Friday, June 29, 2012

...teamwork..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku diberi oleh CEO satu tugasan untuk conference lagi 2 minggu di salah sebuah hotel di Subang Jaya nanti. Ini bukanlah kali pertama kerana sejak dari mula bos mengambil keputusan untuk memulakan conference ni dan seterusnya menjadikan ianya agenda tahunan, aku adalah antara yang sering terlibat di belakang tabir. Penat memang, pernah kerana menyiapkan tugasan, aku sampai di rumah jam 12 tgh mlm. Mujur si dia memahami dan pandai menjaga diri..hehehe

Tugasan kali ini aku rasakan tidaklah terlalu susah seperti sebelumnya di mana aku harus mengalih bahasakan slide yang dibuat oleh bos dan seterusnya membuat booklet pula untuk diagihkan kepada peserta pada hari tu.

Tugasan aku kali ini adalah mencari video motivasi yng sesuai dengan topik yg akan dibincangkan nanti. Mudah kan? Tapi...sighhh... kerana tugasan harian hari2 agak banyak sehingga susah nak menyelitkan masa mencari video yang diminta.

Adalah sekali sewaktu sedang berehat di rumah bersama si dia, aku pinjam ipad nya dan melayan youtube. Jumpa video ni. Sangat comelll...hehehehe...

No comments: