allah.


Rasa menggigil jemari untuk aku coretkan entri kali ini. Hati ini masih terasa sedih dan sayu atas kehilangan, namun ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menghalangnya...

06 Jun 2013 bersamaan dengan 27 Rejab 1434 (Israk Mikraj)

Tarikh yang pasti tidak dapat kami sekeluarga lupakan sehingga akhir hayat. Pagi jam 2.56 perginya ayahanda yang sangat kami kasihi.
Mengimbas kembali...
       
3/4/2013 -
         Hari Isnin aku ke rumah orangtuaku melawat ibu dan ayah. Seperti biasa sampai sahaja di parking rumah kepalaku pasti akan menoleh melihat ke muka pintu..orang yang ku cari adalah ayah..kerana beberapa bulan selepas pulang dari umrah ayah kesihatan ayah tidak berapa baik. Setelah melihat ayah duduk di kerusi dengan tenang hati sedikit lega. Tapi hari itu tiada makanan yang ku bawa seperti kebiasaannya apabila melawat mereka aku akan membawa kuih muih samada yang ku buat sendiri atau beli di kedai.

             Masuk ke dalam rumah, segera aku merapati ayah dan bertanya khabarnya. Sayu hati apabila ayah berkata "Mata abak dah tak nampak".
            Allah, airmata seperti mahu mengalir melihat keuzurannya itu. Aku meminta diri untuk mengerjakan solat. Di dalam solat seperti biasa ku panjatkan doa buat semua orang2 tersayang sambil menangis. Tidak berapa lama kemudian, kakakku dan anaknya tiba.
            Setelah selesai solat, aku duduk di sisi ayah dan bertanya, "Ayah sudah makan?"
           Jawabnya, "Ada makanan?"
           Hati aku sedikit pilu kerana hari itu tidak membawa apa2 makanan untuknya.
           Kemudian mak pula bersuara, "Mak ada buat bubur sum-sum. Abak kamu tu kurang nak makan sekarang ni. Cubalah suapkan.".
           Syukur ada makanan. Dengan senang hati aku ambilkan semangkuk bubur dan menyuap ayah. Selera ayah agak kurang beberapa hari sebelum itu. Dapatlah juga aku suapkan ayah dalam 4-5 sudu sebelum dia menolak lembut tanganku yang berterusan menyuakan sudu ke mulutnya..Entah kenapa pilu mula bertandang di sudut hati. Airmata cuba ku tahan agar tidak gugur di hadapan keluargaku.
            Mungkin anak buahku perasan akan perubahan wajahku menegur, "Kenapa mata acik merah ni?" Aku diamkan sahaja..
           Aku tidak berlama-lama di rumah orangtuaku kerana aku ada tanggungjawab lain setelah berkahwin. Menjelang maghrib aku pulang ke rumah sendiri, ingin memasak buat keluargaku pula. Dalam perjalanan suami memberitahu tidak perlu memasak kerana dia sudah membeli barang-barang makanan utk steamboat sahaja. Lega rasa hati kerana aku memang tidak ada mood mahu memasak.
          Selesai mengerjakan solat maghrib, ku buka yasin yang kebiasaannya hanya ku baca selepas solat maghrib di malam jumaat. Kali ini hatiku sayu dan terasa itulah cara untuk aku tenangkan fikiran. Sepanjang malam aku menangis sehingga mata bengkak. Entah apa yang aku tangiskan beria-ia benar pun aku tidak tahu yang pasti hatiku terasa ingin menangis....
        Mujur suami sangat memahami, dia menyediakan makan malam. Kebetulan anak buah pula menginap di rumah kami. Bila suami ajak makan aku enggan, selera makanku langsung tiada. Maka duduklah aku di dalam bilik kecil yang di khaskan untuk ku menaip di sana. Ingin meneruskan manuskrip yang lama tidak bersentuh, fikiranku pula langsung tidak ada di sana. Sudahnya aku hanya duduk di bilik sambil menangis.
         Suami pun mungkin hairan dengan kelakuanku namun dia tidak bertanya banyak. Memberi ruang untukku. Dalam pada itu sempat ku minta izin dari suami untuk menginap di rumah orangtuaku barang sehari dua. Malam itu aku tidur berendam airmata..:(
  
4/4/2013 -
       Aku tidak pergi ke tempat kerja kerana keadaanku yang tidak terurus. Mataku bengkak dan kepala pun pening akibat banyak menangis. Ku khabarkan kepada suami bahawa aku tidak bekerja. Seharian aku hanya duduk di rumah mengemas rumah dan buat apa yang patut sambil berehat. Hati kembali tenang...
       Hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Sempat ku layangkan ucapan dan luahan perasaan aku padanya (Semoga jodoh kami berpanjangan dan berbahagia ke akhir hayat, amin).
       Petangnya pula, aku menyediakan nasi ayam untuk juadah makan malam. Ku cuba suap nasi ke dalam mulut bagi mengisi perut yang dibiarkan kosong semenjak semalamnya. Namun hanya beberapa suap sahaja yang masuk ke dalam perut.

5/5/2013 -
      Aku pergi kerja seperti biasa. Satu jam berada di pejabat, anak buah aku menelefon mengkhabarkan keadaan ayahku yang tidak berapa sihat - sesak nafas. Kakak aku yang tinggal bersama orangtuaku pula telah berangkat ke Langkawi atas urusan kerja. Kata anak buahku mahu membawa atuknya ke klinik. Namun ayahku meminta agar dibawa ke hospital sahaja - mahu minta ubat katanya.
      Aku berpesan kepada anak buahku, siapkan segala barang keperluan sementara aku pulang ke rumah. Setelah meminta izin dari bos, aku bergegas pulang ke rumah. Melihat keadaan ayah, hatiku pilu. Kasihan ayah..bernafas terasa sukar. Segera ku panggil anak2 buahku (kebetulan cuti sekolah) dan kakak sulongnya juga mahu ikut serta.
       Aku menelefon ke klinik bertanyakan tentang oksigen namun hanya hospital sahaja yang membekalkan oksigen. Lantas aku mengambil keputusan membawa ayah ke pusat di mana dia menerima rawatan - Institut Respiratory Malaysia.
       Sewaktu di dalam kereta, keadaan ayah stabil. Fikirku mungkin ayah mahu mengambil udara segar. Setelah sampai ayah diberi bantuan oksigen. Keadaannya memang agak lemah namun kelihatan stabil. Doktor yang memeriksa memberitahu mahu menahan ayah di wad barang sehari 2 bagi tujuan pemantauan yang lebih dekat. Kami bersetuju memandangkan di sana segala kemudahan ada.
       Ayah masuk ke dalam wad. Aku belikan ayah sup sayur dan sebungkus nasi putih. Ku suapkan, namun selera ayah masih belum memberangsangkan. Setelah beberapa suap, akhirnya kakakku pula mengambil alih. Aku mahu solat dan pulang semula ke pejabat dan bercadang akan datang semula secepat mungkin. Kedua anak buahku juga turut serta kerana mahu mengambil barang2 keperluan atuk mereka. Ku tinggalkan ayah bersama kakakku. Ku usap bahu ayah dengan penuh rasa kasih. Entah kenapa hari itu aku langsung tidak berpamitan dengannya seperti selalu jika aku menjenguknya, apabila pulang pasti aku akan usap belakang badannya sambil berpamitan dan berjanji akan datang semula.
         Anak buahku menghantar aku ke pejabat sementara dia pulang ke rumah dan mengambil brg2. Sekitar jam 4.30ptg anak buahku tiba dan aku sekali lagi meminta izin dari ketua jabatan untuk keluar awal. Mujur dia memahami. Sebelum sampai di Institut tersebut, kami singgah di KFC. Aku mahu belikan untuk ayah. Satu bungkus dinner plate bersama kentang putar dan sayur. Semoga selera ayah akan terbuka.
          Namun apabila ku sampai di sana, mata ayah tertutup dan nafasnya tercungap-cungap sedikit. Ku tanya kepada kakakku kenapa keadaan ayah begitu. Kata kakak doktor menyuntik ubat tahan sakit. Doktor yang datang memantau keadaan ayah juga hairan kenapa keadaan ayah begitu. Jururawat memberi bantuan oksigen dan nap untuk ayah. Apabila dipanggil atau digerakkan ayah langsung tidak membuka mata. Hatiku dipagut rasa risau yang berpanjangan.
          Setelah ayah diberi bantuan oksigen, keadaan ayah agak stabil sedikit namun nafasnya masih tercungap sedikit. Tapi keadaan ayah kelihatan agak selesa. Aku duduk di sisi ayah sepanjang hari sambil memegang tangannya dan sesekali mengurut kakinya. Ku bacakan ayat2 suci di telinga ayah dan mengajarnya mengucap. Kami sentiasa pasangkan surah yasin sambil turut membaca.
          Sehingga hampir malam keadaan ayah masih belum berubah. Aku khabarkan kepada adik beradik yang lain. Juga kepada makcikku (yakni adik bongsu ayah). Juga ku suruh anak buahku menjemput emak datang ke hospital sekali. Mujur di sini kawalan tidak berapa ketat. Kami bebas keluar masuk ke dalam wad.
         Sepanjang masa kami putarkan surah yasin berdekatan telinga ayah. Selesai setiap solat kami akan berkumpul dan membaca yasin beramai. Sesekali keadaan ayah ku pantau. Airmata terasa bergenang di kelopak mata cuba ku tahan. Mata ayah masih tertutup, namun ada airmata yang mengalir di sudut matanya. Aku lap dengan penuh hati2 dan rasa kasih.
         Menjelang malam hampir ke jam 11. Aku tanyakan kepada emak apakah dia mahu menjaga ayah di hospital atau pulang. Emak ketika itu agak serba salah. Di sudut hati dia mahu tinggal di situ, tapi keadaan yg tidak berapa selesa untuk dia berbaring sepanjang malam membuatkan dia serba salah. Lantas aku mengajak emak pulang sahaja dan berjanji esok pagi akan membawa emak ke hospital lagi. Akhirnya emak bersetuju juga. Tinggallah anak buahku dan kakak sulongku menjaga ayah.

6/6/2013 -
         Hari sudah larut malam namun mata masih belum mengantuk. Aku berbaring sahaja. Entah pukul brp aku terlelap tidak pasti. Sekitar jam 3 pagi aku menerima panggilan dari kakakku mengatakan ayah sudah tiada. Seluruh badanku menggeletar. Aku kejutkan suami dan emak. Namun pada emak tidak terus ku khabarkan berita duka itu. Aku tidak mahu nanti emak terkejut. Biarlah dia melihat sendiri di hospital.
         Ketika bersiap, airmata langsung tidak mengalir, hanya kakiku terasa lemah dan badan menggeletar. Dalam perjalanan, suami menenangkan aku. Meminjamkan kekuatan buat aku. Terima kasih abang, kerana sentiasa ada di sisi Yani.
        Sampai di hospital akhirnya mengalir jua airmataku melihat ayah yang terbujur kaku. Di saat2 ini aku rasakan kosong sekosong2nya. Melihat wajah ayah yang tenang aku redha akan ketentuanNya.
      Dari situ bermula tugas kami sebagai anak2 untuk menyermpurnakan jenazah ayahanda tercinta. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cepat. Terima kasih kepada suami, kakak2ku dan abang2 iparku.
      Kini, ayah telah tiada. Kosong kami rasakan. Setiap kali aku singgah di rumah orangtuaku, hati pasti dipagut rasa pilu. Terbayang2 wajah ayah yang tersenyum tatkala aku dtg melawatnya. Terdengar2 suaranya yang suka mengajak kami berbicara.
      Ayah, damailah di sana.
      Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku,  Lapangkanlah kuburnya, ringankan siksaaan kuburnya, terimalah segala amalannya dan tempatkanlah dia di SyurgaMu..amin
      Ayah, semoga bertemu di Jannah, Insya Allah.

Nota : Ya Allah, sesungguhnya kami redha di atas pemergian ini. Kami bersyukur kerana sepanjang hayatnya kami dapat menjaganya dengan terbaik. Dan..di penghujung kisah, airmataku mengalir jua...