Monday, February 14, 2011

Aaaaa....hilang???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Baru kejap tadi aku dapatkan semula laptop aku setelah anak buah aku bawa utk diperiksa oleh kawannya. Mulanya tadi pagi apabila aku bersemangat nak sambung semula manuskrip yang tertangguh lama. Yelah hari ni ada masa terluang, rasa nak sambung je semula. Tengok2 dalam beg laptop aku dah tkder. Mulalah risau, maka aku tipon anak buah aku dan dia memaklumkan pada aku yang dia ambil semalam kerana nak hantar untuk diperiksa.

Petang tadi katanya laptop aku kena virus. Again? Oh no! Katanya kawannya dah reformat semula. Aku pun okay jelah. Tapi bila aku tengok skrin laptop aku...hatiku dah mula berdebar. Mana gambar-gambar aku? Mana fail-fail aku? Whooaaa...terus aku menjerit.

OH TIDAKKKKKKKKK!!!!

Semuanya hilang dari simpanan. Yang paling aku sedih...manuskrip aku tu! Dahpun hampir siap, sebelum ni pun ada aku tambah beberapa bab, semuanya aku letak di dalam fail kat laptop aku... 

Nak marah pun tak guna, nak nangis pun bukan aku boleh dapat semula manuskrip aku tu. Backup? Nasib baik jugak dalam email ada aku selitkan tapi bab2 terbaru nampaknya aku kena tulis semulalah. Kena perah otak ni mengingatkan jalan cerita..hasihhhh. Aduhai...mana aku nak cari ni? Idea yang aku dah curahkan tu bukannya aku boleh ingat semua. Wah, patah dah semangat aku. Camner nak sambung balik? 

Lepas ni aku harus lebih berhati-hati. Aku ingat nak publish juga manuskrip aku tu dalam blog ni. Supaya korang bila boring2 leh lah baca dan bagi komen kan...

Haishhh sangat sedih. Harap2 aku dapat semangat utk sambung semula... Insya Allah

1 comment:

sue onn said...

seharusnya sentiasa di buat salinan...penatkan..teramat penat..takpe itulah dugaan namanya..agi idup agi ngelaban..