Assalamualaikum & Salam Sejahtera
susahnya nk jumpa gambar selendang putih dan malasnya nk ambik gambar...lebih kurang camni lah.. |
Hari ini aku ke pasar malam. Tkde niat sbnrnya nk ke sana tapi disebabkan seorang kawan minta ditemankan mencari VCD hindustan, maka aku dengan senang hati setuju sahajalah.
Tak ada apa sbnrnya aku nk cari atau nk beli. Memandangkan smlm aku ada buat laksa (masih belum sempat nk makan) maka aku bercadang nk makan mlm ini sahaja. Jadi tk perlulah aku nk serabutkan kepala otak ni nk fikir 'apa nk masak malam ni?" heee..
Dah jalan2 tu, teringat aku nk mencari tudung atau selendang berwarna putih utk dipakai waktu kenduri kahwin saudara nanti. Belek punya belek akhirnya aku memilih sebuah selendang cotton dan bawal (terpengaruh dengan kata2 kakak penjual tudung tu - mmg pandai dia berniaga.) Style baru konon nk pakai cara Hana Tajima atau pun Yuna...weeee
Memandangkan di tangan ada 2 helai tudung berwarna putih maka aku ambil keputusan utk membeli satu sahaja..
"Ambiklah jugak yg ini dik. Murah je akak jual tu. Bukan senang nk dapat."
"Tak apalah kak, kat mana2 pun rasanya harga sama juga." kataku.
"Eh tak samalah dik. Cuba rasa kain tu." pujuk kakak penjual itu.
"Sama aje saya rasa. Tk pelah kak, yg ini aja. Yg itu lain kali jelah." aku masih enggan.
"Betul ke? menyesal nanti." kata kakak itu
Aku menggeleng sambil tersenyum. Tiba-tiba...
"Tak apa Yani. I beli." tiba-tiba kawanku bersuara.
Aku tersentak. "You nk beli? untuk siapa?" soalku.
"I belikan untuk youlah." kata kawanku.
Aku pada mulanya enggan menerima tapi temanku itu bersungguh mahu membelikan aku.
"Tak apalah, you kan selalu belanja I." kata kawanku ini.
Dengan rasa terharu aku mengucapkan terima kasih. Sungguh, aku bukanlah selalu belanja dia makan. Cuma setiap kali aku buat sarapan pagi atau ada makanan yang berlebih pasti aku akan kongsi bersamanya. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Terasa nikmatnya bersedekah (bukan menunjuk). Membuka peluang rezeki sbnrnya..Alhamdulillah..
Yang lebih membuatkan aku terharu kerana... dia adalah seorang wanita INDIA.
No comments:
Post a Comment