Friday, June 29, 2012

...teamwork..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku diberi oleh CEO satu tugasan untuk conference lagi 2 minggu di salah sebuah hotel di Subang Jaya nanti. Ini bukanlah kali pertama kerana sejak dari mula bos mengambil keputusan untuk memulakan conference ni dan seterusnya menjadikan ianya agenda tahunan, aku adalah antara yang sering terlibat di belakang tabir. Penat memang, pernah kerana menyiapkan tugasan, aku sampai di rumah jam 12 tgh mlm. Mujur si dia memahami dan pandai menjaga diri..hehehe

Tugasan kali ini aku rasakan tidaklah terlalu susah seperti sebelumnya di mana aku harus mengalih bahasakan slide yang dibuat oleh bos dan seterusnya membuat booklet pula untuk diagihkan kepada peserta pada hari tu.

Tugasan aku kali ini adalah mencari video motivasi yng sesuai dengan topik yg akan dibincangkan nanti. Mudah kan? Tapi...sighhh... kerana tugasan harian hari2 agak banyak sehingga susah nak menyelitkan masa mencari video yang diminta.

Adalah sekali sewaktu sedang berehat di rumah bersama si dia, aku pinjam ipad nya dan melayan youtube. Jumpa video ni. Sangat comelll...hehehehe...

Wednesday, June 27, 2012

..Cake!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Kek ni aku beli kelmarin untuk dibawa ke pejabat sempena harijadi rakan sepejabat, lebih tepat lagi rakan satu department. Semalam harijadinya, lusa harijadi kawan yg lain pula juga satu department. Jadi, raikan bersama jelah. 
Aku patut letak nama aku jugak kan sbbnya aku pun dlm bulan June juga..selang beberapa hari juga haha.
Tengahari itu kami makan bersama - cadangnya nak ke Bangsar South lagi. tapi disebabkan jalan menghala ke Pantai Dalam sangatlah sesak maka kami mengambil keputusan makan di kedai Ayam Golek je.
Haa..ambik ko, makan ayam golek seorang setengah ekor..of coz tanpa nasi. Masing2 balik ke pejabat semua kekenyangan dan ngantuk! Heee...

Monday, June 25, 2012

..hikmah yang tersembunyi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu yang lepas, kami terutamanya MNG lah menerima satu dugaan. Dugaan yang kalau terjadi pada aku entahlah tak tahu apa perasaan aku kala itu. Syukurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya, cuma si dia mengalami sedikit kerugian.

Sewaktu kejadian itu berlaku, aku pada mulanya panik dan marah. Terasa kenapa Allah menduga kami sebegini rupa. Namun apabila sedikit demi sedikit perasaan menjadi tenang dan rasional, barulah aku kembali sedar dan mengucapkan kesyukuran kerana sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya.

Melihat senyuman dan ketenangan yang terukir di bibir dan wajah suami, membuatkan aku menjadi tenang. Sebagi isteri, aku sentiasa menyokong dan sentiasa berada di sisinya kala dia memerlukan..Insya Allah.

Thursday, June 21, 2012

..bila dah jumpa...!! Whatsapp???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Sejak ada whatsapp ni, ramailah berlumba2 nk gunakan perkhidmatan free ni kan. Alah, samalah macam aku. Sebenarnya tk reti pun dan tak tahu pun. Nasib baiklah ada orang tersayang yg celik IT..haha..kalau harapkan aku mmg tk reti...

Memula tu whatsapp dgn yg tersayang dulu, lepas tu ada pulak group utk off department (alamak!) Hee... Lepas tu pulak tertiba ada kengkawan yg tegur 'whats up??'..haaa...

Dari detik itu bermulah tegur menegur. Kengkawan sekolah lama yang jarang (ada yg tk pernah) bertegur pun tetiba menjadi aktif dan rapat semula sbb adanya whatsapp ni...bagus kan??

Maka apabila dh selalu berchatting tu, pertemuan diatur. Memasing excited sbb dh lama tk jumpa. Kawan sekolah tu babe! Sekolah menengah dan sekolah rendah..huh, lama tak jumpa.

Memang nak berkumpul semua amatlah pyh sebab masing2 ada jadual tersendiri. Jadi pada mana yang lapang itu, pertemuan diatur di A&W PJ. Mulanya nk jumpa di Amcorp Mall, tp permintaan aku nk jumpa kat A&W. Alasan aku, free parking!! Haha..

Apabila aku sampai sahaja dia sana, terus aku sms bertanyakan siapa yng dah sampai. Oh, rupanya seorang kawan dah sampai. Aku mulanya malas nk pakai cermin mata (patut aku pakai contacts lens kaler biru aku kan..hihi) tp disebabkan takut nti aku akan tercari2 kwn2 yg di antaranya mmg dh lama sgt tk jumpa. Susahnya jadi orang rabun ni kan..

Melangkahkan kaki ke dalam restoran, mataku melilau melihat sini sana dengan hp yg dipegang kemas di tangan. Cari punya cari terlihat seorang gadis manis sedang memerhatikan aku sambil tersenyum-senyum. Rupanya dia sengaja membiarkan aku tercari-cari sedangkan dia duduk dengan ayunya di depan pintu!
Bila dah jumpa tu boleh pulak dia terkekeh2 ketawakan aku. Takper ada lori ada bas...

Tidak lama kemudian seorang demi seorang muncul dan akhirnya kami hanya berempat sahaja. Okaylah tu kan. Banyaknya benda yang nak diceritakan. Mengimbau zaman sekolah...betapa seronoknya!!

Wednesday, June 20, 2012

..hadiah lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam aku terima hadiah lagi sempena harijadi aku yang lepas, dari boss aku. Alhamdulillah rezeki.






Tuesday, June 19, 2012

Sambal Jering

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambal Jering


Siapa suka makan jering? Sila angkat tangan!

Tak suka? Baunya tk sedap? Heee...mmg rugi..ahaks.

Jering ni sesekali layan memang best. Tapi kalau selalu pun tk elok juga ya. Bukan apa, takut nanti bau jering tu asyik mengikut korang je hehe...

Hari tu balik Sg Buaya, sempatlah jugak aku dan kakak ipar mengait jering. Kait jering uolssss.. Tak pernah2 aku buat, kali ni aku ikut sekali..korang ado? Heh aku pun dh mengikut cara Azwan Ali dalam masterChef pulak (Sbnrnya gelagat AA tu mengundang ketawa juga)

Okaylah tkmoh citer byk, mari tgk resipi:-

Bahan-bahan 
  1. Jering (Buka kulit, buka kulit lapisan dalam dan belah 2)
  2. Ikan bilis - goreng garing dahulu
  3. Cili kering - digiling berasingan
  4. Bawang merah - digiling
  5. Bawang putih - digiling
  6. Bawang bersa - hiris gegelang
  7. Air asam jawa
  8. Garam/gula
Cara-cara
  1. Panaskan minyak utk menggoreng ikan bilis. Jering kalau nk digoreng dulu pun okay, tapi yg ini aku tk goreng dulu. Ketepikan.
  2. Tumis bawang giling tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  5. Kemudian masukkan bwg besar yg dipotong gegelang tadi. Gaul rata.
  6. Kemudian masukkan jering tadi. Biarkan menggelegak seketika.
  7. Last sekali masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
  8. Tutup api dan hidang!

Pau Sungai Buaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Last wekend, balik Sg Buaya. Balik melihat mama dan papa mertua heee...
Dah berapa minggu kami tak balik rasanya. Rumah mak dan ayah pun dah separuh siap. Lagi 2 minggu siap sepenuhnya kata mereka.

Kalau dah siap nanti, balik lagilah kami semua, membantu membersihkan dan mengemas rumah apa yg patut. Menjelang puasa dapatlah mak dan ayah duduk rumah baru.

Seperti biasa, balik ke sana memanglah tak buat banyak kerja, sekadar menolong mana yang patut je. Tu yg kadang2 bila bosan aku bawa buku untuk dibaca. Tapi kadang2 tu mata ni rasa nk terpejam aje. Aku yg jarang tidur di siang hari ni pun tersengguk-sengguk juga (yelah takde apa yg nak dibuat. Kalau duk rumah sendiri ada sahaja nak belek itu nk usik ini kan)

Otw balik ke KL, nampak orang jual Pau. Terus MNG berkata "Wah, ada pau" lantas stering kereta di pusing membuat pusingan U. Berhentilah kami membeli pau.

Gerainya kecil sahaja. Hanya ada sebuah meja sederhana besar. Di tepinya di letakkan bekas berisi pau panas. Aromanya sangat enak. Bila di tanya pau jenis apa yg ada. Whoaaa aku terkejut kerana banyak jenis yg ada upanya, Ada Pau Coklat, Pau Jagung, Kacang Merah, Kaya, Kelapa, Daging dan Ayam.

Hmmm akhirnya aku memilih Pau Jagung utk aku sbb ini pertama kali aku dgr ttg pau jagung. Untk MNG pau Coklat dan Kaya. Untuk seorang teman pau kacang merah. Dan aku  beli juga pau daging utk dicuba.

Dalam kereta terus kami makan pau masing-masing. Sebab pau ini enaknya apabila di makan panas2. Pau jagungnya sedap pada aku. Pau kaya juga enak kata MNG. Pau coklatnya boleh tahan cuma pada aku agak kental coklatnya. Jika coklatnya lebih cair dan melt..perghhhh mesti sedap.

Apapun, memang seronok! Sesiapa yg pernah lalu di sini mesti tahu kan...

..surirumah vs suri gedik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Haha..tajuk n3 kali ini agak pelik. Si gediz yg di atas ini namanya Suri. Hmmm semua orang dalam rumah tu sayang dengan suri yg ini. Jadi bertambahlah gedikzz dan manjanya..

Setiap kali dapat terlepas dari kandang, mulalah nk berlari sana sini, gesel sini sana....

Untunglah kan ada yang sayang...bak kata Azwan Ali 'kau ado?'

Monday, June 18, 2012

Balifeel Bangsar South

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Jumaat yang lepas, sempena harijadi aku, boss aku bawa aku dan 2 orang kawan satu department lunch bersama di Balifeel Bangsar South. Boss suruh pilih nak makan apa..aha, payahnya aku nak pilih nak makan apa kan? Orang yang nak belanja, aku okay je mana2. Segan pulak nak minta itu ini hehe...

Tghri tu kami pun pergi ke sini (sambil melawat kawasan kata boss aku - memang kami banyak buat service kat kawasan ini)


Masuk ke dalam restoran, alamak penuhnya. Mujur kebetulan ada pelanggan yang baru beredar. Dapatlah kami meja di bahagian dalam. Belek2 menu, masing2 ambil keputusan taknak makan nasi. Jadi kami pun pesan lauk pauk sahajalah.

Bila makanan yang dipesan sampai satu persatu, aku pun mula mengambil gambar. Sayangnya baru beberapa klik aje, keluar alert mengatakan bateri hp aku dh nyawa2 ikan. Alahai, sayangnya...

Kami memesan air serai. Hmmm...yummy! Makanan pula, ayam penyet, set hidangan yg terdiri dari ayam, sate ikan, tempe, lepas tu pesan gado2 dan otak2. Memang sedap makanan di sini. Teringat masa kat Bali dulu hehe....

Balik tu memasing kekenyangan. Haha, 4 orang wanita makan lauk di Balifeel. We Feel Good!!

Terima Kasih Daun Keladi....

Friday, June 15, 2012

..pertengahan bulan pertengahan tahun..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pemberian seorang kawan. Terima kasih atas tanda ingatan. 

Hari ini - 15 June 2012. Apa yg ada pada tarikh pertengahan bulan dan pertengahan tahun ini? Berpuluh tahun yg lalu (berapa puluh tahun ya? ke berapa belas tahun rasanya haha...gaya macam zaman dahulu kala lah pulak)

Pada tarikh ini, aku di lahirkan. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku masih diberi kesempatan untuk bernafas, menumpang hidup di bumi Allah yang indah. Masih diberi kesihatan tubuh badan yang baik, berupaya mencari rezeki yg halal dan masih diberi peluang mengecap sedikit nikmat kebahagian.

Dugaan Allah tetap datang juga selagi nafas menjadi tunjang kehidupan. Seandainya semua yang berlaku ini adalah dugaan dan balasan di atas segala kekhilafan aku selama ini, aku redha Ya Allah. Berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala ranjau kehidupan ini. Selagi hayat masih di kandung badan, selagi itu aku akan tetap memohon kemaafan.

Taip segala entri untuk blog anda disini.

Wednesday, June 13, 2012

Sajian Hari Ini: Sambal Udang Petai Dan Ayam Sambal Hijau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambal Udang Petai

Hari itu aku masak sambal udang petai ni. Sebabnya MNG teringin katanya nak makan petai. Kebetulan udang memang dah ada dalam peti sejuk, maka jadilah resipi ini. Tak habis makan hari itu, esoknya aku bawa ke pejabat. Makan beramai2 dengan kengkawan. Alhamdulillah, sehingga menjilat jari..kuikui
Jom tengok resipi:-

Bahan-bahan
  1. Udang - dibuang kepala dan kulit bahagian badan (kulit ni direbus sehingga menghasilkan stok udang) Tinggalkan sedikit di bahagian ekor. Motifnya supaya  nampak lawa sikit kut hahaha
  2. Petai - buang kulit dan belah dua. aku beli petai yg sudah siap dikupas.
  3. Bawang besar (potong gegelang)
  4. Bawang merah - digiling
  5. Bawang putih - digiling
  6. Sedikit udang kering - digiling
  7. Cili kering - digiling berasingan atau cili kisar
  8. Air asam jawa
  9. Bahan perasa (Garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Kacau lagi sehingga terbit minyak
  5. Masukkan sedikit air rebusan kulit udang tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan petai dan bawang besar, gaul hingga sebati.
  8. Masukkan pula udang dan goreng sebentar. 
  9. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.
Tips: Selalunya aku akan gorengkan dahulu udang dan petai separuh masak. 

Ayam Sambal Hijau



Resipi ni MNG yg ajar padaku. Kemudian aku nampak pula dalam buku resipi 1 Hari 1 Resipi dari Chef Hanieliza. (resipinya lebih kurang sama) Buku yang dibeli oleh en suami atas permintaan aku hehe...Besarlah harapan aku untuk memasak yg sedap2 utk suami. Aku masak ni agak banyak jadi pagi esoknya aku buatkan nasi goreng memandangkan nasi pun ada berlebih. Bawa ke pejabat dan bg kengkawan makan. Alhamdulillah habis...
Jom tengok resipi:-

Bahan-bahan
  1. Ayam - aku suka potong agak kecil. Digaul dengan kunyit dan garam
  2. Kentang - potong memanjang. Gaul dengan kunyit dan garam juga.
  3. Suhun - potong pendek dan rendam.
  4. Bawang besar - potong gegelang
  5. Cili besar - digiling
  6. Cili padi - digiling
  7. Bawang merah - digiling
  8. Bawang putih - digiling
  9. Halia - digiling
  10. Serai - diketuk
  11. Jus perahan limau (limau yg org buat air tu limau kasturi ke limau nipis? yg itulah - aku selalu konpius)
  12. Bahan perasa (garam/gula)
Note : Sukatan tu agak2 sendiri jelah ek. 

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang dahulu.
  2. Kurangkan sedikit minyak. Tumis bhn tumbuk bersama serai tadi. Tumis sehingga garing dan pecah minyak. 
  3. Perasakan dengan garam. Nak masukkan gula pun boleh kalau nk kurangkan pedas.
  4. Curahkan jus perahan limau. 
  5. Kacau lagi sehingga garing.
  6. Kemudian masukkan bawang besar, kacau rata.
  7. Masukkan ayam, kentang yang telah digoreng tadi bersama dengan suhun. 
  8. Kacau sebati, angkat dan hidang.

Tips: (Tips yg baru dipraktikkan semalam ) Ikut tips dari Chef Joe - Masterchef Selebriti. Bahan-bahan giling (bawang2 dan cili digoreng terlebih dahulu sebelum digiling)



...in advanced

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari Isnin yang lepas, sampai je ke pejabat, ada seseorang memanggil aku. Kemudian sebuah bungkusan di serahkan kepada aku dengan ucapan "Selamat Hari Jadi" hehe..

Katanya saje wish awal sbb hadiah dia dah beli. Anaknya yang pilihkan untuk aku.

Betapa aku berterima kasih banyak2 sebab dia ingat akan hari jadi aku. Yg lebih terharu dia bukanlah orang berada sangat, dia bekerja sebagai tea lady dia pejabat aku dan dia seorang India.

Hadiahnya adalah sehelai tudung dan 2 utas pin tudung. Thank you Vani!!

Friday, June 08, 2012

Terbaharu Dari Kaki Novel

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buku ini baru je habis pembacaannya semalam. Jalan ceritanya menarik walaupun sudah agak biasa - kisah kahwin paksa. Nak tahu lebih lanjut Lihat website Penerbitan kaki Novel kat post ni yer..


Hari tu aku lihat kat fesbuk banyak post dari novelis Kaki Novel tentang betapa gembiranya mereka menerima kiriman dari Pihak KN. Rupa-rupanya mereka menerima 2 buah novel terbaharu KN (Bulan Jun). Hati aku berdetik, adakah aku pun akan terima kiriman yg serupa? Sebab aku pun novelis KN juga maa..walaupun aku masih belum ada novel yg baru huhu (masih dalam proses manghabiskan manuskrip)

Buku ni belum baca lagi. Tebalnya hehehe. Tunggulah selepas aku menghabiskan buku2 yg dibeli semasa PBAKL yg lepas. Masih banyak belum dibaca lagi.

