Generasi Yang Hilang. Antara kucing2ku yang sempat diambil gambar. Kata orang bila ambil gambar binantang, mereka akan mati. Entahlah, aku tak percaya semua tu |
Nak-nak pulak bila tengok gambar2 kucing..aduhai, lagi menggamit kerinduan. Sungguh, rindu sangat rasanya nak membelai bulu kucing dan bermain-main dengannya. Heee...berapa tinggilah agaknya darjah kerinduan aku nih.
Ke mana sahaja aku pergi, asal nampak kucing je, mesti aku nak usik. Seronok rasanya. Mujur juga kakak aku ada membela kucing tapi hai, manakan sama dengan kucing sendiri yang kita dah lali dengan perangai dan gelagatnya, ya tak?
Bela je kucing baru? Hmmm..bukan aku taknak tapi entahlah rasa fobia pulak. Fobia menerima perkhabaran "Kucingmu mati dilanggar!" Huhu..sangat sedih. Untuk melupakan dan menghilangkan kesedihan itu pun dah memakan masa berhari-hari. Setiap hari berendam airmata. Makan tak lalu dan tidur pun tak lena. Tapi mandiku tetap basah ya.
Apapun tunggulah nanti, apabila aku memulakan hidup baru Insya Allah..dapatlah aku membelai bulu kucing lagi... Semoga di permudahkan segalanya..amin
No comments:
Post a Comment