Monday, June 18, 2012

Balifeel Bangsar South

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jumaat yang lepas, sempena harijadi aku, boss aku bawa aku dan 2 orang kawan satu department lunch bersama di Balifeel Bangsar South. Boss suruh pilih nak makan apa..aha, payahnya aku nak pilih nak makan apa kan? Orang yang nak belanja, aku okay je mana2. Segan pulak nak minta itu ini hehe...

Tghri tu kami pun pergi ke sini (sambil melawat kawasan kata boss aku - memang kami banyak buat service kat kawasan ini)


Masuk ke dalam restoran, alamak penuhnya. Mujur kebetulan ada pelanggan yang baru beredar. Dapatlah kami meja di bahagian dalam. Belek2 menu, masing2 ambil keputusan taknak makan nasi. Jadi kami pun pesan lauk pauk sahajalah.

Bila makanan yang dipesan sampai satu persatu, aku pun mula mengambil gambar. Sayangnya baru beberapa klik aje, keluar alert mengatakan bateri hp aku dh nyawa2 ikan. Alahai, sayangnya...

Kami memesan air serai. Hmmm...yummy! Makanan pula, ayam penyet, set hidangan yg terdiri dari ayam, sate ikan, tempe, lepas tu pesan gado2 dan otak2. Memang sedap makanan di sini. Teringat masa kat Bali dulu hehe....

Balik tu memasing kekenyangan. Haha, 4 orang wanita makan lauk di Balifeel. We Feel Good!!

Terima Kasih Daun Keladi....

No comments: