Wednesday, January 05, 2011

Happy New Year

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Rasanya belum terlambat aku nk ucapkan Selamat Tahun baru buat semua kengkawan. Selalunya kalau tahun baru ni, dah tentulah semua sibuk dengan azam baru dan semangat baru. Azam aku? Huhuhu...sambung baliklah azam tahun lepas yang tercapai tu. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010. Sedih dan gembira segalanya tersimpan di lipatan minda.

Dalam penghujung tahun 2010, sedih dan gembira bersatu. Gembiranya aku kerana telah dilamar seseorang dan kami telah mengikat tali pertunangan. Semoga segala perjalanan hidupku di bawah rahmat ilahi..amin. Dan sedihnya aku kerana kucing aku satu2nya telah pergi. Melihat sahaja gambar Gege mulalah airmata aku nk mengalir. Malam semalam, di kala tengah malam dan hujan lebat, menggamit kerinduanku pada Gege. Ya Allah tabahkanlah hatiku. Cengeng ke aku? Biarlah orang nak cakap apa kerana bagiku teman terbaikku telah tiada untuk kukongsi suka dan duka :-((

No comments: