Friday, March 01, 2019

Cerpen - Terindah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Tajuk :Terindah
Penulis : Aryanie Ismail
Tarikh Disiarkan : Harmoni (2009)
AZLINDA menghempaskan barang-barang yang baru dibelinya di atas meja. Teman serumah Fazilah terperanjat dengan perlakuan rakannya itu. Belum surut lagi kemarahannya kerana peristiwa lewat petang tadi, mata Azlinda tajam memandang Fazilah.
"Wei, kenapa moody je?" tanya Fazilah melihat sikap rakan serumahnyaitu.
"Aku bengang betul dengan mamat tadi. Kau tahu Fazi ... masa aku dekat pasar raya tadi, ada mamat gila berebut biskut dengan aku,"kempang-kempis hidung Azlinda menahan geram.
Mendengar jawapan Azlinda, Fazilah ketawa.
"Kau gelak kenapa?" tanya Azlinda.
"Geli hati aku. Bergaduh sebab berebut biskut? Apa yang dia dah buat pada kau?" tanya Fazilah lagi setelah ketawanya reda.
Peristiwa lewat petang tadi bermain semula di benaknya.
***********
Mata Azlinda meliar memandang rak yang tersusun pelbagai jenis biskut. Dia tersenyum sambil menolak troli apabila melihat biskut kegemarannya. Tiba-tiba, dalam sekelip mata bungkusan biskut tersebut telah berada di tangan orang lain.
"Hei, saya yang ambil dulu!" kata Azlinda.
"Sedap ke biskut ni?" lelaki itu bertanya. Azlinda tidak menjawab. Matanya kembali memandang rak di hadapan. Nampaknya itulah biskut terakhir.
"Selalunya, saya makan biskut cap pingpong aje," beritahu lelaki itu tanpa dipinta.
"Kalau macam tu, belilah biskut cap ping pong .Kenapa nak ambil biskut kegemaran saya tu," kata Azlinda lagi.
"Awak suka biskut ni ke? Mesti sedap, kan? Kalau macam tu saya nak ," kata lelaki tersebut lagi.
"Tapi saya yang pegang dulu," bantah Azlinda.
"Sekarang biskut berada dalam tangan saya," ujar lelaki tersebut eng¬gan beralah.
"Itu sebab awak rampas daripada saya," kata Azlinda cubamempertahankan dirinya.
"Awak marah ke?" tanya lelaki tersebut kembali. Azlinda menjeling. Dia cuba menahan perasaan.
"Apa kata kalau kita share aje biskut ni?" cadang lelaki tersebut.
"Huh, tak kuasa! Ambillah, saya boleh cari kat tempat lain. Bukan kedai ni aje yang jual biskut tu," balas Azlinda sambil berlalu pergi dalam keadaan marah.
*****************************************
"Arghhh ... macam mana boleh terlewat bangun ni?" bentak Azlinda. Dengan pantas Azlinda mencapai tuala yang tersangkut di dalam almari dan terus masuk ke bilik air.
Setelah bersiap, Azlinda memandang penampilannya di cermin. Setelah berpuas hati, dia segera keluar dari rumah.
Sampai di tempat yang dituju segera Azlinda ke tempat temujanjinya. Berdetak-detuk bunyi sepatu tumit tinggi milik Azlinda tatkala dia berlari¬ lari anak mencari lif. Pintu lif hampir tertutup apabila dia sampai.
"Tunggu ... !" ieritnya. Pintu lif terbuka kembali. Namun, langkahnyaterhenti seketika tatkala dia melihat wajah yang pernah menyakitkan hatinya.
"Ehem," lelaki tersebut berdehem.
Azlinda tersentak. Dia pantas melangkah masuk.
"Selamat pagi!" sapa lelaki tersebut.
"Waalaikumsalam," jawab Azlinda. Terdengar ketawa kecil daripada lelaki tersebut.
"Macam pernah jumpa, kan? Awak kerja kat sini?" tanya lelaki tersebut lagi.
"Tak ... sibuk aje," selamba Azlinda menjawab.
"Habis tu buat apa kat sini?" lelaki tersebut masih lagi bertanya.
"Saja ... " jawab Azlina malas.
"Saja?" ulang lelaki tersebut tanda tidak puas hati dengan jawapan Azlinda.
"Eh, kenapa tak tekan?" tanya Azlinda tiba-tiba apabila menyedari lif tidak bergerak.
"Rupa saya ni ada macam penjaga lif ke?" lelaki tersebut menjawab. Serentak dengan itu, Azlinda
menjeling.
"Rupa penjaga lif tak ada, tapi kalau penjaga tandas memang sesuai sangatlah tu," jawab Azlinda marah lalu menekan angka 20.
Sewaktu pintu lif terbuka, Azlinda cepat-cepat keluar. Entah di mana silapnya, kakinya tersadung sesuatu.
"Oh mak!" jeritnya. Mujur dia tidak terjatuh. Jika tidak sudah tentu dia akan mendapat malu.
"Have a nice day!" kata lelaki tersebut.
Azlinda melangkah tanpa mempedulikan lelaki tersebut. Bagaimanapun, dia berpatah semula ke arah lif apabila menyedari dia berada di tingkat 20. Sepatutnya dia menuju ke tingkat 22.
"Cik ... Cik ni, Cik Azlinda dari Global Holdings ke?" tanya seorang wanita dengan senyuman mesra.
"Ya saya," jawab Azlinda
"Silakan Cik Azlinda. Encik Iskandar sudah menunggu," beritahu wanita itu.
Azlinda masuk dan memberi salam. Kelihatan seorang lelaki sedangterbongkok-bongkok mengambil sesuatu di atas lantai. Azlinda tergamam apabila lelaki tersebut mengangkat wajahnya.
"Ehem ... !"
Sekali lagi Azlinda terperangkap. Cepat-cepat dia memperkenalkan diri.
"Saya Azlinda dari Global Holding. Saya diarahkan datang ke sini untuk berjumpa Encik Iskandar bagi berbincang mengenai pelan projek perumahan di Puchong."
"Oh, ya! Tapi. .. bukankah appointment kita pukul 9.00? Sekarang dah9.30," tanya Iskandar agak sinis.
Eleh, berlagak pula. Bukankah dia sendiri juga tiba lewat? Kalau akusampai pagi-pagi pun kena tunggu dia juga,marah Azlinda di dalam hati.
"Erk ... ya. Saya tahu. Jalan agak sesak pagi ni encik," uiar Azlinda memberi alasan.
"Kalau sudah tahu jalan di Kuala Lumpur ni sesak, kenapa tidak keluar awal? Tak apalah,silakan duduk."
************************
"Kau tahu tak siapa yang aku jumpa tadi, Fazi?" soal Azlinda.
"Siapa?" tanya Fazilah bersemangat.
"Lelaki yang berebut biskut dengan aku hari tu ... " jawab Azlinda dengan muka masam mencuka.
"Kau marah dia lagi ke?" soal Fazilah lagi.
"Kau gila nak marah dia? Dia director kat company tu!" kata Azlinda.
"Ha? Ye ke?” Fazilah bertanya lagi:
"Yalah. Kau tahu, dia bagi aku air dan biskut kegemaran aku. Dah tu siap promote lagi kata biskut tu sedap. Yang paling aku bengang tu, ada ke dia siap bagi tahu ada perempuan yang memperkenalkan dia dengan biskut tu," Azlinda bertambah marah.
"Siapa?" Tanya Fazilah tidak sabar.
"Dia perli akulah tu. Kan aku bertekak berebutkan biskut tu," luah Azlinda marah.
***********************************
"Engkau ni kenapa? Tadi aku tengok, bukan main lagi kau tersengih-sengih. Sekarang mengeluh pula. Kau gaduh lagi dengan si biskut tu ke?"
"Taklah," Azlinda menjawab. "Habis tu kenapa? Si biskut tu buli kau?" Fazilah bertanya.
Semalam aku terima sejambak bunga. Tandatangan dan tulisan dalam kad yang diselitkan macam tulisan si biskut," kata Azlinda kepada Fazilah.
"Dia bagi kau bunga? Aku rasa dia dah jatuh hati pada kau tu," Fazilah membuat telahan.
Tanpa sedar terukir senyuman di bibir Azlinda. Selama merekabekerjasama, dia telah tertarik kepada Iskandar. Dan dia juga tahu Iskandar juga menyimpan perasaan terhadapnya.
"Sukalah tu. Kau suka dekat si biskut tu, ya? teka Fazilah.
"Tak adalah," nafi Azlinda cuba menyembunyikan perasaannya.
"Eleh ... aku tahu," kata Fazilah sambil tertawa'kecil.
"Mengarutlah!" marah Azlinda lalu membaling bantal kecil ke arah Fazilah.
*******************************
"Wah ... cantiknya kau malam ni. Mesti Iskandar terpikat," Fazilah memuji Azlinda.
"Dia memang dah terpikat," kata Azlinda.
"Mana kau tahu? Dia ada cakap yang dia suka kat engkau?" kata-kata Fazilah membuatkan Azlinda terdiam.
Memang Iskandar tidak pernah meluahkan perasaannya. Tapi melaluiperbuatannya, Azlinda yakin Iskandar memang menyukainya.
"Wow, you look gorgeous!" puji Iskandar apabila melihat perubahan Azlinda malam itu.
"Thank you," ucap Azlinda tersenyum malu.
"Kita nak ke mana?" tanya Azlinda. .
"Surprise," ringkas jawapan Iskandar. Tidak sampai setengah jamkemudian, kereta Iskandar memasuki pekarangan sebuah rumah banglo.
“Kita di mana sekarang?" Azlinda bertanya sambil matanya melilaumemerhatikan keadaan sekeliling.
"Di rumah keluarga saya," jawab Iskandar tenang.
"Is ... kenapa awak tak beritahu?" tanya Azlinda terkejut.
"Kalau saya beritahu sudah tentu awak tak mahu ikut, kan?" Iskandar membuka pintu kereta. "Jom kita masuk."
"Tapi Is ... " Azlinda seakan menolak.
"Saya dah beritahu mereka yang saya akan membawa bakal menantu mereka ke sini. Saya sebenarnya sudah jatuh hati pada awak semenjak pertemuan pertama dan ingin melamar awak.
Azlinda diam. Dalam hatinya berbunga riang. "Aku berjaya Fazi! Yes, biskut dalam genggaman!"
"Apa?" soal Iskandar kebingungan.
"Er ... tak ada apa-apa," jawab Azlinda. Mereka beriringan melangkah masuk ke rumah banglo itu.

No comments: