Angkat tangan siapa antara korang yang tak suka makan telur? (sukatilah kalau korang nak angkat tangan macam Usop Wilcha). Aku rasa itu adalah menu kegemaran kebanyakan orang kan? Ringkas..sedap..dan senang dimasak!
Mesti korang pun ada terdengar citer tentang telur ayam tiruan ni kan? Haishhh macam-macam kan.. dorg ni kalau boleh semua nak di'tiruan'kan.
******
Kopipes article:
Klik pada gambar utk gambaran yang lebih jelas |
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
Nota Kaki : Berhati-hati ajelah masa nak membeli telur tu. Tak pasti dah masuk malaysia atau belum telur ayam tiruan ni (dari China). Baik korang bela ayam dan makan jelah telur ayam yang ditelurkan oleh ayam korang. Psssttt...lagi satu, jangan lupa BASUH telur dahulu sebelum korang nak masakl okeh! ~
Nota Kaki : Berhati-hati ajelah masa nak membeli telur tu. Tak pasti dah masuk malaysia atau belum telur ayam tiruan ni (dari China). Baik korang bela ayam dan makan jelah telur ayam yang ditelurkan oleh ayam korang. Psssttt...lagi satu, jangan lupa BASUH telur dahulu sebelum korang nak masakl okeh! ~
No comments:
Post a Comment