Wednesday, March 09, 2011

Chaiyok!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekadar gambar hiasan je....


Manuskrip aku rasa macam dah hampir nak siap je ni hehehe. Sempat-sempatkan jugak mencuri masa yang seakan tak cukup itu, tak kira di mana aku berada. Ketika di pejabat (Syhhhhh...:-), Ketika di bilik, sambil pasang TV (kenkadang laptop terpasang tapi mata melekat kat TV..haishh) Walaupun tengah keluar dengan tunang (dia akan menghulurkan ipadnya utk aku menaip..hehehe)

Inilah azam aku konon nak siapkan manuskrip ini sebelum majlis perkahwinan aku berlangsung (Insya Allah. doa-doakan ya) Chaiyok! Chaiyok!

Semalam aku sempat mengemas baju-baju lama yang terperuk di dalam almari aku yang tak berapa nak besar tu. Baju2 tu kebanyakkannya masih elok lagi dan jarang dipakai. Sebabnya? Entahlah samada terlalu banyak baju (seperti kata bapak aku :-)) atau baju itu semuanya dah kebesaran (Wah, adakah aku semakin kurus? hikhik) 

Ada jugak baju bersaiz kecil sebenarnya (dulu kan aku lebih kecil dari sekarang - wah, adakah aku sudah gemuk? whoaa - itu baju di zaman 20an tentulah aku lebih kecil kan kan). Mana baju yang lebih kecil aku bagi kat anak buah aku yang perempuan itu aje. Tingginya dah nak hampir sama dangan ketinggianku walaupun dia masih bersekolah rendah. Percaya atau tidak? Percayalah! Eh aku bukan pendek tau.. aku ni kira kategori perempuan tinggi juga (160cm tu..okaylah kan bagi seorang perempuan muda cam aku nih)

Mana yang agak besar dan sesuai utk pakaian pejabat, aku bagi kat kengkawan yang sudi menerima. harap-harap baju2 yang tidak seberapa itu dapatlah dimanfaatkan daripada aku buang begitu sahaja kan. 

Sekarang ni almari aku dah semakin tipis (eh betul ke perkataan yg aku guna ni?). Mulalah bercadang nak beli baju. Tak mahu membazir ah, beli baju mengikut keperluan sahaja okeh. Kalau ikut nafsu alamatnya akan berulang semula eko-sistem seperti di atas..:-))


3 comments:

Hanny Esandra said...

wahhh...
darah manis si kakak sorang ni..
tak kabo pon.. huhu
kawin kat mana?
kalau area2 selangor / kl ni jemput2 la saya.. mana tau kut available nak dtg..hikhik..

aryanieismail said...

Hehehe...adikku. tulah lama tak on9 kan..kan.. gamabr dh letak pun dekat berbulan2 (tp dh tutup dah skrg)

Insya Allah pasti akak jemput. dekat2 sini jek..

Hanny Esandra said...

ok..... :-)

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design