Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semua orang mesti dah tahu tentang tsunami yang melanda Aceh semalam kan? So, aku bukan nk bercerita details tentang itu.
Semalam cuti pertabalan Agong. Daulat Tuanku! Jadi dah tentu2lah company aku pun tutup kan. Wahhh, bestnyer. Masa tu aku dah mula berangan nak siapkan itu, nak siapkan ini (macamlah semua tu boleh siap dalam masa sehari je kan?). Banyak projek yang masih terbengkalai sebenarnya..whuaaa...aku perlukan masa!
Jadi, pagi semalam MNG nk ke opis, sbb byk keje yg menantinya. Dia pun pelawa aku ikut sekali. Hehe..aku pun berfikir jugaklah nak pergi ke tak ni? Aku tanya sekali lagi betul ke nk aku ikut ni? MNG kata, ya! So aku pun ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku lihat MNG sedang memasukkan laptop ke dalam beg. Yahoo, I luv him so much sebab dia phm nanti pastilah akan bosan jika tidak buat apa2 sementara menunggu dia (ini bukanlah kali pertama aku ikut MNG ke pejabatnya sebenarnya).
Sampai di pejabat, kami bersarapan dan seterusnya masing2 hanyut dgn kerja sehinggalah waktu sudah menjangkau ke tengahari. Alhamdulillah, projek aku hampir siap. Kami singgah makan tenghari di Pizza Hut. (My feberet..lama tk makan)
Selesai makan, MNG suruh aku berjalan2 kat Shopping Complex Ampang Park. Pada mulanya aku enggan, memikirkan budget yg tk berapa nk ada. Budget bulan ni sebabnya aku dah beli jamu/brg kecantikan, lepas tu beli baju2. Adehhh terlebih sudaa... MNG kata, ronda2 dulu tgk2. Duit belanja tu kan ada lagi.
Hehe..so aku pun ditinggalkan sendirian di sana sementara MNG pulang semula ke pejabatnya. Hmm aku apa lagi, berjalan di kawasan bawah shopping mall itu. Rambangnya mata aku! Semua kedai aku masuk dan belek2. Byk jugak yg aku minat tapi yg paling aku suka adalah satu jubah ni. Cantekkknya, siap dengan hood sekali. Aku dah membayangkan betapa cantiknya aku nanti apabila memakai jubah itu (ahakss...statement narsis). Aku pegang dan cuba2 di badan. Terasa sangat sesuai. Kakak yang menjual baju itu pun bukan main memuji heheh..biasa. Tapi ikhlas mmg baju tu cantik. Kata kakak tu boleh byr by credit card. Masalahnya kad aku tertinggal dalam kereta kerana semalamnya aku mengisi minyak kete dan lupa nk simpan semula ke dalam beg duit. Nk pakai cash, terasa sayang pula nk menghabiskan duit belanja tu. Aku pejam mata dulu, dan berlalu dari kedai itu sambil mengucapkan terima kasih kepada kakak itu. Ah, aku pasti akan milikinya juga nanti..Insya Allah.
Aku masuk ke dalam kedai tudung pula. Di sini aku 'terlekat' agak lama juga hehe..tudungnya cantik2 dan aku rasakan ianya dijahit bersesuaian dengan bentuk wajah kita (macamana aku tahu? - sebabnya aku dh mencuba byk tudung kat kedai itu) Hee...jurujual di situ sungguh peramah dan tunjukkan bermacam2 jenis tudung cantik2 kepada aku. Aku ni pulak mcm dh tertarik-tarik je..Kalaulah aku banyak duit mmg aku akan memborong di situ. Akhirnya aku kalah juga, aku keluar dr kedai itu dengan membawa bungkusan di tangan. Taklah banyak, aku cuma membeli sehelai tudung berharga RM59 (ohmygod) dan sehelai inner berharga RM30 (ohmygod). RM80 semata-mata untuk tudung sahaja. Mesti ada yg mengatakan taklah mahal mana pun. Memanglah bg setengah org tk mahal tp bagi aku agak mahal, hanya utk dua tudung. Okay2 still tk mahal bagi korang kan..sebabnya kakak aku sendiri pun akan berkata demikian - kerana dia membeli sehelai tudung dengan harga RM300 ke atas, so what is the big deal? hehe..entahlah sesekali apa salahnya kut. Dengan harga yg murah/sederhana pun kita masih boleh tampil menawan dan feminin..tul kan? Asalkan aurat terjaga...
Selesai sudah, aku ke pejabat MNG semula, bersedia meneruskan projek aku yg hampir siap (yahoo). Tiba-tiba aku merasakan kepalaku pening. Tergoyang2. Rasa nk muntah pun ada. Aku terfikir mungkin kerana cuaca yg panas di luar, maka aku menyandarkan badan di kerusi. Namun masih tetap aku merasakan dunia berputar. Ku goyang2kan meja kerana pada fikiranku mungkin kedudukan meja itu yg tidak stabil namun meja itu tetap kukuh. Aku pejamkan mata dan bersandar semula. Ianya berlaku lebih kurang 5 ke 10 minit. Kemudian semuanya stabil seperti biasa. Aku pun meneruskan kerja sehingga MNG panggil untuk pulang.
Setelah berehat di rumah, MNG beritahu ku bahawa siang tadi ada tsunami di Aceh. Aku suarakan ttg rasa pening yg aku rasakan semasa di pejabat tadi, rupanya MNG pun merasakan demikian. Namun dia turut merasakan mungkin keadaan panas yg menyebabkan dia rasa pening. Sekarang tahulah aku..heee pengalaman pertama aku merasakan sedemikian.

No comments:
Post a Comment