Jadi, adalah di suatu hari tu aku menerima panggilan dari Pos Laju bertanyakan samada ada sesiapa atau tidak di rumah kerana mereka mahu menghantar barang. Masa tu aku dah rasa 'barang' itu tentulah dari Penerbitan KN.

Selang sehari aku ke rumah mak aku dan aku lihat ada parcel utk aku. Tak sabarnya nk buka. Memang benar, NOVEL! Hehe siap dengan tandatangan lagi.

Terima kasih Penerbitan Kaki Novel. Ini membuatkan semangat aku semakin berkobar-kobar hendak menghabiskan manuskrip yg sudah siap 98% itu. Harap2 aku dpt menyiapkannya secepat mungkin.

Pertunangan Kasih..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kasih ni nama samaran kawan aku. Kami berkawan sejak dari kecil lagi. Dari tadika sehinggalah sekarang. Kami juga satu kampung. Kami juga sangat kiyut! hahaha....

5.6.2012 Kasih mengikat tali pertunangan bersama Mr B dia. Kenapa dia tk buat wekend ya? Ramai juga kawan yg bertanya. Aku hanya menjawab mungkin masa cuti sekolah begini dan hari itu yg sesuai utk keluarga lelaki datang ke KL. Aku pun tk tahu sebab sbnrnya. Tak kisahlah asalkan majlis hari itu berjalan dengan lancar.


Aku pada mulanya bercadang nk singgah pada waktu petang selepas pulang kerja sahaja (walaupun majlis sudah selesai) tp Ina memujuk aku utk pergi tengahari. Boleh jumpa sekali katanya. Maka aku pun setuju.

Esoknya Ina kena pulak mengikut hubbynya pergi meeting, maka dia lambat datang. Mujur ada kawan yg lain sudi meneman. Kalau tak mungkin aku dh kena ngorat masa tu (ahaks...)

Apapun sekarang ni Kasih sudahpun menjadi tunangan orang. Aku doakan semoga perhubungan mereka akan berterusan ke acara pernikahan dan seretusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

Kasih cantik sgt masa ni....!

Wednesday, June 06, 2012

..dah boleh upload gambar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sekarang aku dah boleh upload gambar tanpa memerlukan flickr atau segala mcm jenis kabel. Sebabnya....aku dah dapat henfon dari en suami. Hee hp sblm ni boleh jugak kut cuma aku je yg tk reti nk tambah application hee

Skrg encik suami dah download byk application yg boleh aku manfaatkan semuanya. Hehe..gambar pun lebih terang dan besar. Tapi gmbr dr henfon en suami lebih cantik warnanya.

"Mestilah...kan ada amoled.." ahaks- itu jwpn encik suami bila aku suarakan kejelasan melihat gmbr2 yg ditangkap menggunakan HP barunya itu.

Satu untuk awak, satu untuk saya..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

4.6.2012 bermakna genap setahun usia pernikahan aku dan suami.

Pagi itu kami pergi kerja seperti biasa. Aku tidak mengucapkan apa2 utk si dia. Sampai di pejabat, barulah aku smskan kata-kata romantik utk suami hehe.. dia pun membalasnya 'abang pun sama'...

Pagi sekitar jam sepuluh lebih, ada jambangan bunga ros merah untuk aku. Aku merasa sungguh teruja, terharu dan gembira. Owhhh si dia ingat rupanya. Aku sms suami dan mengucapkan terima kasih atas tanda ingatan. Cuma untuk dia aku tak tahu nak belikan apa. Bila kutanyakan padanya dia hanya senyum sahaja. 

Lantas tercetus idea nak buat surprise. Tghri itu aku telefon kedai bunga menanyakan sama ada mereka menyediakan penghataran kek atau tidak. Ada cuma sayangnya mereka tiada kek cawan. Hmmm aku inginnkan yang senang supaya en suami boleh berkongsi kek2 tersebut dengan kawan2. Kalau sebiji kek terasa leceh dia nak memotong. Akhirnya aku mengambil keputusan menghantar jambungan ferrero rocher untuk si dia tersayang. Nasib baik kedai itu boleh membuat penghantaran pada hari itu juga..heee

Doaku semoga perhubungan aku dan suami akan kekal bahagia hingga hujung nyawa.