Wednesday, April 25, 2012

Too tired

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sesungguhnya aku rasa penat sgt kebelakangan ni. Penat dr segi fizikal dan mental. Entahlah...sampai ke tahap kadang2 rasa nak menjerit, nak menangis meluahkan semuanya tapi tidak tahu nk buat apa, nak bercerita aku rasakan tiada siapa yg sesuai..huhuhu (syahdunya ayat). Maka terpendam ajelah semuanya.

Seluruh badan ku rasakan penat dan sakit terutamanya belakang badan, mungkin kerana banyak kerja kebelakangan ini. Takpelah semoga aku mampu menanganinya Insya Allah.

Fikiran pun macam banyak je aku nk fikirkan..Ya Allah semoga aku mampu berfikir secara rasional dan tidak melakukan perkara yg buruk2...amin.

Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu bertahan. Semoga aku akan terus tabah dan terus bertahan.




Tuesday, April 24, 2012

Sejauh manakah kita menjaga penampilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Aku nak berkongsi cerita. Kisah ni lama tak lamalah berlakunya. Tujuan aku bercerita ni bukanlah nak membuka aib orang (orang ni pun aku tak kenal) tapi sekadar nak berkongsi. Kita ambik dari sudut positif okeh!

Al-kisah hari tu aku dan anak buah pergi ke suatu tempat. Entah macamana mata aku tetiba menangkap satu pemandangan yg bagi aku sangat memalukan. Pasangan ni menaiki sebuah motosikal dan berada betul2 di hadapan kereta aku ketika lampu isyarat berwarna merah di sebuah selekoh. So nak atau tidak memang itulah pemandangan aku kan heee...

Yang tak bestnya kerana baju wanita yg membonceng itu terangkat sehingga menampakkan lurah punggungnya kerana baju yang ketat dan pendek, juga kerana dia berseluar jenis 'low-waist' aku rasa.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau, aku pun memandu ke arah Puchong. Motorsikal di hadapan aku juga mengikut jalan yang sama. Pada ketika ini aku dapat melihat gegaran punggung wanita itu (hee...aku pun malu nak tengok)

Anak buah aku kata, pemandu van di sebelah kami juga nampak pemandangan itu dan mereka ketawa.
Ya Allah, aku turut merasa malu melihatnya. Yelah, malu, segan dan marah jugalah kerana mereka mentertawakan kaum hawa, apatahlagi utk perkara yg tidak sepatutnya tentulah aku turut merasa bahangnya.

Jadi, nasihat aku (untuk aku jugak) bagi kaum wanita tu, tolonglah menjaga penampilan anda. Berpakaianlah yg sepatutnya. Jangan biarkan anda menjadi bahan ketawa dan umpatan orang lain..Wallahualam.
Semoga mengambil iktibar

Saturday, April 21, 2012

Mancing...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Pagi ni Mr Nice Guy pergi memancing, aktiviti riadah company dia buat..heee.. Setahu aku MNG tu bukanlah kaki pancing, tp biarlah dia nk mengisi waktu dia. Aku pulak di biarkan di rumah, tak perlu ikut katanya. Nanti hitam kulit tu..kena panas...alahaiii. Gud Luck to MNG, semoga dapat pancing byk ikan ya...

Mengisi waktu lapang, aku bukak blog, saje2 je. Tgk blogger dh berwajah baru pulak. Ni nk masukkan n3 pun dh lain. Aku ni dahlah jarang2 nk masukkan n3. Bila ada cerita je baru rajin..itupun sekali update mahu dua tiga n3 sekali kan...boleh ke nk explore semua yg terbaru ni..haishh...

Friday, April 20, 2012

Terima kasih cinta...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu ni aku rasa penat sikit. Dengan kerja yang bertambah. Tapi okaylah cuma kadang2 tu bila kerja tengah banyak aku langsung takde masa nk bangun dari tempat duduk aku. Maka melekatlah aku kat situ. Bangun pun apabila nk ke toilet sahaja (bila darurat) heee...

Pagi ini aku bangun seperti biasa, solat dulu kemudian ke dapur menjerang air dan membuat minuman pagi untuk MNG. Kemudian aku membuka almari (mencari-cari pakaian yg sesuai untuk dipakai hari ini - sebab minggu ni aku tak sempat nak menggosok baju utk seminggu seperti kebiasaannya. Syukur baju MNG telah aku gosok semua dalam almari itu)

Tengah mencari-cari tu, tiba2 ada terpegang sebuah baju yang sememangnya aku inginkan. Jubah yang aku cerita hari tu. Wah, hati gembira tapi aku harus 'cover' sikit. Aku pun keluarkan dari dalam almari dan bertanya kepada MNG ttg pakaian itu, adakah dia yg membelinya (dh terang lagi bersuluh, siapa lagi yg beli?)
Kata MNG, dh ada dalam almari tu pakai jelah...

Hee...tak tahu macamana nk ucap terima kasih. Kemudian aku menemankan MNG minum air milo yg aku sediakan. Sebelum dia keluar seperti biasa, aku akan mengucup tangannya dan ....... Sewaktu mendakap tubuhnya sempat aku bisikkan ke telinganya "Terima kasih ya abang."

Sesungguhnya tak tahu bagaimana aku nak luahkan rasa hati, tapi semakin hari semakin dalam rasa sayang untuknya (bukan kerana jubah yg dihadiahkan) Tapi semenjak dia melafazkan akad... H.A.C.K.S. Setiap hari aku panjatkan doa semoga Allah tidak palingkan rasa ini dan aku akan berusaha menjadi yg terbaik untuknya (wahhh jiwang pulak ni). Semoga bahteria yg dilayar ini akan dihiasi dengan kebahagiaan..Amin

Monday, April 16, 2012

Di mana akhirnya kita?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hujung minggu yang lepas, aku mengikut MNG ke kampung. Nak tolong mak dan bapa mertua yang akan berpindah. Huhu lepas ni tak adalah kampung yang di kelilingi sawah padi lagi. Mesti aku akan rindu suasana di sana nanti. Mungkin sesekali kami boleh pulang dan bermalam di sana (ayat org yg tkde kg seperti aku) hehe.. Tapi suasana yang baru ini nanti pun tidak kalah seronoknya...

Setelah membawa pulang barang sedikit (sekadar termuat) barang2 yg akan dibawa pindah ke tempat baru, kami berehat di tempat baru. Terima pula berita sedih bahawa seorang jiran sebelah rumah telah pergi meninggalkan dunia fana ini.

Aku tak mahu cerita dengan lebih lanjut tentang kemalangan itu cuma apabila terdengar tentang ini, terasa kasihan dengan nasib anak2 yg masih kecil. Aku tahu itu ketentuan Ilahi. Semoga ahli keluarga yang masih hidup akan tabah menghadapi hidup di masa hadapan. Al-Fatihah buat arwah.

Aku mula berfikir, di mana akhirnya hidupku nanti? Bagaimana nasib aku nanti? Bagaimana pula cara kematianku nanti? Tidak dapat kita bayangkan bukan? Bagaimana pula dengan amalan kita? Bersediakah utk menghadapi hidup di alam sana? Cukupkah sudah bekalan yang dibawa sekiranya nyawa yg dipinjamkan Allah sekelip mata ditarik semula?

Apa yang kita mampu, hanya berdoa yang terbaik utk diri sendiri dan ahli keluarga. Dan berusahalah mengumpul segala amalan yg akan dibawa ke sana nanti. Maka, cari galilah segala ilmu dan beri kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah membimbing kita ke jalan yang lurus. Amin..



Friday, April 13, 2012

..Tsunami?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Semua orang mesti dah tahu tentang tsunami yang melanda Aceh semalam kan? So, aku bukan nk bercerita details tentang itu.

Semalam cuti pertabalan Agong. Daulat Tuanku! Jadi dah tentu2lah company aku pun tutup kan. Wahhh, bestnyer. Masa tu aku dah mula berangan nak siapkan itu, nak siapkan ini (macamlah semua tu boleh siap dalam masa sehari je kan?). Banyak projek yang masih terbengkalai sebenarnya..whuaaa...aku perlukan masa!

Jadi, pagi semalam MNG nk ke opis, sbb byk keje yg menantinya. Dia pun pelawa aku ikut sekali. Hehe..aku pun berfikir jugaklah nak pergi ke tak ni? Aku tanya sekali lagi betul ke nk aku ikut ni? MNG kata, ya! So aku pun ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku lihat MNG sedang memasukkan laptop ke dalam beg. Yahoo, I luv him so much sebab dia phm nanti pastilah akan bosan jika tidak buat apa2 sementara menunggu dia (ini bukanlah kali pertama aku ikut MNG ke pejabatnya sebenarnya).

Sampai di pejabat, kami bersarapan dan seterusnya masing2 hanyut dgn kerja sehinggalah waktu sudah menjangkau ke tengahari. Alhamdulillah, projek aku hampir siap. Kami singgah makan tenghari di Pizza Hut. (My feberet..lama tk makan)

Selesai makan, MNG suruh aku berjalan2 kat Shopping Complex Ampang Park. Pada  mulanya aku enggan, memikirkan budget yg tk berapa nk ada. Budget bulan ni sebabnya aku dah beli jamu/brg kecantikan, lepas tu beli baju2. Adehhh terlebih sudaa... MNG kata, ronda2 dulu tgk2. Duit belanja tu kan ada lagi.

Hehe..so aku pun ditinggalkan sendirian di sana sementara MNG pulang semula ke pejabatnya. Hmm aku apa lagi, berjalan di kawasan bawah shopping mall itu. Rambangnya mata aku! Semua kedai aku masuk dan belek2. Byk jugak yg aku minat tapi yg paling aku suka adalah satu jubah ni. Cantekkknya, siap dengan hood sekali. Aku dah membayangkan betapa cantiknya aku nanti apabila memakai jubah itu (ahakss...statement narsis). Aku pegang dan cuba2 di badan. Terasa sangat sesuai. Kakak yang menjual baju itu pun bukan main memuji heheh..biasa. Tapi ikhlas mmg baju tu cantik. Kata kakak tu boleh byr by credit  card. Masalahnya kad aku tertinggal dalam kereta kerana semalamnya aku mengisi minyak kete dan lupa nk simpan semula ke dalam beg duit. Nk pakai cash, terasa sayang pula nk menghabiskan duit belanja tu. Aku pejam mata dulu, dan berlalu dari kedai itu sambil mengucapkan terima kasih kepada kakak itu. Ah, aku pasti akan milikinya juga nanti..Insya Allah.

Aku masuk ke dalam kedai tudung pula. Di sini aku 'terlekat' agak lama juga hehe..tudungnya cantik2 dan aku rasakan ianya dijahit bersesuaian dengan bentuk wajah kita (macamana aku tahu? - sebabnya aku dh mencuba byk tudung kat kedai itu) Hee...jurujual di situ sungguh peramah dan tunjukkan bermacam2 jenis tudung cantik2 kepada aku. Aku ni pulak mcm dh tertarik-tarik je..Kalaulah aku banyak duit mmg aku akan memborong di situ. Akhirnya aku kalah juga, aku keluar dr kedai itu dengan membawa bungkusan di tangan. Taklah banyak, aku cuma membeli sehelai tudung berharga RM59 (ohmygod) dan sehelai inner berharga RM30 (ohmygod). RM80 semata-mata untuk tudung sahaja. Mesti ada yg mengatakan taklah mahal mana pun. Memanglah bg setengah org tk mahal tp bagi aku agak mahal, hanya utk dua tudung. Okay2 still tk mahal bagi korang kan..sebabnya kakak aku sendiri pun akan berkata demikian - kerana dia membeli sehelai tudung dengan harga RM300 ke atas, so what is the big deal? hehe..entahlah sesekali apa salahnya kut. Dengan harga yg murah/sederhana pun kita masih boleh tampil menawan dan feminin..tul kan? Asalkan aurat terjaga...

