Wednesday, February 09, 2011

Bulehh tumpang??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sebenarnya dah lama jugak aku perasaan setiap kali aku memandu pulang ke rumah, dan setiap kali melewati kawasan perumahan dia pantai dalam sana tu, aku akan melihat beberapa kumpulan budak2 berjalan kaki. Tidaklah aku mengambil perhatian sangat sebab fikirku tentu budak2 tu berkumpul setelah ramai-ramai melakukan aktiviti petang2 hari. Dan sangkaku juga tentulah mereka itu budak2 di kawasan itu.

Namun dua hari yang lepas, aku perhatikan budak2 itu akan menahan mana2 kereta yang lalu di situ. Tujuannya? Entah, aku juga tak tahu. Keretaku juga ditahan oleh budak2 itu tapi aku tidak ambil peduli hehehe (kejam ke?) 

Keesokannya juga seperti sebelumnya, kereta aku ditahan lagi, kali ini aku memperlahankan sedikit keretaku namun aku masih tetap tidak berhenti (entahlah kenapa. kejam ya?). Bila aku tidak berhenti budak2 itu akan memarahi aku. Rupa2nya budak2 itu nak menumpang kereta supaya mereka tidak letih untuk berjalan ke dalam. Owhhhh bukan budak pantai dalam rupanya. 

Hehehe..sorrylah dik, korang ramai sangat. Tak muat kete akak nk tumpangkan semua. Since korang dh berjalan dari rumah ke padang sana, maka lebih baik korang berjalan juga dari padang sana ke rumah. Sambil tu leh jugak menyihatkan badan korang..weee...........

No comments: