Tuesday, June 19, 2012

Pau Sungai Buaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Last wekend, balik Sg Buaya. Balik melihat mama dan papa mertua heee...
Dah berapa minggu kami tak balik rasanya. Rumah mak dan ayah pun dah separuh siap. Lagi 2 minggu siap sepenuhnya kata mereka.

Kalau dah siap nanti, balik lagilah kami semua, membantu membersihkan dan mengemas rumah apa yg patut. Menjelang puasa dapatlah mak dan ayah duduk rumah baru.

Seperti biasa, balik ke sana memanglah tak buat banyak kerja, sekadar menolong mana yang patut je. Tu yg kadang2 bila bosan aku bawa buku untuk dibaca. Tapi kadang2 tu mata ni rasa nk terpejam aje. Aku yg jarang tidur di siang hari ni pun tersengguk-sengguk juga (yelah takde apa yg nak dibuat. Kalau duk rumah sendiri ada sahaja nak belek itu nk usik ini kan)

Otw balik ke KL, nampak orang jual Pau. Terus MNG berkata "Wah, ada pau" lantas stering kereta di pusing membuat pusingan U. Berhentilah kami membeli pau.

Gerainya kecil sahaja. Hanya ada sebuah meja sederhana besar. Di tepinya di letakkan bekas berisi pau panas. Aromanya sangat enak. Bila di tanya pau jenis apa yg ada. Whoaaa aku terkejut kerana banyak jenis yg ada upanya, Ada Pau Coklat, Pau Jagung, Kacang Merah, Kaya, Kelapa, Daging dan Ayam.

Hmmm akhirnya aku memilih Pau Jagung utk aku sbb ini pertama kali aku dgr ttg pau jagung. Untk MNG pau Coklat dan Kaya. Untuk seorang teman pau kacang merah. Dan aku  beli juga pau daging utk dicuba.

Dalam kereta terus kami makan pau masing-masing. Sebab pau ini enaknya apabila di makan panas2. Pau jagungnya sedap pada aku. Pau kaya juga enak kata MNG. Pau coklatnya boleh tahan cuma pada aku agak kental coklatnya. Jika coklatnya lebih cair dan melt..perghhhh mesti sedap.

Apapun, memang seronok! Sesiapa yg pernah lalu di sini mesti tahu kan...

No comments: