Thursday, November 10, 2011

Cermin Mata Baharu..Yippieeee

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Haha..excitednya aku dengan cermin mata baru ini. Kelakar sungguh! Orang kalau boleh taknak pakai cermin mata kan. Tapi apa nak buat, andai itu takdirnya..heee

Actually tahap kerabunan mata aku ni taklah teruk sangat. Hanya 150 je. (Jer?? Okaylah tu kan). Aku mula sedar yang aku ni rabun kalau tak silap aku sewaktu pertengahan umur 20-an. 

Dan aku hanya mengenakan cermin mata apabila memandu sahaja memandangkan aku ni rabun jauh jadi rasa keperluan utk memakai sepanjang masa tidak diperlukan.

Kalau ada event pun aku hanya mengenakan kata lekap sahaja (Nak jugak pakai yang wana kan? - sesekali apa salahnya) 

So ini cermin mata kedua aku. Standby. Senang satu letak di kereta dan satu lagi aku angkut kemana sahaja aku pergi. Tidak ada apa yang istimewa sangat dengan cermin mata ini. Cuma aku tidaklah perlu tukar ke sunglasses apabila matahari menyengat kulit aku yang putih gebu ini (sila jangan mengejek) kerana cermin ini akan menukarkan dirinya menjadi sedikit gelap bagi melindungi tuannya heee...so nothing special kan


Loji Kumbahan Sudah Dipagar

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Pagi ini aku singgah kat rumah famili sebelum pergi ke pejabat untuk menghantar Tuna pastry yang aku buat tadi. Dapatlah jugak kakak aku bawa ke pejabatnya utk bersarapan. Baru terima feedback sedap katanya tp biasalah masih ada ruang untuk lebih baik lagi..heee

Seperti biasa, kalau pepagi begitu memang aku tidak akan ikut jalan besar untuk kepejabat, sebabnya jalan pasti akan sangat sesak! So aku pun terpaksa mengambil laluan ke Pantai Dalam. Biarlah agak jauh sedikit dan terpaksa berpusing, dari aku stuck dalam kesibukan di jalan yang 'dekat' itu..

Pernah beberapa bulan yang lalu aku ambil jalan tu, aku tengok dah berubah. Jalan sudah semakin cantik kerana baru berturap. Sangat selesa berbanding sebelum ini.

Pagi ini aku tgk pemandangan yang baharu lagi. Loji kumbahan itu telah dikelilingi dengan pagar bertutup (sebelum ini hanya pagar dawai sahaja)

Actually pemandangan di situ cantik (walaupun kadang2 ada bau jugak hee). Yang seronoknya bila ada bangau yang bermain di kawasan loji itu. Tapi nampaknya sekarang pemandangan seperti itu sudah tidak dapat dinikmati lagi.

Tidaklah pulak aku tahu kenapa ditutup. Adakah disebabkan untuk mengelakkan bau? Aku rasa kalau dipasang pagar bertutup begitu sekalipun, baunya tetap akan ada juga kerana yang ditutup hanya di kelilingnya sahaja. Entahlah..

Apapun aku rasa pemandangan agak terhad apabila pagar ini dipasang....

Apa Yang Menarik utk Breakfast Pagi ini?

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Ye..ye.. aku tahu gambar ni tak berapa nk cantik...
Hari ini aku buat breakfast Tuna Puff Pastry ni. Tapi sayangnya en suami tak berkesempatan merasainya apabila dia telah pergi kerja seawal pagi huhu..

Resipi aku share lain kali jelah, apabila aku dapat ambik gambar kuih ini dengan cantiknya....

Wednesday, November 09, 2011

Jom Cuci Mata

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Last week Raya Haji balik kampung lagi...weeee...

Seperti biasa sepanjang jalan tu aku dh kuarkan henfon aku utk standby nak ambik gambar (maklumlah aku takder kamera yg canggih)

Seronok je tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Nak-nak pulak masa ni sawah padi tengah nak naik - menghijau dan masih berair. Sangat cantik dan sejuk mata memandang. Aku ambik gambar dari kereta sahaja cukuplah, bukannya aku nk pamerkan, hanya sekadar suka-suka menghargai keindahan alam ciptaan Ilahi. Gambar langit dan awan yang sangat cantik. 



Petang ini sewaktu nak menjemput kawan en suami yang turut 'teringin' nak balik kampung, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat mencuit hati. Actually dari jauh aku dah perasan nampak bayangan kecoklatan di dalam sungai (sungai ke longkang ke tali air aku pun tk pastilah). Disebabkan mata yang rabun ini, aku sekadar memrhatikan bayangan itu sehinggalah kereta kami mendekati kawasan itu. Rupa-rupanya sekumpulan remaja (bolehlah dikategorikan dalam kumpulan remaja tapi remaja tua bangka) haha sedang berendam di dalam sungai tersebut. Aku nak standby ambik gambar pun naik segan pulak bila kami melewati  kumpulan mereka, mereka bersorak sambil melambai. Gelak kami di dalam kereta. Ini mesti kes gian nak mandi sungai..alahai...


Menjelang maghrib, kami berangkat pulang. Aku seperti biasa akan memerhatikan pemandangan. Sempat jugak aku ambil gambar matahari terbenam. Perjalanan diteruskan sambil sesekali aku mendongak memandang ke langit dan di suatu ketika terlihat sang rembulan yang baru nak memunculkan diri. Dengan pantas aku menarik henfon dengan harapan nk mengambil gambar sang rembulan, namun impianku tidak tercapai apabila tiba-tiba ada suara menegur :-

"Tak takut ke ambik gambar malam-malam ni? Nanti entah gambar apa yang muncul."

Terus aku terdiam mendengar kata-kata en suami, dan meletakkan semula henfon di atas dashboard..heee..seram. Tiba-tiba pula teringat peristiwa mengambil gambar sewaktu aku di sebuah bilik Hotel di Ciater, Bandung, Indonesia...

Boleh baca cerita di sini. Gambar aku lupa nk masukkan rupanya

Untuk mengisi waktu yang terluang di dalam keretapi, kakakku melihat2 gambar yang kami ambil semasa di Bandung. Tiba-tiba dia mengunjukkan kamera padaku dan menyuruh aku melihat dengan jelas apa yang aku nampak. Aku cuba zoom pada gambar tersebut dan zurrr...berderau darahku kerana melihat objek misteri yang 'menumpang' di dalam gambar tersebut, betul2 di belakangku. Adus..kami membuat perbandingan dengan gambar yang lain dan ternyata memg tiada apa yang sepatutnya mencurigakan. Bayangan itu masih menjadi sebuah misteri yang tak terungkai...

Friday, November 04, 2011

Gambar yang paling cantik dalam sejarah

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Ekekek..tak boleh blahlah tajuk entri aku ni. Hari tu dalam perjalanan pulang dan sewaktu di kampung, sempatlah jugak aku ambik semua photo2 ni. Gambar ini tidak di edit pun sbb aku malas
tak pandai sebenarnya) Lagipun lappy yang siap dimasukkan segala software editing photo ini oleh anak buah aku dah kena virus. Bilalah aku nk dpt repair ni..haish..






Wednesday, November 02, 2011

Buah apakah ini??

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Buah apakah ini? 

Alhamdulillah, hari ini dapat makan free lagi sempena jamuan Deepavali. Romba nandree pada kengkawan yang berkongsi perbelanjaan bagi menjayakan makan-makan ini. Seperti biasa setiap kali perayaan kami akan rayakan bersama (makan-makan bersama sebenarnya hehe). 

Tengahari berkumpullah kami semua di tingkat bawah. Menunya memang bestlah. Yang paling best pada aku seperti biasa adalah sambal kerangnya.

Dalam pada banyak2 menu tu ada satu benda di dalam plastik yang menarik perhatian aku. Mula-mula aku ingatkan buah kedondong tapi bentuknya agak bulat. Bila nk buka kulitnya itu kena tekan dahulu (kulitnya agak keras). Bila dimakan terasa seperti buah mata kucing. Ia mempunyai biji seperti mata kucing juga. Bila kutanyakan kepada kengkawan yang lain, tiada satupun yang tahu even tuan punya pokok buah itu juga tidak tahu nama buah itu (^_^)

Nk tanya mr google, aku pun tk reti nak mulakan pencarian tu bagaimana. 

Korang tgk jelah gambar buah ni... Ada sesiapa yang tahu?

Monday, October 31, 2011

Kiyut Miyut

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Hee sangat kiyut kan benda ni? Pada akulah kan.. Sebab kiyutnya tu sbb benda FREE - orang bagi. Cuba kalau aku pergi mana2 terjumpa benda ni memanglah aku tkkan beli untuk diri sendiri kan, melainkan nk bg souvenir utk anak2 je bolehlah...

Kita ni walaupun pemberian orang itu sekecil mana pun yang lebih penting tu ingatan atau keinginan seseorang itu utk memberi pada kita dan hargailah ia sebaiknya. Teringat pula kisah anak buah aku yang letak status di dinding mukabukunya menceritakan bertapa bengangnya dia sebab brg yang dia beri kepada kawannya itu telah dijual oleh kawannya kepada orang hehe..

Tangan yang memberi itukan lebih baik dari tangan yang menerima. So ada sesiapa yang nak memberi lagi tak?? heee

Friday, October 28, 2011

Fahamilah

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫



Aku mahu dia menjadi teman
Yang sedia mendengar luahan hati ini
Walaupun hanya cerita remeh
Tentang hari-hariku yang seindah biasa..

Aku mahu dia menjadi sahabat
Yang sudi bergelak ketawa berkongsi segala kegembiraan
Yang sudi menumpahkan airmata saat aku kesedihan

Aku mahu dia menjadi musuh
Yang sentiasa mengkritik diri ini
Agar aku bisa menjadi insan
Yang lebih berintegriti

Aku ingin dia menjadi kekasih
Yang sentiasa bersedia meminjamkan bahu
Yang sentiasa rela menyapu airmata
Yang memahami gelora di hati walaupun bibir terkunci
Yang mengerti apa mahuku walau hanya dengan renungan mata
Yang sentiasa ada di saat-saat aku memerlukan...

~~ fahamilah ~~

KENAPA....

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫


Kenapa?? Satu persoalan yang sangat mudah untuk ditanya. Namun untuk menuntut jawapan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah, kadang2 kita tidak akan dapat menemui jawapannya. Lantas hiduplah kita di dalam belenggu tanda tanya. Sampai bila harus bertahan?

Kenapa itu kenapa ini, kenapa begitu kenapa begini..hmmmm.. 

Aku pun tak tahu apa yang aku repekkan pepagi begini..hahaha

Parut? Oh no!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

huhu sakitnya.....

Tangan aku ada 2 parut kecil! Sangat tak suka. Macamana aku boleh dapat parut ni? Semalam masa memasak bubur terpercik dgn nasi panas. Adoi sakitnya sukar nak digambarkan. Nasi tu pulak boleh melekat kat tangan, maka adalah cop rasmi kat situ. Haishhh... Sudahnya bubur tu hanya jadi pameran sahaja...

Semalam sewaktu terkena terus je aku sapukan kicap (ikut petua orang lah). Lepas dah siap makan tu aku mandi dan sapu ubat gigi kat kesan lecur tu. Tapi masih juga meninggalkan kesan. Wah, walaupun kesannya kecil tapi pedihnya tak terperi..