Friday, January 07, 2011

Perginya Seorang Imam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang percaya ke dengan pepatah orang dulu2, kalau mata sebelah kiri mengenyit2 tandanya kita akan mendapat berita sedih? Sejak dari semalam mata kiri aku sekejap2 mengenyit, bukanlah kata aku mempercayai pepatah itu, tapi sepanjang pemerhatian aku setiap kali aku mengalami peristiwa begitu, pastilah aku akan mendapat berita yg kurang menyenangkan. Bagi aku semua ini hanyalah satu kebetulan. Tiada siapa mampu mentafsirkan perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. 

Pagi ini, aku menerima berita seorang Imam di tempat aku telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Takziah diucapkan buat keluarga beliau dan Al-Fatihah disedekahkan untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman.

Beliau merupakan bekas guru besar di sekolah rendah tempatku belajar. Dan kemudian menjadi Imam di kampung pasir. Bersebelahan rumah beliau ada didirikan sebuah musolah dan di situlah aku dan keluargaku akan pergi solat terawih dan solat sunat hari raya setiap tahun. Mendirikan solat dan mendengar tazkirah setiap hari di bulan Ramadhan.

Teringat kata-kata arwah Iman Hj Osman sewaktu tazkirah di bulan Ramadhan yang lepas, agar kami semua masih setia meramaikan musolah walaupun beliau sudah tidak ada lagi.

Seperti biasa setiap kali memandu ke tempat kerja, aku akan melalui kawasan rumah arwah dan pagi ini terasa hati sayu apabila melewati rumah beliau. Beliau seorang Imam yang baik dan suka bergurau. 

Namun, setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah kententuan hidup ini. Semoga arwah bahagia di sisi-Nya. Al-fatihah ~~~

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design