Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Di atas ini adalah hadiah yang akan ku bagi kepada seorang rakan sekerja. Hee cuba teka apa ni? berat oooo....
Tengahari kelmarin kami di pejabat mengadakan jamuan makan. Mmg setiap kali ada perayaan kami akan sambut bersama sbb rakan sepejabat terdiri dari pelbagai bangsa. Jadi terasalah harmoninya.
Sebulan sebelumnya mmg kami telah dimaklumkan supaya menyediakan hadiah bernilai RM15 ke atas. Dan setiap dari kami di kehendaki mencabut undi sebagai pandaun kami memilih hadiah. Nama siapa yang tertera di kertas undian, org itulah yg akan kita beri hadiah. Begitulah seterusnya. jadi semua pekerja akan mendapat hadiah seorang satu.
Aku pulak dapat nama lelaki. Foooo bukan senang nk memilih hadiah untuk orang lelaki. Itu pun aku dapat hadiah ni di saat2 terakhir jugak. Harap2 dia suka.
Hadiah aku?..jeng!..Jeng!..Jeng! ni dia....(suka!..suka!..suka!)
So, hari itu semua pulang dengan senyuman sbb mendapat hadiah masing2. Pada yang belum dpt hadiah tu bawak2 bersabar ya hehe (hujung tahun, ramai yg mengambil cuti)
Memula risau gak kan nk bertukar2 hadiah ni, mcm kita menyambut pulak jadinya. Google2, dapatlah info ini.. Sharing is Caring..
la8m4
Soalan
25 disember setiap tahun adalah hari krismas/natal bagi penganut
kristian.jika sekiranya penganut tersebut mengadakan upacara
bertukar-tukar hadiah sempena menyambut krismas sama ada di pejabat atau
di tempat kediaman dan ada segelintir umat Islam yang mengikut/turut
menyertai acara tersebut. soalan saya..apakah hukum sambutan itu bagi umat
ISlam.

Jawapan
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Umat Islam juga boleh memberi hadiah, tetapi adalah lebih elok jika hadiah
tersebut tidak diberikan pada hari tersebut (25 Disember) kerana ia sama
seperti mereka yang merayakan perayaan tersebut. Panel mencadangkan agar
hadiah tersebut diberikan sama ada sehari sebelum atau sehari selepas
sambuatan perayaan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan daripada meniru cara
dan amalan mereka. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment