Friday, September 14, 2012

Nasi Lemak Kerang Yang Terlampau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ini aku membawa kete en suami. Hoho ada rasa  nervous yang melanda. Jantung rasa berdetak-detak. Ini bukanlah kali pertama aku membawanya namun entahlah rasa itu tidak pernah hilang. Mungkin juga kerana bukan milik sendiri maka aku terasa tanggungjawab menjaga kereta itu lebih berat dan membuatkan aku menjadi tensi.

Dengan lafaz bismillah dan doa membawa kereta, aku pun memulakan langkah dengan perasaan berdebar. Haha lagaknya seperti sang perawan yang pertama kali mahu berjumpa kekasih hati. Alhamdulillah akhirnya sampai juga di pejabat dengan selamat. Elok sahaja tempat parkir yang sederhana besar menanti aku. Diri terasa bertuah heee...

Okay, mari sambung cerita. Sempat membebel pulak aku ni

Pagi ini terasa lapar pula. Macam dh agak lama tak makan nasi lemak. Cadangnya nak membeli di kawasan rumah aku sahaja (nasi lemaknya sedap dan murah. Ayam gorengnya enak dan besar..walla!) Namun hasrat tak kesampaian kerana aku malas nak singgah2 sebabnya nanti harus berpatah balik mahu ke jalan besar.

Setelah meletakkan beg di dalam bilik, aku pun bercadang mahu membeli nasi lemak di gerai hadapan taman ini sahaja. Aku turun ke pantry terlebih dahulu untuk meletakkan mug.

"I nak pergi beli nasi lemak kat depan ni." aku memberitahu seorang teman.

"Depan ni mahal yani." balas kawanku.

"Tak apalah. I nak cuba. Lapar pulak pagi ni." 

Aku pun turun membeli nasi lemak. Ketika aku sampai di sana, ada seorang pelanggan lagi. Kulihat wajah amoi itu sedikit berkerut apabila penjual itu memberitahu harga beliannya. RM5.50. Tidaklah ku tahu apa lauk yang dibelinya.

Aku membeli nasi lemak berlaukkan kerang sambal. Kuantiti kerang itu sedikit sahaja. Lebih kurang setengah senduk nasi yang leper itu. Dia membungkusnya. Apabila aku bertanyakan harga, dia diam sahaja. Aku pun malas nak bertanya lagi terus menyerahkan not 10 ringgit. Dia mengambil wang seringgit beberapa keping dan satu wang syiling 50 puluh sen diserahkan kepada aku. Aku mengambilnya dan berjalan pergi. Sambil berjalan aku mengira wang baki. RM5.50! Berapa harga nasi melak kerang aku? RM4.50!!!
Geramnya rasa hati. MAHAL SUNGGUH harganya. Aku pula sudah berlalu pergi. Kalau tidak mahu juga aku tanyakan kakak penjual itu kenapa mahal sangat harganya. HARGA TERLAMPAU.
Jika dibuat kira-kira:-

Nasi Lemak Kosong - RM1.50
Sambal Kerang - RM3.00

Adakah harga ini memang standard di mana-mana? Di kawasan rumah aku  nasi lemak berlaukkan ayam goreng yg besar hanya RM3.50 sahaja. Mahal sangatkah harga barang sekarang ni? Tapi aku rasa tidaklah sampai peniaga boleh sesuka hati meletak harga. Memanglah selepas ini, tidak ingin aku membeli di situ lagi.

No comments: