Friday, June 08, 2012

Terbaharu Dari Kaki Novel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buku ini baru je habis pembacaannya semalam. Jalan ceritanya menarik walaupun sudah agak biasa - kisah kahwin paksa. Nak tahu lebih lanjut Lihat website Penerbitan kaki Novel kat post ni yer..


Hari tu aku lihat kat fesbuk banyak post dari novelis Kaki Novel tentang betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari Pihak KN. Rupa-rupanya mereka menerima 2 buah novel terbaharu KN (Bulan Jun). Hati aku berdetik, adakah aku pun akan terima kiriman yg serupa? Sebab aku pun novelis KN juga maa..walaupun aku masih belum ada novel yg baru huhu (masih dalam proses manghabiskan manuskrip)

Buku ni belum baca lagi. Tebalnya hehehe. Tunggulah selepas aku menghabiskan buku2 yg dibeli semasa PBAKL yg lepas. Masih banyak belum dibaca lagi.

Jadi, adalah di suatu hari tu aku menerima panggilan dari Pos Laju bertanyakan samada ada sesiapa atau tidak di rumah kerana mereka mahu menghantar barang. Masa tu aku dah rasa 'barang' itu tentulah dari Penerbitan KN.

Selang sehari aku ke rumah mak aku dan aku lihat ada parcel utk aku. Tak sabarnya nk buka. Memang benar, NOVEL! Hehe siap dengan tandatangan lagi.

Terima kasih Penerbitan Kaki Novel. Ini membuatkan semangat aku semakin berkobar-kobar hendak menghabiskan manuskrip yg sudah siap 98% itu. Harap2 aku dpt menyiapkannya secepat mungkin.

No comments: