Monday, February 28, 2011

Ketika Kasih Berbenih Rindu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Sesungguhnya hatinya kini semakin tenang. Walaupun tidak tenang sepenuhnya namun dia harus redha, terima segala takdir Allah dengan hati yang terbuka. Mempercayai setiap dugaan yang Allah beri ada hikmah di sebaliknya.

Airmata yang menjadi peneman sangat setia menemani hidupnya siang dan malam. Sangat sebati dalam dirinya. Perlukah dia rasa bersalah kerana hanyut dengan perasaan? Salahkah dia menangis? Salahkah dia kecewa? Salahkah andainya dia lemah dan tidak berdaya menerima ujian yang maha berat ini?

Bodohnya dia kerana menyalahi takdir. Jahilnya dia kerana meratapi segala ujian yang diturunkan. Tidakkah dia percaya bahawa Allah tidak akan menduga hambanya di luar batas kemampuan? Dan seandainya kita lemah tidak berdaya, percayalah bahawa sesungguhnya Allah itu sangat sayang padamu. 

Menangislah... menangislah andai itu dapat menenangkan hati. Dia percaya itu. Sesungguh siapalah kita sebagai hamba untuk mempertikaikan perjalanan takdir yang tertulis. Walau segunung kekesalan, kekecewaan yang melanda setiap rongga perasaan, ianya tidak akan mengubah segala yang telah berlaku. Apa yang dia tahu kini, dia harus bangkit. Bangkit dari kesedihan demi memberi keyakinan dan semangat kepada orang-orang yang disayangi. 

No comments: