Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Sejak dari hari pertama aku mencari yang berkenan di hati. Memang teringin. Setiap kali bulan Ramadhan pastilah tidak ketinggalan ianya dijual di mana-mana sahaja Bazar Ramadhan. Tapi kenapa aku mencarinya selama 5 hari, baru berjumpa??
Sana sini bazar aku kunjungi, namun kecewa kerana tidak dapat juga apa yang aku hajati. Tidak ada yang menjualnya di bazar yang aku kunjungi..sedih kan??
Semalam seorang kawan memberitahu di tempatnya mungkin ada dijual apa yang berkenan di hati aku itu. Maka petang harinya dengan semangat aku bercadang mahu singgah di sana. Tapi akhirnya aku terpaksa membatalkan niat kerana jalan sesak dan panjangnya barisan kereta menunggu untuk masuk ke simpang jalan tersebut. Sempat ke nanti nak memasak lagi? Akhirnya aku halakan stering kereta terus ke hadapan. Kempunanlah lagi.
Aku suarakan kepada mr nice guy "yani teringin nak makan kuih tako"
Mr nice guy "Kenapa tak ada orang jual ke?"
Aku pun menjawab "Kat tempat yani pergi ni tak ada pun."
Maka my mr nice guy segera menjawab, "Esok abang try carikanlah."
Ehehe..aku tersengih, tapi tk mahulah aku susahkan dia. Kataku padanya esok aku akan cuba mencari lagi. Kalau masih tidak dapat juga, maka dialah harapan terakhir aku (hee...lagak mcm mengidam sesangat kan?)
Hari ini, Yessss!!! akhirnya aku temui juga apa yang aku hajati. Wahhh..3 bungkus sekali aku habiskan..abuden???? Ohhh kuih tako..

No comments:
Post a Comment