Friday, March 11, 2011

Contest ~ 4 Sebab Saya Sayang Dia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Heheha aku pun tidaklah tahu akan adanya kewujudan contest2 cam gini. Adikku yang notty Hanny Esandra telah pun tag aku untuk join contest ni. So layan ajelah yer....


Korang pun kalau nak join masih sempat lagi. Tarikh tutupnya pada hari Ahad bersamaan 20.3.2011. Ha, apa lagi jom cepat2 join. saje gedikz2 kata awien hehehe... Untuk mengetahui syarat penyertaan dengan lebih detail lagi, korang klik je link ni.. Yeaaahhh...terjah.. http://atipepelawien.blogspot.com/

So, back to the contest 4 Sebab Saya Sayang Dia ~~

1 ~ Sebab dia sentiasa menjadi teman setia mendengar luahan hati siang dan malam.
2 ~ Sebab dia sentiasa menemaniku tatkala menonton cerita seram (apabila tiada siapa yang sudi huhuhu) walaupun dia tidak mengerti, dan buat-buat bodoh je di sisiku :-))
3 ~ Sebab dia jadi yang pertama 'menyapa' aku tatkala bangun pagi dan menyambut kepulanganku dari opis.
4 ~ Sebab dia menjadikan diriku begitu berharga..:-))

Ha, okay tak 4 sebab2 aku sayang dia ni? Korang tahu siapa dia ni? Encik Tunang? Heheh En Tunang tentulah aku sayang kat dia. Rasanya 4 sebab itu tak cukup untuk nyatakan kenapa aku sayang dia. 

Sebab di atas tu aku tujukan buat Kucing Kesayangan aku yang telah pergi tinggalkan aku. Sangat sedih. Kenangan bersamanya sentiasa segar dalam ingatan. 

Boleh kan Cik Awien? Si dia tu tidak semestinya manusia..tul tak? heheheh....

Oh lupa..4 orang kawan yang harus di tag..Jeng..jeng..jeng...

Sue
Han Rahim
Jillian Di Jill
Ayoub Noh


Merentas Desa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan nak ke opis, jalan agak sesak sedikit. Aku mulanya tak perasan sangatlah kerana seperti biasa aku akan menyanyi2 dalam keta (kereta) seorang diri (lagipun memang selalu jugak lewat ke pejabat) jadi aku tak ambil pusing sangat. 

Tapi bila tiba di satu selekoh, keta makin perlahan. Lebih lagi keta yang di depan aku, aduhaiii lambat cam siput. Aku cukup pantang jugaklah kalau duk belakang kete yang macam ni. Kalau sampai nak tinggalkan jarak dengan kete yang depan sampai satu kilometer, baik duk tepi je ah.. heheheh

Akhirnya terjawablah persoalan. Rupanya ada acara merentas desa. Dari sekolah mana tidak pulaklah aku tahu. Mungkin sekolah menengah Sri Petaling yang terletak berhampiran opis aku.

Sempat aku curik ambil gambar (Hehehe pakai henset baru yang dibeli oleh tunang aku..tp dalam jarak jauh jelah). 

Teringat aku masa zaman sekolah dulu. Merentas Desa ni adalah acara wajib yang perlu disertai oleh semua pelajar apatahlagi pelajar yang malas bersukan macam aku ni haa..;-))

Thursday, March 10, 2011

THE FACEBLOG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku kopipes jek. Korang baca jelah. Klik kat sini http://the-faceblog.blogspot.com/


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Buku Baru Lagi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya bukan buku baru pun heheh tapi BARU sahaja aku beli!

Ini entry aku yang ke-3 untuk satu hari ni. Wah kenapa pulak aku tetiba rajin nak berkongsi cerita dengan korang semua nih.

Tengahari tadi selepas menjamu selera di Amcorp Mall, kami singgah di kedai buku 'Read More For Less'. Mulanya bos aku yang nak singgah. aku dan kawan2 yang lain setakat nak tengok2 sahaja. Tapi aku ni kalau dah masuk ke dalam kedai buku, rasa macam tak sah bila keluar dengan tangan yang kosong. 

Belek punya belek, akhirnya aku tangkap 2 buah buku. Lagipun masa suntuk sebab harus kembali ke opis mah. Kalau dah masuk kedai buku tu, berjam-jam baru puas nak memilih, betul tak? Wah, murah2 harga buku kat situ. Tapi bagi aku Pay Less Book lagi banyak pilihan. 

Buku ni pun entah bila agaknya aku nak baca. Kat rumah tu masih ada buku lagi yang belum habis dibaca. Simpan buat koleksi dululah. Nanti bila senang aku baca. :-))

Ayam, ayam dan ayam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Licin! Aku sebenarnya malas nk upload gambar aku dalam ni  (tengok tu menjelir dan mengenyit mata!), tapi sebagai kenangan aku letak jugaklah

Perkara yang paling membuatkan aku blur setiap kali menulis entry adalah 'title'. Tak reti nak tulis tajuk apa sebenarnya sebab cerita aku pun kadang2 bercampur aduk tentang seharian perjalanan hidup ini haa... so tajuk entry aku pun bermacam2lah..korang layan jelah ek...

Kali ini bersamaan dengan tajuk entry, tengahari tadi kami satu department keluar makan bersama sempena meraikan (eh betul ke meraikan?) majlis perpisahan seorang rakan sekerja. Jiran aku lebih tepatnya. Baru je mula rapat, bercerita dan bergelak ketawa tetiba dia dah nak pergi pulak. Aku akan kembali bersendirian sambil mendengar lagu dan menghadap dinding pejabat ini. Bukanlah maksudnya tak ada orang lain dalam bilik ni, tapi disebabkan akulah orangnya yang sentiasa berada di opis. Yang lain bukan sepenuh masa di opis. 

Bercerita tentang ayam..sebab hari ini kami makan Ayam Panggang di Kenny Rogers. Semalam pulak kami makan Ayam Golek. Kelmarin makan Nasi Ayam. Hari Isninnya pulak aku makan nasi campur berlaukkan Ayam Goreng. Hahaha..mesti korang dengar pun macam jemu je kan? Aku pun tak sedar sehinggalah kawan beritahu. Heee..betul jugak tu ayam..ayam..bermacam2 ayam.

Cukuplah tu cerita tentang ayam. Aku dah tergelak2 ni sebab tetiba pulak kawan sebelah  ni berbuyi macam ayam...:-))

Moneyplant ku layu di kolam pasu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kesian tak rupa pokok aku ni?

Adeh, tadi tetiba aku tergerak hati nak menjenguk rak di atas kepala aku ni ha.. Akhirnya terlihatlah moneyplant aku yang dah lama tercongok di situ, terpuruk dan tersorok tanpa belaian..haishhh.

Kalau dulu (sewaktu department aku di tingkat bawah) rajin benar aku membelai pokok kesayanganku ini. Kata kawanku pokok aku ini cantik, cepat membesar dan menjalar. Wah, adakah tandanya rezeki aku bertambah? kata oranglah..hahahah tapi aku tk ambik kisah pun tentang itu. Rezeki Allah yang bagi dan aku bersyukur dengan limpah kurniaNya. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang suka sangat menanam bunga atau yang sewaktu dengannya. Entahlah, tidak ke situ pulak minat aku. 

Nasib baik pokok aku ni masih sempat diselamatkan. Hanya sehelai daun yang sudah layu. Daun2 lain mujur sempat diselamatkan. 

Persoalannya nanti: Adakah aku akan teringat untuk membelai pokok aku ni nanti? Heee..kena letak reminder lah kut supaya aku takkan lupa...

Wednesday, March 09, 2011

Chaiyok!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar gambar hiasan je....


Manuskrip aku rasa macam dah hampir nak siap je ni hehehe. Sempat-sempatkan jugak mencuri masa yang seakan tak cukup itu, tak kira di mana aku berada. Ketika di pejabat (Syhhhhh...:-), Ketika di bilik, sambil pasang TV (kenkadang laptop terpasang tapi mata melekat kat TV..haishh) Walaupun tengah keluar dengan tunang (dia akan menghulurkan ipadnya utk aku menaip..hehehe)

Inilah azam aku konon nak siapkan manuskrip ini sebelum majlis perkahwinan aku berlangsung (Insya Allah. doa-doakan ya) Chaiyok! Chaiyok!

Semalam aku sempat mengemas baju-baju lama yang terperuk di dalam almari aku yang tak berapa nak besar tu. Baju2 tu kebanyakkannya masih elok lagi dan jarang dipakai. Sebabnya? Entahlah samada terlalu banyak baju (seperti kata bapak aku :-)) atau baju itu semuanya dah kebesaran (Wah, adakah aku semakin kurus? hikhik) 

Ada jugak baju bersaiz kecil sebenarnya (dulu kan aku lebih kecil dari sekarang - wah, adakah aku sudah gemuk? whoaa - itu baju di zaman 20an tentulah aku lebih kecil kan kan). Mana baju yang lebih kecil aku bagi kat anak buah aku yang perempuan itu aje. Tingginya dah nak hampir sama dangan ketinggianku walaupun dia masih bersekolah rendah. Percaya atau tidak? Percayalah! Eh aku bukan pendek tau.. aku ni kira kategori perempuan tinggi juga (160cm tu..okaylah kan bagi seorang perempuan muda cam aku nih)

Mana yang agak besar dan sesuai utk pakaian pejabat, aku bagi kat kengkawan yang sudi menerima. harap-harap baju2 yang tidak seberapa itu dapatlah dimanfaatkan daripada aku buang begitu sahaja kan. 

