Aku yang kehilangan, dalam diri sendiri,terkurung dalam bayanganmu. Haa seperti lirik lagu inilah apa yg terjadi pada aku sekarang ni. Tapi kena tukar sikit pada rangkap last tu ' terkurung dalam bayanganku sendiri'
Semenjak akhir-akhir ini, aku rasa seperti semakin 'hilang ingatan' Haishh aku bukan hilang ingatan sampai ke tahap mental (semoga Allah jauhkan dari semua itu..amin)
Aku rasakan yang aku semakin kerap lupa. Entahlah, agaknya terlalu banyak yang difikirkan ke apa agaknya ni. Semalam adalah yang paling teruk. Kalau diingat2 balik kelakar pun ada.
Al-kisah, aku membawa 2 helai tuala berjalan ke bilik mandi. 2 helai sebab nak basuh rambut. Entah macamana agaknya on the way ke bilik mandi tu, aku singgah ke dapur. Aku pun tak ingat apa tujuan aku ke dapur (see? cepat sgt dah lupa). Lepas tu aku terus ke bilik mandi. Sambil mandi tu bilas2 kain.
Dah selepas mandi tu, aku pun konon nak mencapai tuala. Whoaaa..cari punya cari tuala tak ada! Aduhhh jenuh jugaklah aku pusing2 mencari ke mana aku letak tuala. Nak panggil orang kat rumah pas kan tuala, seganlah pulak..sementelah lagi entah manalah aku letak tuala tu.
Akhirnya, aku sarung kembali pakaian yang aku pakai sebelum mandi tu. Hishhh geli memang, tapi apa nk buat. TERPAKSA beb! Sampai ke bilik..tercari2 lagi manakah tuala aku tu? Tapi tetaplah tak jumpa. Nasib baik ada spare tuala.
Dah siap berpakaian tu, aku melilau mencari di mana kemungkinan aku letakkan tuala itu. Masih tak jumpa. Penat dah otak ni berfikir. Akhirnya aku ringankan mulut bertanya kakak aku. Dia pun yang sewaktu itu berada di dapur, berkata "Ni haaa"
Ya Allah, di dapur rupanya. Rasanya aku dah mencari di bahagian dapur tadi tp tk jumpa. Hishhh semoga aku tidak akan ke'lupa'an seperti ini lagi.
No comments:
Post a Comment