Saturday, June 12, 2010

Bola ~ Bola ~ Bola

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Demam bola kini bermula setelah 4 tahun menyepi hehe. Hairanlah apa yg best sgt ttg bola ni. Adoiii...dh tentu berebut channel nk tgk siaran nanti. Nasib baiklah aku ada TV kat bilik ni ha. Boleh gak layan citer peberet walaupun kebanyakan masa dihabiskan di hadapan laptop.

Cuma janganlah terlampau lalai atau fanatik sangat ye, sampai lupa segalanya. Apapun..sesekali okay jugaklah layan bola ni.. Selamat Menonton ...

Thursday, June 10, 2010

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yesterday fren of mine called (late evening)



Fren: Yanie, jom pergi makan. Rasa cam nak makan steamboat seafood je.

Me: Oh yeke? Nak makan kat mana?

Fren: Jom kita pergi Tupai-Tupai.

Me: Hurmmm..okaylah.

Hahaha..that short conversations akhirnya membawa kami ke Tupai-Tupai. Walaupun last minit buat keputusan, disertakan hujan renyai-renyai, entah kenapa rasa hati cam ringan je nak pergi ke sana. Alhamdulillah kami sampai juga tanpa halangan. (hehehe..kalau ada pun sesat-sesat sikit je)

Sebelum ni aku pernah juga ke sana, menikmati hidangan western di sana. Sementelah lagi pernah pula sedara membuat majlis perkahwinan di sana. Hmm..tempat yang cantik dan selesa.

Kami menikmati steamboat seafood sehingga penuh perut. Hahahaha..tapi enjoy. Yg paling best...Aiskrim!!!

Harga bagiku cukup berpatutan...

p/s : Rasa nk buat reunion sekolah je kat sini...amacam??

Wednesday, June 09, 2010

Comeinya...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tengahari ni kawan yang cuti bersalin datang singgah ke pejabat bersama anaknya. Wah, comelnya.... Teringin rasa nk dukung tapi baby asyik menangis je.. heee..maka hanya perhatikan je dengan geram.

Hmm..suka tgk baby dan kanak-kanak ribena. Anak sendiri? hmmm...bilalah agaknya tu.
Insya Allah, semoga termakbul hajat tersebut..amin..(^_^)

p/s : ini adalah entry yang paling pendek pernah ada dlm blog ni..hahaha...

Tuesday, June 08, 2010

Happy BFF Day

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Wah, surprisenya kenapa aku menjadi semakin rajin pulak nk menghapdet blog  ni. Agaknya sebab inilah tempat aku nk luahkan segala rasa ketidakpuasan hati, tanpa ada pihak yang terasa (yeke?)...hurmmm...

Pagi ni layan Sinar FM while otw to office. Know what? Today is BFF day. What is BFF?
Best Friend Forever. Happy BFF day to all my frens..

But now im thinkin'..do i really..really..have BFF? How 'bout uols? Do uols have any?

Ku akui mempunyai teman rapat, apatahlagi sejak mengenali dunia fesbuk ni. Memang mereka sudi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diriku. Dan sesungguhnya aku amat berterima kasih dan menghargai semua kawan2 yang sentiasa ada di saat suka dan duka. Thank you guys....Luv uols... muah..muahhhh....

Namun bagiku, my truly & sincerely BFF is ......................
I, Me & Myself...

~ Syahdu ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


I dont know y suddenly i felt so syahdu huhu..need a shoulder to cry on.
Bukankah aku sepatutnya gembira kerana lappy sudah pun berada di tangan? Sighhhh..i hate this feeling...:-((

Pernahkah anda merasakan suatu perasaan yang indah namun bersulam gundah gulana? Hati bergelojak. Rasa ingin menyuarakan apa yang terbuku di hati agar segala kekusutan terurai, namun segalanya harus dipendam sendirian?

Jauh di sudut hati, terselit perasaan kecewa dan marah. Kadang2 takdir dipersoalkan. Mengapa ini semua harus aku alami? Mengapa tuhan mengujiku sebegini sedangkan aku hanyalah hambanya yang lemah..

