Friday, January 28, 2011

Perihal Limau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



~~ Sehingga tarikh status ini ditulis, hanya 2 bijik je buah mandarin yg kita dapat. Whoaaa nape tahun ni limau mogok ke? huhuhu...~~

Ayat di atas adalah status fesbuk aku untuk hari ini. Banyak komen dari kengkawan..ada yang mengatakan mereka dapat banyak sampai tak larat nak makan (whooaaa jeles sungguh) namun ada juga yang mengeluh kerana tidak dapat limau tahun ini. Namun apa yang pasti memang aku rasakan tahun ini kekurangan limau.

Selalunya, pasti aku banyak membawa pulang limau, untuk dikongsi bersama keluarga. Tahun ni? Huhuhu 2 biji sahaja. Itu pun habis dimakan di pejabat.

Korang banyak tak dapat limau tahun ni? Walaupun banyak makan limau akan menyebabkan tekak kering dan batuk-batuk, namun rasa tak sah kiranya tidak dapat makan limau sempena Tahun Baru Cina ni kan..

Beli? Hmmm.. lagi tak sah kalau makan limau mandarin dengan membelinya untuk dimakan sendiri. Kedekut? haishhh taklah cuma rasa tak best je kalau beli limau mandarin tu dan makan sendiri. Langkah terbaik, beli limau dan berikan pada kawan kemudian minta kawan balas balik dengan memberi kita limau semula..haa barulah terasa kemeriahannya. Okay tak idea bernas aku nih? Hehehe..apa yang aku merepek ni..

LIMAU OH LIMAU...






No comments: