Tatkala berseorangan di pejabat hari ni, aku tertarik dengan topik perbualan hari ini di radio fly.fm. Topiknya berkisar tentang berapa lama anda tak basuh jeans. Hahaha..korang berapa lama tak basuh jeans? Maksudnya sekali pakai korang akan pakai balik ke? untuk berapa kali? atau korang terus sahaja cuci?
Dulu2 kawan2 selalu cakap seluar jeans tak boleh basuh selalu. Konon supaya jeans tu tahan lama. Yeke? Entahlah, tapi bagi aku rasa macam tak selesa pula pakai satu jeans utk beberapa hari.
Kalau aku travel yang memakan masa 2-3 hari, selalunya aku akan ulang pakai jeans itu utk sekali sahaja lagi. Pernah juga kawan2 tegur aku 'wah, besarnya beg' ..hehehe bukan apa, mmg aku suka bawa extra pakaian utk keselesaan.
Di pejabat misalnya, kami pekerja masih dibenarkan memakai jeans. Selalunya aku memang akan terus basuh jeans yang aku sudah pakai. Maknanya sekali sahaja aku pakai. Sebab itu agaknya jeans aku byk yang kaput hahaha...
Entahlah, itu semua terpulang pada individu sebenarnya..asalkan jangan pakai berulang-ulang sehingga berbau okeh!! peace......
No comments:
Post a Comment