Sekarang ni almari aku dah semakin tipis (eh betul ke perkataan yg aku guna ni?). Mulalah bercadang nak beli baju. Tak mahu membazir ah, beli baju mengikut keperluan sahaja okeh. Kalau ikut nafsu alamatnya akan berulang semula eko-sistem seperti di atas..:-))


Tuesday, March 08, 2011

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini bersamaan 8 March 2010 adalah hari WANITA. Wah, bertuahnya menjadi seorang wanita kan. Jadikan ini satu penghargaan buat semua kaum wanita atas segala jasa dan pengorbanan anda. Maka jagalah diri anda dan keluarga dengan sebaiknya. Jadilah seorang wanita yang solehah dan disayangi. So kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di seluruh dunia.

Mari kita kongsi sedikit info tentang hari wanita ini yang aku kopipes (of cozlah) dari Wikipedia.

Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac


Kajian menunjukkan kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita  
-  Wanita di zaman dahulu selalu di pandang rendah. Selalu dinafikan hak mereka. Mereka tidak digalakkan belajar tinggi-tinggi kerana masih memegang pepatah 'wanita duduknya di dapur'. Ha, maka bersyukurlah kita kerana zaman sekarang martabat seorang wanita itu telah diangkat. Malah wanita zaman sekarang lebih ramai yang berdikari dan berjaya.


Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah. 
-   Ya, aku sangat setuju dengan penyata ini. Banggakan menjadi seorang wanita? 

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. 
-   Jadi, kepada lelaki2 di luar sana tu, janganlah menyerahkan sepenuhnya kerja rumahtangga kepada wanita sahaja. Konon sebagai wanita, itu adalah tanggungjawab mereka. Bukankah lebih manis sekiranya para suami bersama2 isteri menguruskan hal rumahtangga bersama. Menolong meringankan beban isteri dalam menguruskan hal rumatangga. Dengan ini, rumahtangga pun aman dan bertambah kasih sayang...:-))

Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya. 
-   Sangat terharu! 

Wednesday, March 02, 2011

Syukur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersama airmata pasti ada senyuman
Bersama kesedihan ada kegembiraan
Bersama cubaan ada anugerah
Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan prinsip hidup yang digariskan oleh Allah S.W.T 

Ada orang yang menyayangi kita dan ada orang untuk kita sayangi

Memetik kata-kata semangat seorang teman yang sudi berkongsi suka dan dukaku. Terima kasih teman kerana menjadi pendengar nan setia. Terima kasih teman kerana menjadi tongkat semangat untukku. Terima kasih teman atas segalanya. Semoga rahmat Ilahi akan sentiasa menemani perjalanan hidupmu dan hidupku..amin.

Aku bersyukur ya Allah atas segala nikmat yang KAU berikan. Sesungguhnya nikmat di dunia hanyalah sementara. Wahai Tuhan, ku tak layak ke SyurgaMu. Namun tak pula, aku sanggup ke nerakaMu.

Ku pohon kau tunjukkanlah jalan yang lurus, jalan yang kau redhai. 
Semoga kita akan dapat mengejar syurga yang di janjikan oleh Allah..insya Allah.Amin.

Monday, February 28, 2011

Ketika Kasih Berbenih Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sesungguhnya hatinya kini semakin tenang. Walaupun tidak tenang sepenuhnya namun dia harus redha, terima segala takdir Allah dengan hati yang terbuka. Mempercayai setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah di sebaliknya.

Airmata yang menjadi peneman sangat setia menemani hidupnya siang dan malam. Sangat sebati dalam dirinya. Perlukah dia rasa bersalah kerana hanyut dengan perasaan? Salahkah dia menangis? Salahkah dia kecewa? Salahkah andainya dia lemah dan tidak berdaya menerima ujian yang maha berat ini?

Bodohnya dia kerana menyalahi takdir. Jahilnya dia kerana meratapi segala ujian yang diturunkan. Tidakkah dia percaya bahawa Allah tidak akan menduga hambanya di luar batas kemampuan? Dan seandainya kita lemah tidak berdaya, percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu sangat sayang padamu. 

Menangislah... menangislah andai itu dapat menenangkan hati. Dia percaya itu. Sesungguh siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikan perjalanan takdir yang tertulis. Walau segunung kekesalan, kekecewaan yang melanda setiap rongga perasaan, ianya tidak akan mengubah segala yang telah berlaku. Apa yang dia tahu kini, dia harus bangkit. Bangkit dari kesedihan demi memberi keyakinan dan semangat kepada orang-orang yang disayangi.