Thursday, July 12, 2012

..hadiah dari tersayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kelmarin, ketika menyambut kepulangan MNG, aku lihat si dia menjinjit sebuah plastik yang bertuliskan Padini di luarnya.  Aku sekadar tersenyum sahaja.

Lantas aku menyediakan minuman dan makanan untuknya. Sedang berehat, aku menegurnya "Abang beli baju lagi ke?" Maklumlah sekarang ni kan ada sales di mana-mana. Dia hanya tersenyum sahaja.

Gatallah pula tangan aku nak melihat apa yang dibeli olehnya. Eh, macam bukan baju je ni. Apa ya? Beg? Untuk siapa? Aku mengeluarkan 'benda' itu dari cover yang membungkusnya.

"Eh, beg untuk siapa ni abang?" soalku sambil tersenyum. Dalam hati rasa berdetak-detak.
"Untuk makwe abang" kata MNG.
"Yalah, makwe mana?" soalku pula dengan nada yang...hehe biasa-biasa sahaja.
"Ada ramai ke makwe kat dalam rumah ni?" tanya MNG pula dengan senyuman.
Makin melebarlah senyuman aku, "Untuk Yani ya abang?" sudah terang lagikan bersuluh.
"Habis tu?" MNG mengerling aku.

Aduh, so sweetttttttt...... Terima kasih abang.

Kasih sayang aku padanya bukanlah kerana hadiah yang diberi, tapi semakin mengenal si dia aku semakin sayangkannya. Ya Allah, KAU berkatilah rumahtangga aku. KAU limpahi hidup kami dengan penuh kasih sayang. Aku sayangkan dia keranamu ya Allah.

1 comment:

fadillah abdul basir said...

Assalam.....wah..bestnyer dapat kezutan gitu.....kiter bila le nk dapat ye....I follow...