Selesai sudah, aku ke pejabat MNG semula, bersedia meneruskan projek aku yg hampir siap (yahoo). Tiba-tiba aku merasakan kepalaku pening. Tergoyang2. Rasa nk muntah pun ada. Aku terfikir mungkin kerana cuaca yg panas di luar, maka aku menyandarkan badan di kerusi. Namun masih tetap aku merasakan dunia berputar. Ku goyang2kan meja kerana pada fikiranku mungkin kedudukan meja itu yg tidak stabil namun meja itu tetap kukuh. Aku pejamkan mata dan bersandar semula. Ianya berlaku lebih kurang 5 ke 10 minit. Kemudian semuanya stabil seperti biasa. Aku pun meneruskan kerja sehingga MNG panggil untuk pulang.

Setelah berehat di rumah, MNG beritahu ku bahawa siang tadi ada tsunami di Aceh. Aku suarakan ttg rasa pening yg aku rasakan semasa di pejabat tadi, rupanya MNG pun merasakan demikian. Namun dia turut merasakan mungkin keadaan panas yg menyebabkan dia rasa pening. Sekarang tahulah aku..heee pengalaman pertama aku merasakan sedemikian.

Thursday, April 05, 2012

Phuket Trip - Day 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sambungan episod pertama



Seawal jam 6 pagi kami telah dikejutkan melalui 'wake up call'. Masing2 dengan mamai dan penat semalaman yg belum habis terpaksa bangun juga memandangkan aktiviti yang telah diatur bermula seawal pagi.

Setelah bersiap dengan pakaian santai (beserta pakaian mandi) kami pun berkumpul di lobby. Aktiviti pagi ini adalah bersiar2 dan snorkling di Phi-Phi Island. Memandangkan perjalanan ke sana boleh tahan jauhnya, maka tour leader kami meminta kami bersarapan di dalam bas sahaja (setiap seorang dibekalkan dengan satu bekas polesterine yg isinya - sandwich, telur, buah2an (pisang/limau/apple) dan air). Disebabkan kami merasakan tidaklah berapa nk kenyang dengan makanan yg disediakan, kami pun bergegas ke kafeteria hotel sementara menunggu kwn2 yg lain berkumpul semuanya. 

Agaknya bengang dgn kelakuan kami yg berdegil - tetap nk bersarapan di hotel juga, maka tour leader pun tidak membenarkan sesiapa yg bersarapan di hotel mengambil bekas polisterine itu (di sini aku rasa terkilan sbb perancangan yg diatur nyata sekali tidak sama dgn apa yg tertulis di itenarary sebelumnya. Sudahlah kami digesa supaya segera naik ke mini van, sarapan pun tercekik2 haha...

Setelah mengambil tuala yg disediakan, kami menaiki mini van mengikut giliran memasing untuk ke kawasan di mana bas menanti untuk membawa kami ke destinasi. Dalam perjalanan masing2 buat hal sendiri, maklumlah masih penat lagi. Rata-rata mereka bercerita mengenai pengalaman mereka ketika di pub2 yg menyajikan 'persembahan' menarik. Aku sekadar mendengar sahaja.

Sampai di jeti, kami menaiki bot utk ke Phi-Phi Island. Di sini kami disajikan dengan pemandangan indah ciptaan Allah. Sampai di suatu kawasan, bot berhenti dan kami memulakan aktiviti snorkling, weeeee.... Tapi sayangnya aku rasakan sekejap sahaja masa berlalu. Masih belum puas meninjau, kami sudah disuruh naik ke bot semula.
Kami bertukar pakaian kerana diberitahu perjalanan bot akan berhenti di Phi-Phi Island lebih kurang satu jam lagi dan di sana kami akan makan tenghari. Samapi sahaja di Phi-Phi Island, kami terus di bawa ke restoran. Usai makan tenghari kami pun berjalan2 di pantai dan membeli brg cenderahati.

Apabila kami sampai di jeti semula, di pinggiran itu mereka menjual gambar2 pengunjung yang menaiki bot itu. Aku pun tidak ketinggalan membeli gmbarku untuk kenangan.

Kami berkumpul dan menaiki bas semula. Mengikut perancangan kami akan pulang ke hotel dahulu sebelum pergi ke Fantasea yang terletak di Kamala. Lagi sekali kami kecewa apabila diberitahu bahawa bas akan meneruskan perjalanan ke Fantasea dan tidak akan pulang ke hotel. Kami berpandangan sesama sendiri dan sedikit terkilan kerana masing2 tidak membawa pakaian yg sesuai utk ke sana. Namun rungutan kami hanya tinggal rungutan sahaja..haishh..


Memang seronok apabila berada di Fantasea. Ianya sebuah taman tema yang besar dan cantik. Kami tidak ada banyak masa, terus mengambil kesempatan yg ada untuk merakam kenangan. Di mana ada kamera rakan2 yg menyala, di situ kami berkumpul hehehe..

Kami makan malam di sana. Di tempat ini, seksyen utk makanan halal dan tidak halal dibezakan dewan makannya. Kami yg muslim semua memasuki laluan yg berbeza. Kami disajikan dgn hidangan yang enak cuma sayangnya rata2 menunya berasaskan AYAM - ayam goreng, ayam kari, ayam masak merah, ayam..etc..etc...

Selepas makan kami berkumpul di luar dewan dan bersedia untuk masuk ke Fanteasea Show. Show ini seperti theater. Sangat seronok dan menarik (Tiada gambar yg dirakam kerana penggunaan kamera dan telefon bimbit berkamera dilarang sama sekali). Kami terhibur dgn persembahan dan bakat yang ditunjukkan. Usai sudah kami bergegas keluar dan meneruskan aktiviti bergambar kerana masa yang diperuntukkan amatlah singkat.

Pulang ke hotel semua kepenatan. Tapi mlm ini aku tidak melepaskan peluang mengikut kwn2 yg lain untuk menjejaki kota Phuket. Rancangan awalnya aku dan 2 org teman mahu berurut sahaja tapi rasa tidak lengkap sekiranya tidak mengambil peluang yg ada itu utk berjalan2. Maka kami pun mengikut rakan2 yg lain ke Bangla Road. Di sepanjang jln boleh dilihat terdapat kelab2 yang penuh pengunjungnya terkinja2 menari. Kami sekadar melalui kawasan itu dan bershopping serba sedikit.


Akhirnya seorang kawan mahu ke Hard Rock Cafe Phuket, katanya tidak sah jika sampai ke Phuket tidak bergambar di sana. Huh, semata2 nk bergambar? Hee... Kami pun menapak. Kami fikirkan dekat rupanya berpeluh juga berjalan kaki. Sampai di sana setelah bergambar dan meninjau di kedai Hard Rock Cafe, kami pun mengambil keputusan utk pulang ke hotel memandangkan jam waktu itu sudah menjangkau lebih dari 12 malam. Akhirnya impian untuk berurut terpaksa dilupakan kerana kebanyakan kedai telahpun tutup. Hwaa sedih!

Sampai di bilik, terus sahaja kami 'pengsan' di atas katil masing2.

 

Aryanie Aleem Template by Ipietoon Cute Blog Design