Hangin je aku hari nih...
Tengahari tadi aku bersama teman keluar makan, sebelum balik ke opis singgah sebentar di MBB. Kawan aku nak masukkan duit. Aku yang memandu kereta tunggu ajelah di dalam kereta memandangkan tak ada tempat parking yg kosong (hmmm seperti kebiasannyalah)
Aku parkir sebentar di tepi jalan, tidak lama kemudian kereta belakang sibuk pulak hon2.. maka aku pun berpusing semula keliling bank. Masih tak dapat parking, aku berhenti sekali lagi di tepi jalan. Pun tidak lama selepas itu kereta di belakang hon lagi..haishhh....
Maka sekali lagi aku membuat pusingan. Sampai di tepi UOB, keretaku hampir bertembung dengan sebuah kereta. Haiyaaa jalan sehala pun orang boleh masuk! Bukan tidak ada signboard besar di tepi jalan tu. Ke dia pemegang lesen terbang agaknya.
Aku sudah tentulah tidak mahu mengalah. Aku memberi isyarat kepada mamat tu ini jalan sehala dan menyuruh dia berundur. Aduhaiii..dia pulak yang suruh aku berundur! Aku apalagi naik hangin ler jugak. Dia hanya beberapa meter sahaja ke belakang (jalan utama) sedangkan kalau aku berundur jalan jauh aku tinggalkan di belakang. Mamat ni nampaknya masih tak paham. Aku cuba bergerak lagi mendekati muncung keretanya, cewahhh dia pulak buat derk, wat muka selamba. Aku yang kat dalam tu dah rasa hangin satu badan.
Last2 aku berhentikan kereta aku di situ, dengan harapan dia paham dan berundur atau mencari alternatif lain. Wahhh memang mamat ni tak reti bahasa! Dia pun selamba tak bergerak dari situ. Akur asa adalah beberapa minit jugak kami tidak bergerak. Dalam hati aku dah rasa nak menyumpah2 heeee.... jam di dashboard semakin berdetik jugak...
Mamat tu suruh jugak aku ke belakang, entah isyarat apa yang dia bagi. Kata kawanku mungkin dia nak parking di hujung sudut. Maka aku dengan geram mengundur sedikit. Mujur juga di belakang tak ada kereta. Aku mengundur sedikit , mamat ni pulak ke depan. Weyhhhh..menjerit aku dalam kereta. Kalau iyapun bagilah ruang untuk aku mengengsot ke tepi ke hapa. Ternyata dia wat derk sahaja. Menggelegak rasa hatiku..
Cuaca sudahlah panas terik. Aku akhirnya mengambil keputusan bergerak ke tepi sedikit demi sedikit. Bila hampir berselisih kereta, aku turunkan cermin kereta. Dalam hati aku nak bahasakan mamat ni (wahhhh berani sungguh aku! Mana taknya cukup pantang betul orang yang tk reti2 ni)
Tapi sakitnya hati aku apabila mamat ni sedikitpun tak pandang muka aku yang cun nih! Aku tenung dia dengan hati yang membara. Dengan selamba derk dan kepala mendongak dia berlalu pergi. Jangan kau ingat kau bawa kereta Merc kau nak berlagak!! Dia atas jalanraya kau dan aku sama sahaja, sebagai pengguna jalanraya... Huh, panas! panas!
No comments:
Post a Comment