Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Minggu yang lepas, kami terutamanya MNG lah menerima satu dugaan. Dugaan yang kalau terjadi pada aku entahlah tak tahu apa perasaan aku kala itu. Syukurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya, cuma si dia mengalami sedikit kerugian.
Sewaktu kejadian itu berlaku, aku pada mulanya panik dan marah. Terasa kenapa Allah menduga kami sebegini rupa. Namun apabila sedikit demi sedikit perasaan menjadi tenang dan rasional, barulah aku kembali sedar dan mengucapkan kesyukuran kerana sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.
Melihat senyuman dan ketenangan yang terukir di bibir dan wajah suami, membuatkan aku menjadi tenang. Sebagi isteri, aku sentiasa menyokong dan sentiasa berada di sisinya kala dia memerlukan..Insya Allah.

No comments:
Post a Comment