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Sunday, June 06, 2010

Prince of Persia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sabtu yg lepas, aku, kakak n anak-anak buah ke pawagan IOI Mall untuk menonton wayang (hahaha...kan minggu sebelumnya mereka tak jadi tgk wayang)

Maka malam lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke IOI puchong (Itu pun aku dah rushing balik ke rumah kerana petang tu ke Shah Alam menghadiri majlis berkhatan anak Kak ZaiZila) Thanks K Zai kerana sudi menjemput. Majlis yang meriah n makanannya sedap sangat. Puashati. Aku siap tapaw tapai lagi..hehehe...
Ok stop pasal makanan. Nak citer pasal filem pulak..

So, sampai di IOI kami pun segera ke tingkat tiga untuk membeli tiket. Ramainya orang, al-maklumlah malam minggu kan. Yang bestnya, ramai juga kaum india yang menonton di situ memandangkan cerita Singam ditayangkan di situ (pelakonnya kalau tk silap Kamal Hassan)

Sampai masa beli tiket tu...

"Cik, tayangan pukul 9.45 dah full house. Tinggal yang ini je" katanya sambil menunjukkan skrin tempat duduk yang tinggal satu2 sahaja. Hmmm..memandangkan kami berlima, maka rasa tk molek pula nk duduk berjauhan..

So kami mengambil keputusan utk melihat filem Kecoh Betul lakonan Saiful Apek. Tapi kakakku kurang setuju. Katanya dah alang-alang marilah kita teruskan juga menonton Prince of Persia. Maka kami pun tengoklah midnite..whuaaa...jam 2 pagi baru filem tamat.

Filem ni memang best! Jalan cerita yg bagus. Tidak membosankan! Rasa memang berbaloi menonton..

Pssstt~ lupa nk tambah, heronya hensemmm...(^_^)

Prince of Persia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sabtu yg lepas, aku, kakak n anak-anak buah ke pawagan IOI Mall untuk menonton wayang (hahaha...kan minggu sebelumnya mereka tak jadi tgk wayang)

Maka malam lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak ke IOI puchong (Itu pun aku dah rushing balik ke rumah kerana petang tu ke Shah Alam menghadiri majlis berkhatan anak Kak ZaiZila) Thanks K Zai kerana sudi menjemput. Majlis yang meriah n makanannya sedap sangat. Puashati. Aku siap tapaw tapai lagi..hehehe...
Ok stop pasal makanan. Nak citer pasal filem pulak..

So, sampai di IOI kami pun segera ke tingkat tiga untuk membeli tiket. Ramainya orang, al-maklumlah malam minggu kan. Yang bestnya, ramai juga kaum india yang menonton di situ memandangkan cerita Singam ditayangkan di situ (pelakonnya kalau tk silap Kamal Hassan)

Sampai masa beli tiket tu...

"Cik, tayangan pukul 9.45 dah full house. Tinggal yang ini je" katanya sambil menunjukkan skrin tempat duduk yang tinggal satu2 sahaja. Hmmm..memandangkan kami berlima, maka rasa tk molek pula nk duduk berjauhan..

So kami mengambil keputusan utk melihat filem Kecoh Betul lakonan Saiful Apek. Tapi kakakku kurang setuju. Katanya dah alang-alang marilah kita teruskan juga menonton Prince of Persia. Maka kami pun tengoklah midnite..whuaaa...jam 2 pagi baru filem tamat.

Filem ni memang best! Jalan cerita yg bagus. Tidak membosankan! Rasa memang berbaloi menonton..

Pssstt~ lupa nk tambah, heronya hensemmm...(^_^)

Saturday, June 05, 2010

Kembali Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kesihatan aku semakin baik..Syukur Ya Allah. Aku hanya menelan sebiji panadol sahaja. Ubat Homeopati yang selalu ku makan tatkala demam, telah habis dalam simpanan..sigh...

Tapi, mood aku mcm...hmm..entahlah! Ingat nak pergi servis kereta pun tertangguh juga. Penunjuk meter belum masanya utk diservis tapi klu mengikut bulan, sudah sebulan berlalu. Ah, biarlah dulu. Kereta itu pun hanya ku bawa pergi ulang alik kerja, dan berjalan hanya di sekitar kawasan KL/Selangor sahaja.

Errands hari ni, harus membayar segala hutang piutang bank. Hmm...menci betul bila gajiku bulan ini terlewat dari yang sepatutnya. Alasan...tertunda sebab Public Holiday..wate..opssss..zipppp!!!!

Filem Lagenda Budak Setan (LBS) telah mula ditayangkan sejak khamis yang lalu. Cadangnya mahu pergi menonton. Sebenarnya aku kalau mahu menonton filem melayu tengok mood dan pelakonnya juga. Namun cerita LBS ni diadaptasikan dari novel Ahadiah Akashah dan sebagai sokongan kepada temanku Yati, harus juga ku tonton filem ini, cuma masa dan waktunya masih belum difikirkan lagi. Tunggu!!!!

Mr xxxxx..bila kita nak pergi tonton wayang lagi???

Friday, June 04, 2010

Masih mampukah aku bersabar?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ini aku datang kerja seperti biasa setelah berehat semalam kerana diserang sakit kepala dan demam. Kalau diikutkan rasa hati mahu sahaja aku meneruskan rehat memandangkan kesihatan aku masih belum baik sepenuhnya. Namun apabila mengenangkan kerja yang masih bertangguh, kugagahkan jua.

Hari ini aku sampai opis lewat sedikit, dengan wajah yang sedikit pucat dan mata yang bengkak (menyampahnya aku! Ntah serangga mana yang telah menggigit sebelah mataku ini)

Tapi hari ini, ternyata menguji kesabaran aku. Ntah kenapa aku yang kurang sihat ini ternyata cepat benar 'naik angin'nya. Mungkin ada yang beranggapan aku sekarang semakin berlagak dan sombong sejak berpindah tempat ni dan sudah berubah tinggahlaku. Hmmm..kengkadang mengeluh juga aku dgn attitude rakan yang tidak memberi kerjasama. Dan kadang-kadang sudah naik bosan aku mendengar omelan dari supplier yang mengatakan ketidakselesaan mereka apabila menghubungi tempat kerjaku. Namun apalah yang boleh ku lakukan selain memohon maaf sahaja.

Sampai bilalah agaknya perkara ini akan berakhir kerana sesungguhnya aku sudah letih!!!

Wednesday, June 02, 2010

Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pulang dari tempat kerja semalam, terus sahaja aku merebahkan badan ke tilam sambil ditemani oleh keempat2 ekor kucingku yang mmg dah landing di sana. Aku cium mereka seekor demi seekor. Badan terasa penat dan panas semacam. Berehat sebentar sementara menanti maghrib.

Malamnya aku mula terasa pening kepala dan tak sedap badan. Hmm..demam ni gatal nk singgah ke badan akulah ni. Tak sukanya! Mana tak demamnya, petang semalam aku dan seorang teman menapak ke seberang opis kerana nak membeli toner mesin fotostat kat opis ni yg dah nyawa2 ikan tu. Dalam masa nk balik tu hujan dh renyai, redah jugalah. Pulang kerja semalam pun hujan belum berhenti. Terpaksa juga meredah hujan untuk ke kereta.

Pagi ni aku bangun seperti biasa. Rasa berbelah bahagi samada mahu pergi kerja atau tidak. Tapi ntah kenapa dalam berfikir tu kakiku melangkah jua ke kamar mandi. Selesai mandi aku mengenakan pakaian. Cadangnya mahu memakai uniform opis. Kupandang sepi sahaja uniform yg tergantung, lantas baju T-shirt dan jeans ku sarung ke badan. Dalam bersiap tu pun hati masih berbelah bahagi mahu ke opis. Bila mengenangkan kerja yang masih byk di opis, kugagahkan juga.

Sampai di pejabat, pintu bilik ku buka, lampu dan a/cond begitu juga. Semerta badanku mula terasa sejuk dan kepala pun mulalah pening. Bila dah sampai di opis, keje yg byk di atas meja itu terpaksa jugalah aku siapkan perlahan-lahan. Dengan tekak yang mual, kepala yang pening dan badan yg menggigil. Sabar ajelah...

Doaku semoga demam aku akan kebah secepatnya. Semoga cepat sembuh, ARYANIE ISMAIL!!!