Hari ini aku ambil cuti. Dengan niat nak lekas2 uruskan segala hal yang patut diuruskan. Dahlah ambil cutinya boleh dikatakan last minute gak...
Petang semalam aku keluar dari opis agak lewat. Dengan langkah yang ayu aku menuju ke kereta yang diparkir secara double park di tepi kereta kwn sepejabat. Setelah masuk dan mengunci kereta, aku pun menghidupkan enjin kereta...
"Zretttt...Zrettt...Zrettt..."
Aiyyyoooo kereta ku tak mahu hidup enjinnya. Berkali-kali cuba pun masih begitu juga bunyinya (lebih kuranglah) Maka aku masuk ke pejabat semula dan meminta bantuan teman sepejabat. Mujur ramai pulak yang masih berada di opis. Hehehe...belek punya belek, mereka sepakat mengatakan starter atau plug yang rosak.
Memandangkan sudah lewat petang dan workshop yang berhampiran mahupun workshop yang biasa aku kunjungi telah tutup, maka aku terpaksa menghantar kereta aku keesokan harinya. Lantas hari itu bagaimana?
Akhirnya seorang rakanku mengemudi keretaku dan beberapa orang lagi menolak dari belakang. Beberapa meter kemudian enjin berjaya dihidupkan. Kemudian kereta bertukar tangan dan aku memandu kereta dengan harapan enjinnya tak mati di tengah jalan nanti..kalau nak mati biarlah di tepi jalan..kesian pengguna jalanraya yang lain kalau keretaku mogok di tengah jalan..heee..sejak bila pulak aku begitu mengambil berat dengan pengguna jalanraya yang lain ni? Haruslah kan, akukan pemandu berhemah..
Sampai sahaja di kawasan perumahan aku, kereta aku parkir jauh dari rumah supaya senang untuk ditolak keesokan harinya. Tidak dapat aku menghantar emakku ke klinik semalam.
Pagi ini aku bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerja. Fikirku cuti akanku tunda esok. Hari ini pergi ke tempat kerja dan aku akan meminta bantuan rakan sekerja untuk menghantar Neonku ke workshop kenalannya. Enjin kereta ku hidupkan tapi seketika sahaja kemudian mati semula. Beberapa kali aku cuba masih sama. Aku memandang sekeliling, kalau-kalau ada orang yang boleh membantu menolak keretaku namun hampa. Lagipun enjin keretaku memang bermasalah.
Aku sempat memanggil pomen yang berhampiran kawasan rumahku. Pomen itu membelek keretaku. Pelbagai cara dicubanya. Kemudian spare-part2 dibuka. Akhirnya dia memutuskan keretaku terpaksa ditahan di 'wad' jugak. Dengan bantuan rakannya, keretaku di bawa ke workshop untuk dibedah siasat. Lewat tengahari aku menerima panggilan telefon dari pomen..
"Dik, kereta adik ni tak ada masalah sebenarnya. Yang tak boleh start tu sebab tak ada minyak. Saya dah isikan minyak dan kereta adik boleh jalan semula."
"Aaaaaaaaaaaa...."
Wakakaka...begitu ke rupanya? tapi pelik jugak kerana semalam pun masalah yang serupa tetapi kereta aku masih boleh bergerak beberapa kilometer lagi...entahlah.......
Cuti membazir begitu sahaja hanya kerana...keretaku tiada MINYAK..LOL~~~
No comments:
Post a Comment