Tuesday, February 15, 2011

Yeah, lagoon...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Dah lama rasanya aku tak ke Sunway Lagoon. Dah bertahun agaknya. Dengar cerita lagoon pun dan berwajah baru. Korang pulak macamana?

Akhirnya dapat jugak aku peluang ke Sunway Lagoon minggu lepas. Company tempat tunang aku bekerja adakan family day di situ. Minggu sebelumnya kawan di tempat kerja aku pergi ke sana dan menceritakan betapa bestnya lagoon yang baru. Hahah aku pun excited jugaklah. Konon nak masuk ke rumah hantu..heeee...kata kawanku rumah hantu adalah salah satu tempat yang harus aku kunjungi apabila ke situ.

Kami berkumpul waktu pagi di situ. Selepas aku menyibukkan diri menyertai permainan yang disediakan, dan sesi pemyampaian hadiah dan seterusnya diikuti makan tengahari , kami pun meneruskan menjelajah apa yang menarik di situ.

Selepas puas bermain air, kami mencuba permainan yang boleh dikatakan extream jugak. Mulanya aku tidak mahu menaiki kapal yang terbalik itu. Ya Allah, tidak pernah seumur hidup aku berani mencuba permainan itu. tapi atas ajakan tunang aku yang beria-ia, akhirnya aku memberanikan diri. Wah, sakit tekak aku menjerit. Tapi sebenarnya seronok juga. Rasa maca nak naik lagi je. Heee mana taknya, bukan aku bukak mata pun sepanjang kapal tu terbalik.... 

Setelah itu kami meneruskan permainan seterusnya, kali ini naik "tomahawk' kalau tak silap akulah.. Permainan ni lebih kurang macam kapal tadi cuma lebih laju dan tertutup. Tapi ternyata sangat mengerikan sedikit berbanding kapal. Ianya laju. Rasa seperti melayang badan ini. Whoaaa...taubat rasanya aku tak mahu naik lagi heheh...

Kami bermain sampai ke petang. Tapi tak semua tempat dapat kami kunjungi. Apapun sangat seronok. Tapi kesian anak buah tunang aku tak dapat main semuanya. Hehehe takper Shauki, bila-bila masa kita ke sana lagi ya..



No comments: