Thursday, October 27, 2011

Ngeteh Jom!

~♥♫♥ Assalamualaikum & Salam Sejahtera ♥♫♥♫

Comel kan mug aku ni
Di petang2 yang sejuk ni tatkala hujan menyimbah bumi, mulalah lapar kan? Tapi aku takleh nak makan sangat sebabnya kat dalam mulut ni (betul2 kat tepi bibir dalam) ada ulser.

Kelmarin sewaktu ulser ni masih kecil aku buat tak tahu aje, malas nak ambik peduli. Semalam dah semakin membesar dan mula terasa sakit mulalah berkumur dengan air garam (selalunya aku sental dengan garam je tapi disebabkan kawasan yang terkena ini kulitnya agak nipis maka aku lupakanlah hasrat itu). 

Hari ini pula, aduhai tersangatlah pedih sampaikan nak buka mulut pun terasa pedih. 

Jadi, petang2 cenggini aku layan jelah minum secawan air panas. Rezeki bos balik dari meeting, bagi aku "pineapple tea".

Rasanya? sedap! Jom ngeteh!...

0 comments:

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design