Monday, March 19, 2012

...returned

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kembali semula bekerja setelah penatnya bercuti ke Phuket, Thailand. Trip kali ini seronok seperti trip2 yg lepas (of coz lah kan) cuma agak memenatkan kerana perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain agak jauh. Jadi masa banyak terbuang di atas bas heee...

Nantikan cerita perjalanannya....

Tuesday, March 13, 2012

..perlukah bakat seiring dgn kerajinan??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Adakah seseorang itu memerlukan bakat untuk menjadi seorang yang pandai memasak? Atau cukup hanya dengan usaha dan kerajinan seperti kata pepatah 'Practise makes perfect'?

Cukupkah hanya dengan bakat sahaja dia boleh menjadi seorang 'masterchef'? Atau cukupkah hanya dengan usaha dan kerajinan sahaja tanpa diiringi bakat, seseorang itu mampu menjadi tukang masak yang bagus?

Entahlah. Pada aku bukan semua orang mempunyai bakat memasak. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku. Ada orang yang sudah bertahun2 memasak namun masih belum cukup bagus untuk menjadi tukang masak yang bagus. Ada juga yang baru sahaja menurunkan air tangannya namun masakannya cukup bagus. Atau boleh juga dikatakan nasib? Heee...i dunno..

**** mood merapu ****  TAKS

..take a break

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

HAVE A BREAK! A  cup of hot nescafe.....

ISO datang lagi...huishh cukup tk suka dengan ISO ni, banyaknya dokumen yg nk dikemaskini. Belum lagi dgn keje harian. Penatnya terasa badan ni, tapi harus juga diupayakan supaya siap sebanyak yg boleh sbbnya...lusa pulak nk g obersea dah. Destinasi? .......

Hari ini sedang sibuk nak menyiapkan kerja di atas lembaran kertas berwarna putih aku terlihat tompok2 berwarna merah di setiap helaian kertas yang aku pegang. Ku cari puncanya, barulah ku sedar jari telunjuk kiriku berdarah rupanya. Lukanya tidak berapa besar tapi agak dalam. Kemudian barulah aku rasakan jariku berdenyut. Entah di mana atau apa yang menyebabkan luka itu pun aku tidak pasti. Tiba-tiba sahaja...

Yang penting, mood bercuti dah terasa tetapi rasa macam tk teruja sangat pulak. Semoga selamat perjalananku pergi dan kembali...


Friday, March 09, 2012

milo owh milo..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ni dgr HotFm, ada seorang pemanggil menceritakan obsesinya terhadap milo. Setiap hari dia akan minum milo dan ada kalanya dia akan makan milo begitu sahaja (tanpa air) sehingga dua giginya tidak dapat diselamatkan lagi dan terpaksa dicabut..heee...

Hari ini aku pun teringin pulak rasanya nak menggatah milo begitu sahaja. Bukan sebab aku ketagih tetapi aku mmg tidak boleh minum air milo seperti yang aku ceritakan kat entry yang lepas  .Pada mulanya aku bercadang mahu membuat buat air nescafe sahaja petang ini bagi menghilangkan rasa ngantuk yang bergayut di mata, tapi secara tiba-tiba aku mengubah fikiran apabila terpandangkan milo...

Hee..mari layan milo!

Tuesday, February 28, 2012

...XOXO..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Sabtu yg lepas, aku mengikut Mr Nice Guy ke Ampang Point, atau lebih tepatnya Ampang Superbowl. Aku tklah main, sekadar menemani MNG yg ada tournament di sana. Aku hanya mampu tengok jelah kan..sambil2 tu bagi semangat kat MNG.


Hee..pendekkan cerita, siapa sangka group MNG menjadi juara pada hari itu. Tahniah dan aku tumpang gembira. MNG seolah tak percaya aje groupnya menjadi juara. Hahaha cute sungguh mereka bergambar dengan piala masing2 beserta piala pusingan.

Habis acara itu kami pun jalan2 sebentar di sekitar Shopping Mall itu sebelum masuk ke dalam restoran Tarbush untuk makan tengahari. Setelah selesai makan, kami pun terus balik memandangkan meter parkir yang sudah hampir habis masanya..huhu..







Friday, February 24, 2012

..Lunch

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nota : Jillian ni kat kedai kek Cherry. Kat deretan McDonalds & kedai bunga tu. 

Wah, lama rasanya tak pergi ke kedai Cherry yang terletak di Old Town Petaling Jaya. Hari Rabu yg lepas baru berkesempatan ke sana, seorang rakan sekerja belanja kami makan tghri sempena hari ulang tahunnya. Yang seronoknya kebetulan menunya pada hari itu adalah Mee Kari, Pulut Kuning Kari Ayam. Memang kami dah buat keputusan awal2, kalau menunya pada hari itu adalah spagetthi kami akan makan di tempat lain. Bukanlah maksudnya spagetthi kedai tu tk best cuma aku rasa macam tak best je nk mkn spagetthi hari itu. Memang sedaplah mee kari kat situ..nanti aku nk cuba buat sendiri pulak..jeng..jeng..jeng..

Dan yang paling BEST kat situ adalah lemon jellynya..Walla!!






Friday, February 17, 2012

...Sekali Lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam akhirnya tertunai juga rancangan nak makan-makan khas buat komiti members. Hee, pk punya pk akhirnya Shogun Sunway Pyramid menjadi pilihan. Aku ni okay jelah makanan jepun cuma aku kurang gemar sushi...entahlah tak tahu kenapa.

Gambar yang aku ambil menggunakan henfon, byk yg tkde rupanya memory full..haishhh..nasib baik ada sumber lain hee

Sharkfin soup

Antara jenis sushi yg ada




Dessert. Yg paling best Jelly Pumpkin..yummy

Komiti, sorg je takde. 


Thursday, February 16, 2012

...akhirnya aku tergoda & terlanjur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Opsss...jgn prejudis dulu bila baca tajuk entry aku ini hee..



Apakah kaitan gambar di atas dengan entry aku hari ini? Di dalam cawan itu adalah air MILO.
Dulu aku penggemar milo. Teringat masa sekolah hampir setiap hari minuman yg akan ku beli adalah milo ais. Wah, betapa nikmatnya kala itu tatkala dapat menikmati keenakan milo dingin..perghhhh..

Namun entah mengapa, setelah menjejak dunia pekerjaan, aku semakin kurang menggemari milo. Bahkan aku juga elergik dengan baunya. Ianya berlaku secara tiba-tiba. Pernah ada org mengatakan jika kita menyukai sesuatu itu dan seringkali menikmatinya, kelak suatu hari nanti pasti kita akan merasa bosan dan akhirnya sudah tiada keinginan ke arah itu? Entahlah, sukar aku nk mentafsirkannya. Buat masa ini aku masih penggemar ayam tegar, hehe..adakah suatu hari nanti...???

Okay, berbalik kpd cerita milo, kerana seringkali melihat dan mencium bau milo (setiap kali ke pantry tea lady akan membancuh milo utk rakan sekerja) aku akhirnya terpengaruh dan terlanjur. Hee, semalam aku sudah tidak dapat menahan rasa, maka aku pun membuat air milo.

Wee....aku pun membawa air milo hangat ke meja aku dan bersedia dengan beberapa keping biskut. Namun aku hanya mampu menghabiskan beberapa teguk sahaja. Ternyata keghairahan aku terhadap milo telah pudar sama sekali. Opsss...bukan. sama sekali! kerana... aku masih boleh menikmatinya milo begitu sahaja..lebih enak!

Friday, February 10, 2012

....siapa paling comel?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Heee...kenapa aku post gambar2 mereka ini? Siapakah mereka semua ini? Comel2 kan....


...lalalala kembali semula

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku baru je mula start keje hari ini setelah bercuti panjang plus cuti demam + sakit tekak. Huu peritnya tekak apabila batuk. Sangat tak selesa..



Cuti panjang hari itu aku ke Perak, jalan2 ke rumah sedara, kemudian konvoi pula ramai2 ke Cameron Highland. Baliknya aku dah mula sakit2 tekak. Puncanya bukanlah sebab berjalan ke tempat sejuk tu (hmmm..cameron dah tak sesejuk dulu) tapi kerana musim yg tidak menentu. Jalan nak naik ke puncak tu pulak sangat sesak sehingga aku terlepas nak menjoinkan diri ke famili gathering (makan2 steamboat)




Terasa penat badan ni. Berehat kat rumah pun dengan keadaan yg tidak sihat ni rasa bertambah sakit badan pulak... ubat dah bergelen2 aku minum (betul ni, tak tipu!)